Infoscript

Friday, September 20, 2024

Tukar Minyak Gearbox CVT Iriz

Untuk kereta Iriz biasanya kalau servis CVT di service centre tempoh untuk tukar minyak gearbox CVT adalah setiap 60 000 km. Saya sempat tukar minyak gearbox ini sekali sahaja sebelum habis warranty. Selepas habis warranty gearbox ini rasa nak tukar sendiri sahaja. 

Untuk tukar sendiri alat yang anda perlukan adalah Allen key saiz 6 mmm. Beli Allen key yang berkualiti jangan beli di kedai DIY. Kalau gunakan Allen key DIY sampai bengkok pun tak boleh buka. Satu lagi flexible socket wrench saiz 10 mm. Pastikan jenis 6 point supaya tidak merosakkan bolt. Sebaiknya beli jenis yang baik supaya tidak merosakkan bolt pada oil sump. 

Langkah pertama jek kereta agak tinggi dan tahan dengan jack stand. Kalau rendah agak susah nak buat kerja di bawah kereta. Kemudian buka kotak air  filter. Ada beberapa bolt yang perlu dibuka. 
. Buka dua bolt ini

.  Ada empat bolt dikotak ini yang perlu dibuka
.  Kotak air filter dah dibuka. Anak panah menunjukkan bolt Allen key yang perlu dibuka

Seterusnya buka bolt Allen key pada bahagian atas gearbox. Memang agak ketat nak buka Allen key ini nak mudah guna box socket Allen key saiz 6 mm. 

.  Bolt penutup minyak gearbox dah berjaya dibuka. 

Pada bolt penutup minyak gearbox ini ada washer, pastikan ianya tidak hilang waktu membukanya. Kemudian boleh buka drain plug di bahagian bawah gearbox. Gunakan Allen key untuk membukanya. 

.  Buka drain plug ini

Sebelum buka habis drain plug minyak CVT ini letakkan dulu takung minyak di bawahnya. Kalau tak letak nanti banjir pula parking depan rumah. Bila inlet minyak di bahagian atas dah dibuka baru buka drain plug ini. Kalau tidak minyak tak keluar habis. Ada lebih kurang 3.8 liter minyak yang akan keluar. 

Tunggu beberapa minit sampai tiada lagi minyak yang keluar daripada drain plug. Selepas ini boleh kuncikan semula drain plug. Ada washer pada drain plug ini pastikan ia masih elok, jika nampak dah rosak boleh dapatkan yang baru di kedai spare part. Bila kunci balik drain plug ini jangan terlalu ketat. Takut nanti loose pula dapat masalah lain. Gunakan kekuatan sebelah tangan sahaja sesedap rasa. 

Oleh sebab saya nak tukar sekali filter CVT ini maka oil sump gearbox ini juga perlu dibuka. Ada 13 bolt saiz  mm di keliling oil sump yang perlu dibuka. Bolt di sebelah kanan mudah dibuka tapi untuk yang di sebelah kiri yang berdekatan dengan tayar depan sebelah kiri agak terlindung. Kena pusingkan stereng sampai habis ke kiri untuk memudahkan kita membuka boltnya. 

.  Buka semua bolt pada CVT oil sump

. Bahagian kiri kena pusingkan tayar  ke kiri untuk membuka bolt

Jika sebelum ini oil sump ini tidak diiletakkan gam gasket di bawahnya memang senang nak tanggalkan oil sump ini. Kalau ada gam gasket agak ketat untuk membukanya. Boleh ketuk sikit dengan tukul getah perlahan-lahan untuk membukanya. Jangan cungkil dengan skru driver takut bercalar pula besi pada bahagian atas oil sump dan boleh menyebabkan leaking bila pasang semula oil sump.

.  Oil sump dah boleh dibuka

Sebelum boleh buka oil sump ini kena buka dulu filter di dalamnya. Ruangan untuk iriz memang agak sempit mengeluarkan oil sump. Kena tolak sikit oil sump ke kiri sedikit dan tarik filter dengan jadi.  Oil filter ini cuma melekat pada satu bahagian sahaja. Jangan lupa letakkan takung di bawah oil sump apabila ia dah terbuka sedikit. Minyak akan keluar lagi dari oil sump tersebut
.   Di celah oil sump ini ada filter yang perlu dikeluarkan. Tolak sahaja dengan jari ke bawah

Bila filter dah dibuka anda boleh tarik sekali oil sump dan filter ini ke bawah. Selepas ini bolehlah cuci oil sump tersebut dengan sabun.. Ada magnet pada bahagian dalam oil sump ini yang memerangkap habuk besi di dalam gearbox. Kalau ada banyak serpihan besi ada kemungkinan gearbox ada masalah. Atau pun sebelum ini tak menukar minyak CVT mengikut masa yang ditetapkan. 

.  Magnet pada oil sump ditunjukkan dengan anak panah

Seterusnya gunakan scrapper plastik untuk mengikis bahagian tepi oil sump ini daripada serpihan gasket. Boleh gunakan jari untuk rasa permukaan yang ada serpihan gasket. Kalau ada serpihan mesti ada rasa kasar pada permukaannya. Kalau sebelum ini memang servis di service centre biasanya diaorang gunakan gasket besi dan tidak menggunakan gam. Jadi tiada kotoran yang melekat pada bahagian tepi oil sump jadi mudah sedikit kerja.
.   Sekeliling kawasan gasket ini perlu digosok dengan scrapper 

Selepas ini cuci oil sump dengan sabun. Sabun pencuci pakaian boleh digunakan lebih baik guna yang jenis serbuk. Cuci  kotoran yang ada dan seterusnya keringkan oil sump. Boleh gunakan hair dryer untuk keringkan dengan cepat
 
Bila dah yakin permukaan oil sump dah bersih dan kering bolehlah pasang semula pada tempatnya. Pastikan anda letakkan gasket pada permukàan oil sump. Semasa nak pasang semula ada caranya, iaitu letakkan filter di atas oil sump ini dan selitkan bahagian tepinya pada subframe sebelah kiri
. Selitkan sedikit bahagian oil sump pada tepi subframe 
. Tolakkan oil filter yang bertanda merah pada tapaknya. Anak panah biru adalah oil sump

Tolakkan filter pada tapaknya. Kemudian rapatkan oil sump dan ketatkan boltnya secara bersilang. Kalau tak ikat secara bersilang nanti ada bahagian yang longgar Dan menyebabkan kebocoran. Ketatkan bolt mengikut corak hujung atas sebelah kiri diikuti hujung bawah sebelah kanan. Kemudian hujung atas sebelah kanan dengan hujung bawah sebelah kiri. Teruskan mengikat bolt sampai semuanya telah dipasang. 

Pastikan semasa pasang gasket tidak terlipat dan tepat pada kedudukannya. Jangan ikat kuat sangat bolt takut loose pula. Guna kekuatan pergelangan tangan sahaja. Jangan pulas sekuat hati. Check dua kali semua bolt yang diikat.  Selepas ini bolehlah isikan minyak CVT yang baru. Lubang untuk masukkan minyak CVT ini lebih kecil berbanding gearbox AT biasa jadi kena gunakan corong yang lebih kecil. Sambungkan corong ini dengan hos plastik. Kalau tak ada hos plastik yang sama saiz boleh tuangkan minyak dari tong CVT yang besar kepada botol kecil yang memudahkan anda tuangkan minyak ke corong yang terletak jauh di bawah. 

.   Letakkan corong di atas 
     inlet minyak CVT

Tuangkan keseluruhan 4 liter minyak daripada  tong ke dalam gearbox CVT. Gearbox ini tiada dipstick kalau ada minyak yang lebih akan kita keluarkan melalui drain plug khas di tepi oil sump CVT semasa proses leveling.
.   Pastikan gunakan minyak 
    CVT yang original 

Selepas selesai tuang minyak ke dalam gearbox pastikan bolt inlet telah diketatkan. Jangan terlalu ketat nanti boleh loose bolt ini. Kemudian hidupkan enjin dan biarkan enjin panas sehingga kipas radiator berpusing. Sambil tunggu enjin panas boleh baring di bawah gearbox untuk lihat samada ada leaking atau tidak pass oil sump. Kalau tiada nampak leaking bolehlah turunkan kereta daripada jack stand.

Selepas enjin dah panas bolehlah buat clutch adaptation. Boleh rujuk pada you tube cara untuk buat clutch adaptation gearbox CVT Proton. Ini adalah adaptation semasa enjin dalam keadaan sederhana panas. Selepas ini pandu kereta selama 10 - 15 minit dengan kelajuan melebihi 60 km/jam. 

Seterusnya lakukan sekali lagi clutch adaptation untuk keadaan enjin yang telah panas. Kena buat dua kali adaptation untuk kawalam clutch yang lebih tepat. Selepas ini cari tempat yang rata untuk buat oil leveling. Anda tak perlu jack kereta kerana kita boleh buka drain plug untuk leveling ini dengan baring sahaja di bahagian depan kereta. Pastikan ada takung di bawah drain plug ini. Bila kita buka drain plug minyak lebih akan keluar. Tunggu sehingga tiada lagi minyak keluar daripada drain plug baru boleh tutup semula drain plug. Biasanya dalam 160 - 200 ml minyak lebih akan keluar. 
.  Ini drain plug untuk oil 
   leveling. Ianya ditepi oil 
    sump 

 Jika rasa tersengguk-sengguk semasa bergerak di jalan jem, anda boleh buat beberapa kali clutch adaptation. Ikut pengalaman saya kalau buat clutch adaptation guna computer lagi lancar pergerakan kereta semasa enjin masih sejuk berbanding buat adaptation secara manual. Bila enjin dah panas ia akan lancar macam biasa. 

Filter untuk gearbox CVT ini boleh ditukat setiap ,40k km. Minyak CVT pula boleh tukar setiap 20k km. Lagi bersih minyak gearbox lagi tahan gearbox anda. Bukan murah nak tukar gearbox baru.




Tuesday, August 13, 2024

Stereng Iriz jadi berat selepas alignment

Baru-baru ini saya ada buat alignment tayar kereta Iriz ni, tapi ada masalah yang berlaku selepas buat alignment ini.Tiba-tiba selepas alignment saya dapati stereng jadi berat seperti tak mahu mengikut arah yang kita inginkan. Contohnya apabila melalui jalan yang tak raya stereng akan bergoyang sedikit tapi saya rasa stereng tak mahu diluruskan dengan mudah, terasa berat untuk mengawal stereng. Jika memandu di atas jalan yang lurus pula terasa stereng tak boleh dipusingkan ke kiri dan ke kanan dengan mudah.

Punca berlakunya masalah ini adalah pada steering angle sensor. Steering angle sensor ini biasanya ada pada kereta yang menggunakan electric power steering dan juga yang ada sistem ESC. Steering angle sensor ini menunjukkan arah yang dipandu dan menyelaraskan stereng dengan roda hadapan. 

Steering angle sensor (SAS) juga menyediakan maklumat tentang kelajuan stereng dipusing. Stereng dipusing dengan cepat adalah perkara biasa semasa operasi kelajuan kenderaan rendah, tetapi bukan perkara biasa semasa memandu di lebuh raya. Jika pemandu memusing roda pada kadar yang tinggi semasa memandu pada kelajuan lebuh raya, ESC akan mentafsirkan bahawa sebagai petunjuk kenderaan telah hilang kawalan. 

Apabila sensor ini rosak, maklumat yang dikumpul atau dihantar kemungkinan besar akan menjadi tidak tepat. Jika terdapat sebarang kesilapan dalam maklumat daripada SAS yang dihantar ke ESC, kod ralat dihantar ke modul kawalan enjin kenderaan (ECM) yang kemudiannya menghidupkan lampu amaran pada papan pemuka. 

Berbalik pada masalah stereng kereta iriz ini jadi berat, jika tiada lampu amaran ESC yang menyala di dashboard, masalah yang anda hadapi adalah sensor SAS tidak memberikan bacaan yang tepat. Sensor ini perlu dibuat recalibration. Biasanya kedai tayar akan reset semula sistem SAS ini. Kadang kalau ada kedai yang lupa nak buat. Maka hasilnya apabila kita pandu kereta stereng akan jadi berat dan tak mengikat arah yang kita mahukan. 

Mujurlah untuk model Iriz ini kita boleh reset SAS secara manual. Caranya pastikan ignition dalam keadaan on tanpa enjin dihidupkan. Bagi yang menggunakan kunci hanya perlu pulas kunci pada kedudukan on. Jangan start enjin, hanya boleh dengar bunyi pam petrol sahaja semasa on kan suis. Bagi yang menggunakan push start button, anda perlu tekan button dua kali tanpa menekan brek. 

Selepas ini putarkan stereng ke kanan sampai habis, dan diikuti dengan putaran ke kiri sampai habis. Ulang prosedur ini sebanyak tiga atau empat kali. Pastikan kereta anda berada di kawasan parking yang rata. Memang agak berat untuk putarkan stereng dalam keadaan enjin tidak dihidupkan. Nak mudah buat di kawasan berpasir atau atas padang. kalau buat kat parking rumah basahkan lantai dengan air untuk lebih ringan.

Akhir sekali off kan kunci dan start enjin. Selepas ini anda boleh rasa stereng akan jadi ringan. Selepas dua atau tiga kali pemanduan sistem stereng akan dapat sesuaikan semula dengan alignment yang baru dibuat sebelum ini. Jika tak berjaya ulang semula kaedah reset tadi tetapi tanggalkan dahulu terminal bateri.

Jika masalah berulang selepas beberapa hari buat rreset boleh gunakan cara ini, hidupkan enjin dengan gear pada kedudukan P. Putarkan stereng sampai habis ke sebelah kanan dan kemudian putarkan stereng sampai habis ke sebelah kiri. Ulang sebanyak empat kali. Cara ini saya uji berkesan jika penyakit ini datang semula. Kalau tak berjaya juga boleh pergi kedai tayar untuk buat recalibration dengan menggunakan komputer