Infoscript

Friday, October 18, 2024

Review minyak enjin Mizu selepas empat tahun

Saya dah guna minyak enjin Mizu ini dah empat tahun. Setakat ini tiada masalah enjin. Aras minyak enjin pun tak pernah kurang lagi. Cuma saya tidak lenjan enjin pada kelajuan tinggi. Takdela lock throttle lama-lama pada kelajuan tinggi di highway. 

Bila ada leaking pada valve cover gasket bolehla tengok keadaan pada camshaft Dan ruangan di sekeliling camshaft. Kalau banyak keladak atau tahi minyak akan menunjukkan minyak ini tak sesuai digunakan. Lepas ini kena guna minyak jenama yang lain. 

.  Nampak bersih sahaja ruangan di bawah cam cover.

Bila buka cover camshaft ini saya dapati ianya bersih tanpa sebarang keladak atau tahi minyak. Jadi minyak jenis Mizu ini boleh digunakan lagi tak perlu tukar ke jenama lain. Saya tak guna minyak enjin ini sampai 10k km. Pada jarak 5k - 6k saya dah tukar. Saya masih ikut service interval bagi kereta Proton lama. Saya rasa servis 10k km terlalu lama dan banyak kotoran karbon yang dah terkumpul di dalam minyak enjin. Setakat ini cara lama ini berkesan untuk kereta wira saya yang dah berumur 22 tahun. Masih bersih lagi keadaan oil sumpnya bila dibuka. Terserah pada anda nak servis setiap 10k atau 5k.

Tuesday, October 1, 2024

Air aircond penuh di dalam kereta Iriz

Tengah memandu kereta Iriz tiba-tiba rasa sejuk di bahagian kaki..Rasa ada air menitik di kaki. Macam mana pula air di dalam kotak cooling coil boleh overflow keluar ke karpet. Ada tiga punca yang biasa menyebabkan  air dalam kotak cooling coil tak boleh keluar. 

Punca pertama adalah hose yang menyalurkan air keluar daripada kotak cooling coil tercabut. Jika tak dipasang dengan kemas semasa servis aircond atau pun masa di kilang ia tak di pasang dengan betul. 
.  Karpet menjadi basah
Punca kedua saluran atau hos ini tersumbat. Kadang-kadamg bila lama kereta tak berjalan ada serangga yang boleh buat sarang di dalam hos ini. Atau pun ada bahan-bahan lain yang menyumbatkan hose ini. 

Lokasi hose ini di sebelah driver di bahagian kaki. Kena buka satu plastik cover sebelum boleh nampak hose ini. Tiada skru yang mengikat cover ini hanya perlu ditarik di bahagian atas cover yang terletak di bawah stereng. Tarik perlahan-lahan jangan terlalu kasar, takut patah pula klipnya. Bila dah buka cover ini baru nampak hose air aircond ini dekat bahagian bawah kotak cooling coil.
.  Tarik hos ini 

Tarik hos ini keluar dari tempatnya dan gunakan pam tayar untuk menolak keluar apa sahaja yang menyekat laluan air di dalam hos ini. Pakai pam tayar manual pun boleh, bahagian muncung pam masukkan dalam hos ini dan lilitkan muncung atau nozzle pam dengan kain atau plastik. Dengan cara ini angin yang di pam masuk tidak keluar semula di hujung yang sama. Ulang pam beberapa Kali ke dalam hos tersebut. Selepas itu cuba pasangkan semula hos ini. Kemudian hidupkan enjin dan aircond. Periksa bahagian bawah kereta untuk melihat air yang keluar di bahagian bawah kereta. Jika ia menitis dengan laju maka masalah anda sudah selesai. Kalau air masih lagi menitis dengan lambat, anda kena pam lagi hos air ini sampai ia tidak tersumbat lagi.
.   Cuba ketatkan skru ini

Punca yang ketiga adalah skru yang mengikat kotak cooling coil ini longgar. Yang ini paling mudah gunakan skru driver sahaja untuk ketatkan skru si bahagian bawah kotak cooling coil. Jangan ikat terlalu ketat takut loose pula dah jadi masalah lain. Biasa berlaku masalah skru longgar ini selepas kotak cooling coil dibuka dan mekanik lupa untuk ketatkan. Harap dapat membantu mereka yang ada masalah ini.