Infoscript

Sunday, November 6, 2022

Stereng Exora senget part II

Sebelum ini saya ada ceritakan masalah stereng kereta Exora saya yang senget dan dah dapat pun penyelesaiannya. Selepas tukar tie rod end pada sebelah kiri dan kanan stereng masalah ini dapat di selesaikan
Selepas dua tahun masalah ini berulang kembali. Kali ini lagi mencabar kerana semua bahagian yang saya tukar seperti tie rod end, stereng rack bush dan lower arm masih lagi baru. Baru dua tahun sahaja guna semua barang ini.

Jadi bermulalah satu pencarian untuk  mengenalpasti masalah stereng senget ini yang berulang kembali. Mula-mula saya buka tie rod end dan saya dapati ianya masih lagi ketat tiada masalah. Kemudian saya buka juga stereng rack bush. Keadaannya sama juga masih lagi tidak menunjukkan ianya sudah rosak. Saya dah juga buat alignment sebanyak tiga kali. Dua atau tiga hari sahaja bertahan sebelum stereng jadi senget semula. 

Yang terakhir perlu saya test ada lower arm. Nak buka lower arm ni leceh sikit jadi ini yang terakhir saya buka. Ada risikonya buka lower arm ni. Kalau nak buka ball jointnya mungkin akan terkoyak pula getah pada ball joint tersebut kalau tidak berhati-hati.

Setelah berfikir panjang tiada jalan lagi nak betulkan stereng yang senget ini saya buka juga lower arm sebelah kanan. Bila dah buka barulah dapat jawapan sebenarnya. Mesti anda tak sangka ball joint yang baru dua tahun pakai ni dah bergoyang-goyang. Nampak dari luar memang getahnya nampak cantik. Masa goyangkan tayar semasa kita jek kan kereta pun tak rasa ia bergoyang. Bila dah buka baru tahu keadaan sebenar. 
  Ball joint ini dah boleh digerakkan dengan mudah

Lower arm yang lama saya beli di shopee. Harganya dalam RM 98. Sebelum ini saya memang ada masalah dengan spare yang dibeli di shopee. Kebanyakannya tidak dapat bertahan lama. Kali ini saya akan beli baramg di kedai spare part. Biar mahal sikit tapi boleh bertahan lama. Disebabkan dua bush yang lain pada lower arm ini masih elok lagi, jadi saya buat keputusan untuk tukar ball joint sahaja. Harganya pun lebih murah daripada tukar seketul lower arm. 

Ball joint pada lower arm yang asal bole dibuka dengan menanggalkan nat bersaiz 16 mm. Ada tiga bolt yang perlu dibuka. Selepas itu anda boleh cabut keluar ball joint yang lama. 
   Buka tiga bolt ini
   Ball joint dah berjaya dibuka

Seterusnya pasang ball joint yang baru. Pastikan anda ketatkan skru ball joint dengan kuat supaya ia tidak bergoyang pula semasa dipandu nanti. Kemudian pasang semula lower arm dengan cara yang betul. Selepas itu buat semula alignment tayar untuk mengelakkan tayar makan sebelah dalam atau sebelah luar. Jika tiada masalah lain stereng kereta anda tak akan senget lagi

 

Tuesday, October 18, 2022

Tukar brek pad Iriz

Semasa menghantar kereta saya untuk di servis di pusat servis Proton, tehnician yang memeriksa kereta saya memaklumkan brek pad kereta saya tinggal 10 % sahaja. Bila saya tanya berapa harga untuk tukar bred pad, saya  terkejut dengan harganya iaitu RM 300. Mahal sungguh harga brek pad di pusat servis. Kalau beli brek pad yang baik di luar harga dalam seratus lebih sahaja

Jadi terpaksalah saya diy sahaja tukar brek pad kereta Iriz ni. Pertama sekali kena beli brek pad di kedai spare part. Saya tak beli secara online sebab dah beberapa kali dapat barang yang tak berkualiti.
Saya beli brek pad jenama trestor yang berharga RM65. Harap tiada masalah gunakan brek pad jenama ini. Nanti saya buat review brek pad jenama ini. 

Pertama sekali kena jek kereta dan tahan dengan menggunakan jack stand. Kemudian buka tayar. Pastikan stereng tidak berada dalam keadaan lock. Stereng perlu dipusingkan semasa penukaran brek pad nanti. Kalau yang guna push start button pastikan ada kunci dalam kereta dan on kan power supaya stereng boleh dipusingkan. 

Selepas buka tayar kena buka brek caliper. Kena gunakan spanar saiz 13 mm untuk membuka skru brek caliper. 
   Buka skru ini

Sebaiknya untuk buka skru kereta gunakan box socket yang mempunyai enam mata, ianya tak merosakkan skru jika ianya terlalu ketat. 
.   Keadaan brek pad yang lama 
     memang sudah nipis

Brek pad yang lama ini yang habis sebelah luar. Terutama yang sebelah driver. Macam tak seimbang sahaja brek kereta ni. 

Bila skru kaliper dah dibuka anda boleh angkat kaliper ini.Anda boleh nampak brek pad di dalam kaliper ini.

Ikatkan kaliper ini dengan tali pada spring. Jangan tarik kaliper terlalu jauh, ini boleh menyebabkan brek line terlipat dan boleh menyebabkan kerosakan pada brek line. 
.  Berhati-hati dengan saluran minyak ini jangan terlipat 

Kemudian anda boleh tarik keluar brek pad daripada tapaknya. Gunakan tangan sahaja untuk menariknya, tak perlu gunakan alat takut nanti terkena pada rotor pula. 
.   Tarik keluar brek pad daripada slot yang ditandakan.

Selepas brek ditanggalkan anda perlu kenalpasti brek pad yang sebelah luar dan sebelah dalam. Terdapat perbezaan antara sebelah dalam dan sebelah luar. Kalau tersilap pasang memang tak boldh dimasukkan ke dalam slotnya. 
   Ini brek pad sebelah luar ada lengkung pada bahagian bawah tapi brek pad sebelah dalam tidak melengkung
.   Keadaan brek pad lama
Bersihkan habuk-habuk yang terdapat pada brek supaya nampak lebih kemas. Kemudian boleh pasangkan brek pad yang baru. Pastikan anda pasang dengan betul untuk sebelah dalam dan sebelah luar bentuk brek pad ini tak sama. Kalau salah pasang memang tak boleh masuk pada slot brek pad tersebut

Sebelum itu hampir terlupa anda kena pasang klip pada hujung brek pad ini. Klip ini berfungsi untuk mengetatkan kedudukan brek pad pada slotnya 
  Ini klip yang perlu anda   pasang  pada brek pad yang   baru
 Ada besi yang akan bergeser  dengan rotor jika brek pad sudah terlalu nipis

Perhatikan pada tepi brek pad ini ada besi yang tertonjol keluar ke arah rotor. Besi ini berfungsi untuk memberikan amaran jika brek pad telah yerlalu nipis. Ianya akan bergeser dengan rotor dan mengeluarkan bunyi. Ini dapat memberikan amaran kepad pemandu jika brek pad sudah terlalu nipis. 

Sebelum anda boleh tutup kaliper brek semula anda kena tolak piston di dalam kaliper ini. Jika brek pad yang lama dah terlalu nipis piston ini akan tertonjol keluar dengan banyak dan anda tidak boleh tutup semula brek kaliper. 
.  Piston brek ini perlu  ditolak masuk semula 

Jadi kena buka atau longgarkan cap bagi tangki minyak brek. Bersihkan bahagian cap pada tangki minyak brek sebelum membukanya. Ini dapat mengelakkan habuk daripada masuk ke dalam tangki dan menjejaskan fungsi brek. Kemudian gunakan clamp untuk menolak piston masuk balik ke dalam. Kalau masuk brek pad baru mesti kena tolak ke dalam sampai habis.

    Gunakan clamp seperti ini 
    untuk menolak piston ke 
    dalam

Bila piston dah dapat ditolak ke dalam bolehla tutup semula brek kaliper. Kemudian ketatkan semula skru kaliper ini. Jangan terlalu ketat bila pasang balik skru brek kaliper ini takut loose pula. 

Seterusnya pasang semula tayar dan cuba pusingkan tayar. Pastikan tiada bunyi pelik yang keluar. Bunyi bergeser sedikit tak mengapa, tapi kalau ada bunyi yang agak nyaring kena buka balik brek untuk pastikan ada tak bahagian lain yang bersentuhan dengan rotor. Akhir sekali uji brek dengan memandu kereta dalam jarak yang dekat. Kalau anda tidak dengar apa-apa bunyi yang pelik semasa menekan brek dan kereta boleh berhenti dengan baik  anda dah berjaya. 





Friday, September 30, 2022

Oil filter Iriz leaking

Post kali ini berkenaan masalah leaking pada oil filter Iriz. Masalah ini nasib baik dapat saya kesan lebih awal, apabila nampak tompokan minyak di lantai parking. Tompokan minyak agak banyak. Sebelum ini pernah dengar dalam group Exora masalah oil filter leaking, tapi biasanya untuk enjin turbo sahaja ada masalah ini disebabkan oleh tekanan engine oil yang terlalu tinggi pada. Tak sangka berlaku juga pada model Iriz.

Untuk pastikan memang oil filter yang leaking kenala jack dulu kereta dan tahan dengan jack stand. Bila dah jack boleh lihat bahagian mana di bahagian enjin yang leaking

Saya dapat pastikan memang oil filter yang leaking selepas puas perhatikan bahagian lain pada enjin aeperti oil sump dan  pada timing belt. Lupa pula nak ambil gambar oil filter yang leaking.  Kalau tak dapat nak pergi bengkel boleh sahaja tukar sendiri oil filter yang baru. 

Anda boleh buka oil filter ini dan minyak enjin tidak akan keluar sepenuhnya bila oil filter ini dibuka. Kedudukan oil filter ini adalah di bahagian atas oil sump jadi minyak tak akan mengalir keluar daripada oil sump ke oil filter jika enjin tidak dihidupkan. 

Untuk buka oil filter ini anda perlukan alat pembuka oil filter yang ada dijual di kedai spare part. Oil filter untuk enjin campro agak ketat untuk dibuka berbanding model Proton yang menggunakan enjin Mitsubishi. Jadi anda kena gunakan box socket extension bar berbentuk L dan I. Kedua-dua extension ini boleh dilekatkan di alat pembuka oil filter. 

Lekatkan pembuka oil filter di bawah oil filter dan sambungkan dengan extension bar. Pusingkan oil filter arah lawan jam untuk membukanya. Jangan lupa letakkan takungan di bawah oil filter ini supaya minyak tidak bersepah di bawah kereta. 

Selepas anda buka oil filter yang lama biarkan sisa-sisa minyak pada lubang oil filter keluar dulu. Kemudian ambil oil filter yang baru dan sapukan sedikit minyak enjin pada oil seal oil filter tersebut.

.   Sapukan sedikit minyak di sini
 Ini oil filter yang lama, bila rasa dengan jari pada sealnya terdapat permukaan yang tidak rata

Selepas sapu minyak boleh pasangkan oil filter yang baru pada tempatnya. Guna alat pembuka oil filter untuk mengetatkannya semula.Jangan terlalu ketat semasa mengunci oil filter nanti boleh loose pula. 

Lap bahagian yang berminyak pada kawasan di sekeliling oil filtler yang baru. Kalau ada leaking selepas ini kita boleh nampak. Cuba hidupkan enjin kereta dan perhatikan ada kebocoran lagi atau tidak. Jika anda pasang dengan longgar anda boleh nampak minyak enjin akan keluar dengan cepat. Tak sampai seminit boleh kering semua minyak enjin. Tekanan minyak enjin memang kuat dan boleh memancutkan minyak hitam dengan banyak jika oil filter tidak diketatkan dengan secukupnya. Jika tiada leaking lagi bolehlah turunkan kereta daripadanjack stand dan periksa semula aras minyak enjin. Jika kurang bolehlah top up sedikit.









Saturday, August 6, 2022

Tukar thermostat housing Proton Wira

Thermostat housing kereta Wira saya ini tak pernah ditukar selama 21 tahun. Rasanya dah patut ditukar sebab sebelum ini dah perasan semasa tukar by pass hose dah nampak ia berkarat. Jadi sebelum ia bocor baik ditukar. 

Kedudukan thermostat housing ini di bawah throttle body. Tak seperti enjin Campro yang thermostatnya berada di dalam paip waterpump, thermostat Wira ada housingnya sendiri. Lebih mudah untuk tukar thermostat sebenarny bagi model Wira berbanding model proton yang gunakan enjin Campro. 
 Ini dia thermostat housing

Untuk membuka thermostat housing ini kena tanggalkan dulu kotak air intake dan hosenya untuk memudahkan kerja.  Seterusnya buka by pass hose. Longgarkan dulu klip by pass hose dan tarik by pass hose untuk menanggalkannya.
   longgarkan dua klip ini kemudian tarik bypass hose dan cabut hose ini

.  By pass hose dah 
   ditanggalkan 

Tanggalkan pula hose yang bersambung dengan radiator. Tarik dulu klipnya dengan menggunakan playar sebelum hose boleh ditanggalkan.
Selepas ini tanggalkan pula sensor pada thermosta housing ini. 
.   Ada dua soket untuk sensor 
     suhu yang perlu dibuka

Berhati-hati semasa buka soket ini, usianya dah tua dan wire di dalamnya mudah putus. Kalau putus kena sambung pula dengan wire baru. 

Selepas ini bolehla buka nat yang mengikat thermostat housing ini pada enjin.
.  Ada dua nat perlu dibuka 
   pada bahagian hujung 
    thermostat housing ini

Selepas dua nat yang mengikat thermostat housing ini dibuka anda boleh tanggalkan thermostat housing ini, ada gasket di belakang thermostat housing ini jangan lupa nak pasang semula. Lupa pula saya nak ambil gambar gasket ini. 

Bila dah dapat tanggalkan thermostat housing perhatikan keadaan luarannya. Kalau dah 20 tahun pakai macam kereta saya boleh lihat keadaannya seperti dalam gambar
.  Paip pada housing ini dah berkarat teruk

Seterusnya buka pula thermostat hosing ini untuk lihat keadaan thermostat di dalamnya
.  Thermostat masih elok 
   sebab baru ditukar sebelum 
    ini
.  Bahagian atas housing ini 
   dah agak teruk juga

Bahagian atas housing ini boleh dibuka dengan menanggalkan dua skru di bahagian atas.
.   Buka dua skru ini untuk 
    menanggalkan bahagian 
    atas housing 

Buka dua sensor pada bahagian belakang  housing dengan menggunakan spanar.
.  Dua sensor yang perlu dibuka

.    Sensor sudah dibuka 
      nampak berkarat 

Bila sensor sudah dibuka boleh cuci sensor ini jika dah terlalu kotor. Jadi selepas ini ia dapat mengukur suhu dengan lebih tepat. 

Seterusnya beli thermostat hosing yang baru. Berhati-hati kalau beli secara online, biasanya kalau yang murah kualitinya agak rendah. Nanti baru pakai setahun dah bocor. Lebih baik beli di kedai spare part boleh minta yang berkualiti dan tahan lama. Saya beli baru dengan harga RM 70 untuk bahagian bawah housing sahaja. Bahagian yang sebelag atas saya tidak tukar  Bawa sekali hosing yang lama semasa beli part yang baru, takut tersalah beli. Ada beberapa jenis thermostat hosing untuk proton yang bentuknya berlainan. ada kemungkinan kedai bagi part yang salah 

Kemudian pasang semula thermostat housing. Gunakan gam gasket dan kertas gasket untuk melekatkan bahagian atas dan bahagian bawah thermostat housing. Potong kertas gasket ikut bentuk bahagian dalam hosing. Kemudian letakkan gam gasket pada bahagian atas dan bawah gasket tersebut. Lupa pula untuk ambil gambar semasa meletakkan gam pada housing. Jika tidak letak gam gasket air akan dapat keluar darpada dua permukaan housing yang dicantumkan. Ketatkan skru dengan berselang seli semasa memasang bahagian atas hosing ini. Kalau ia tidak diikat dengan sekata nanti leaking puka. Jangan lupa letakkan semula thermostat mengikut kedudukan yang betul seperti sebelum anda membukanya. Kalau terbalik nanti overheat pula enjin. Boleh rujuk pada gambar di atas. 

Pasang juga sensor pada thermostat housing ini. Pastikan ia dipasang dengan betul supaya tidak ada leaking selepas ia dipasang. Tak payah letakkan gam, hanya ketatkan secukup rasa, jangan terlalu ketat nanti loose pula.

.   Thermostat housing yang 
     dah siap dipasang. 
     Bahagian atas masih guna 
     yang lama

Selepas ini pasang semula thermostat housing pada tapaknya di enjin. Ketatkan secara berselang seli supaya ia melekat dengan sekata. Biarkan gam pada housing ini kering selama satu atau dua jan. Kemudian masukkan semula air dalam radiator dan buat bleeding pada sistem penyejukkan. Semoga dapat membantu pemilik-pemilik wira yang masih setia dengan jenteranya. 






 


Saturday, July 16, 2022

Tukar thermostat dan radiator hose Exora

Kereta kalau dah berusia lebih 10 tahun ada kemungkinan sistem penyejukan dah mula bermasalah. Sebelum ia menimbulkan masalah lebih baik kita tukar bahagian-bahagian yang patut ditukar. Kalau sistem penyejukan ini meragam di tengah jalan memang akan menyusahkan kita. Kalau anda yang jenis bertukar-tukar kereta setiap 7 atau 8 tahun takde masalah, bila dapat kereta baru takde apa yang nak dirisaukan. 
Kali ini saya nak restore balik cooling system kereta Exora saya yang dah berumur 10 tahun. Barang yang nak ditukar adalah thermostat, radiator hose dan coolant radiator.

Untuk thermostat saya beli original proton berharga RM 40. Kalau yang tak ori boleh dapat lagi murah. Radiator hose pula untuk bahagian bawah berharga RM 30 manakala yang bawah pula RM 15. Hose ini pun saya beli yang original. Harap boleh bertahan lagi 10 tahun. 
 Ini baramg-barang yang nak ditukar

Coolant pula saya gunakan coolant jenama Nissan berwarna hijau. Harga coolant RM 25. Ini jenis yang long life jadi tak perlu tukar dengan kerap. 

Untuk memudahkan kerja kita buka dulu hose air intake . Ada tiga skru yang mengikatnya. Kemudian tanggalkan juga bracket kipas radiator. Cabut  dulu soket untuk motor kipas radiator. Ada dua skru yang mengikat  bracket kipas radiator. Lepas buka skru cuma tinggal tarik sahaja ke atas untuk menanggalkannya. Hati-hati jangan sampai terlanggar radiator.

 Buka hose air intake ini. Lepas buka skru tarik sahaja daripada kotak air filters
.  Dua skru di bahagian atas bracket kipas radiator ni perlu dibuka.

Tanggalkan bracket kipas radiator dengan berhati-hati, jangan sampai terlanggar radiator di sebelahnya. Kalau bocor bertambah pula kos untuk baik pulih.
.  Bracket motor dah ditanggalkan. Saya tukar motornya sekali

Seterusnya saya nak tukar hose radiator bahagian atas. Cuma perlu longgarkan klip di bahagian enjin dan klip di bahagian radiator. 
Tarik klip hos ke bahagian belakang sebelum menanggalkan hos

Gunakan playar yang besar untuk melonggarkan klip ini. Kepitkan bahagian klip yang tertonjol keluar dengan playar. Kemudian tolak klip ini ke bahagian belakang hos. Selepas itu boleh tolak hos ini ke belakang dan keluarkan daripada bahagian atas radiator
                                 Gunakan playar untuk kepitkan klip hose radiator dan tarik ke belakang
                                 Cabut hos radiator dengan berhati-hati. Jangan terlalu ganas nanti patah pula  
                                  bahagian  atas radiator ini.

Kemudian longgarkan pula klip hos radiator pada bahagian enjin pula. Gunakan spanar yang bersaiz kecil.Tarik klip ini ke arah radiator sehingga melepasi paip air pada enjin. Kemudian tarik hos radiator ini dengan berhati-hati. Kalau terlalu ketat anda boleh potong sahaja dengan pisau. Jangan tersilap potong hos power steering kat sebelah pula.

                                 Longgarkan  klip hos di bahagian enjin sebelum menanggalkan hos di bahagian  
                                  atas
                                  selepas hos berjaya ditanggalkan 

Kemudian pasangkan hos yang baru pada bahagian atas radiator. Tak perlu letak gam silicone, lepas pasangkan hos pasangkan klip semula dengan kemas. 
Selesai hos di bahagian atas sekarang kita buka pula hos di bahagian bawah. Longgarkan dulu klip di bahagian bawah. Klip di bawah ini menggunakan skru sahaja jadi agak senang untuk melonggarkannya. 
                              Ini hos di bahagian bawah. Skru untuk klip ini menghadap ke bawah. 

Skru untuk klip hos di bahagian bawah ini menghadap ke bawah, agak sukar sedikit untuk membukanya. Nanti bila pasang semula juga kena halakan ia ke bawah sebab bila nak pasang housing radiator fan tak boleh muat sebab tersangkut dengan klip hos ini. 

Tarik hos di bahagian radiator ini dengan berhati-hati. Kalau ganas sangat nanti rosak pula radiator. 
Seterusnya buka pula hos pada bahagian enjin. Longgarkan klip hos dengan spanar.
.                               Klip di bahagian enjin ini lebih senang untuk dibuka kerana ianya tidak ketat

Kemudian tanggalkan hos. Kalau tak boleh tarik boleh potong sahaja dengan pisau. Memang kita nak ganti dengan yang baru. Bila dah berjaya buka hos ini baru boleh nampak thermostat di dalamnya
                                 ini keadaan thermostat selepas 10 tahun digunakan. Nampak masih elok lagi

Langkah seterusnya adalah untuk menanggalkan thermostat daripada paip water pump. Ada klip di depan thermostat ini yang boleh ditarik dengan playar muncung tajam.
ini klip yang memegang thermostat.

Untuk membuka klip pada thermostat ini cucukkan hujung playar long nose pada kedua-dua lubang klip ini. Kemudian  tekan playar dan tarik keluar untuk membuka klip ini 

 Boleh nampak klip yang berwarna hitam di depan thermostat

Masukkan hujung playar pada dua lubang pada klip thermostat. Kemudian tekan playar dan tarik keluar klip. Agak susah sikit kalau dah lama tak buka. Bila klip dah berjaya dibuka boleh keluarkan thermostat. Selepas itu bersihkan paip tempat letak thermostat itu. 
                    Bersihkan paip tempat thermostat supaya kotoran tak masuk ke dalam radiator.
                                            Gunakan plier yang bersaiz besar untuk buka klip thermostat dan juga klip 
                                            hose 

Ada baiknya semasa hos atas dan bawah ini terbuka kita buat flushing air yang di bahagian enjin. Caranya selepas pasang hos radiator atas dan hos radiator bawah pula masih belum dipasang tembak air ke dalam hos radiator atas dengan menggunakan air paip. Anda boleh perhatikan ada kotoron atau karat yang akan keluar melalui hos radiator radiator bahagian bawah. 
Boleh juga flush radiator sekali dengan tembak air ke dalam lubang radiator di bahagian atas. Jangan guna water jet kalau kuat sangat nanti bocor pula radiator. 

Flush sampai puas hati tiada kotoran yang keluar. Kalau lama tak pakai radiator coolant mesti banyak bahagian yang dah berkarat. Hos radiator juga anda logam di dalamnya yang boleh menyebabkan radiator tersumbat apabila ia dah berkarat.
Selepas ini masukkan thermostat baru dalam paip . Pastikan bahagian yang ada spring menghadap ke arah bahagian dalam paip. Pastikan klip dipasang dengan kemas dan thermostat tidak longgar

Seterusnya boleh pasang hos radiator yang baru pada bahagian bawah radiator dan pada paip thermostat. Kemudian pasang semula klip. Jika gunakan klip yang mempunyai skru jangan kunci terlalu ketat terutama pada bahagian radiator. Takut pecah sebab dibuat daripada plastik. 

Bila dah siap pasang semua hos dan juga thermostat cek semula pemasangan pastikan tiada yang tersalah pasang. Pastikan drain plug radiator di bahagian bawah telah dipasang semula. Pasang balik kipas radiator. Akhir sekali masukkan coolant baru ke dalam radiator dan tangki air simpanan. Kemudian tambahkan air, samada nak guna air suling atau pun air tapis terpulang kepada anda. Boleh rujuk dalam post saya sebelum ini cara untuk tukar radiator coolant dan juga cara untuk buang angin di dalam sistem penyejukan selepas  menukar coolant yang baru. Ini penting jika tak buat nanti radiator akan kekurangan air




Saturday, June 18, 2022

Servis radiator Iriz

Masalah radiator kereta Proton Iriz memang biasa diperkatakan oleh pengguna-pengguna Iriz. Masalah ini disebabkan oleh penggunaan air paip sebagai coolant di dalam radiator. Entah kenapa pihak pusat servis Proton tidak menggunakan air bertapis atau air bateri yang dicampur dengan coolant pada model ini. 

Untuk mengelakkan masalah karat ini bolehla kita buat sendiri servis radiator. Untuk menjimatkan kos bila hantar ke bengkel bolehla cuba buat sendiri. Bila dah buat sendiri baru tahu kenapa upah servis radiator ini agak mahal. Kalau tak biasa buat memang akan rasa penat dan sengal-sengal badan. 

Langakah pertama adalah dapatkan dulu barang-barang yang akan digunakan untuk servis radiator. Pertama beli long life coolant dan air bateri. Ianya akan kita gunakan selepas kita servis radiator. 

Pertama sekali tunggu sehingga enjin sejuk. Tunggu 40-50 minit selepas enjin dimatikan. Kalau memang enjin sejuk dah boleh terus mula sahaja. Mula-mula buka radiator cap dan kemudian buka drain plug di bahagian bawah radiator. 
.  Buka radiator cap 
   Buka drain plug di bahagian    
   bawah

Bila drain plug dah dibuka air di dalam radiator akan keluar sepenuhnya. Perhatikan warna cecair yang keluar. Jika berwarna perang dan ada banyak keladak karat ini menunjukkan radiator dalam keadaan yang teruk. Banyak karat di dalam sistem yang berpunca daripada air paip yang digunakan sebagai coolant. Ada kemungkinan hos radiator, thermostat dan paip water pump juga sudah berkarat. Untuk post kali ini saya cuma tunjukkan cara flushing sistem penyejukkan sahaja. Barang-barang dalam sistem saya tak tukar. 

Tanggalkan dulu kotak air filter. Longgarkan klip pada kotak air filter. Buka empat lock yang mengunci kotak air filter.  Buka cover atas kotak air filter ini dan tarik ia daripada hose  yang bersambung dengan throttle body. Seterusnya keluarkan filter di dalamnya. 
.  Longgarkan klip ini

Sebelum bahagian kotak air filter ini dapat dibuka. Ada beberapa skru yang perlu dibuka. Kena gunakan spanar saiz 12 mm dan 10 mm. 

.  Buka skru di dalam kotak air filter

.   Kotak air filter dah dibuka.

 Kemudian kena buka hos radiator di antara paip water pump dengan radiator. Longgarkan klip pada hos yang bersambung dengan paip water pump. 
     Longgarkan klip ini dan tanggalkan hos

Seterusnya tanggalkan hos ini. Cuma perlu tarik sahaja, memang agak ketat dan memerlukan kesabaran. Goyangkan sedikit ke kiri dan ke kanan semasa menarik hos. Kalau memang nak tukar hos senang sahaja boleh potong sahaja hos dengan pisau dan pasang yang baru. Kalau tak mahu tukar kena usaha sahaja sampai hos ini tercabut. Kerjanya agak memenatkan sebab itu upahnya pun mahal kalau buat di kedai. 

Bila hos ini dah ditanggalkan anda boleh lihat thermostat di dalam paip water pump. 
. Thermostat masih dalam keadaan. Ada sedikit karat sahaja

Jika thermostat dan hos sudah berkarat anda boleh nampak banyak karat di bahagian thermostat ini. Jika tak banyak karat tak perlu tukar hos, thermostat dan radiator. 

Seterusnya tanggalkan thermostat. Kena gunakan plier yang khusus untuk membuka klip thermostat. Kalau takde memang sukar untuk buka klip thermostat. Masukkan hujung plier ini pada klip thermostat, kemudian tekan plier dan tarik klip thermostat ini keluar. 
.   Lubang pada klip untuk ditarik dengan menggunakan plier.

Selepas keluarkan thermostat buka pula hos yang menyambungkan enjin dengan radiator. Nak buka hos ini kena buka dahulu klip pada hos radiator. Pastikan anda mempunyai plier yang bersaiz besar. 

Tekan klip dengan menggunakan plier dan tolak ke belakang. Pastikan klip  dialihkan keluar daripada bahagian hujung inlet radiator. Kemudian tarik hos dengan berhati-hati. Jangan terlalu ganas sebab inlet pada radiator ini diperbuat daripada plastik. kalau direntap dengan kuat mungkin menyebabkannya patah. 

Seterusnya anda akan flush radiator ini dengan air paip bertekanan tinggi. Masukkan hos air ke dalam hos radiator yang telah dibuka tadi. 
   Masukkan hos air ke dalam hos radiator dan flush dengan air yang kuat. 

Air akan keluar melalui bahagian paip water pump yang telah terbuka di bahagian bawah enjin tadi. Perhatikan air yang keluar, jika ada banyak karat anda akan nampak ia keluar melalui paip di bahagian bawah.  Flushkan air sehingga tiada lagi karat yang keluar. 

Kemudian flushkan pula bahagian radiator. Letakkan hos air pada bahagian atas radiator. Flush air dengan tekanan yang tinggi ke dalam radiator. Perhatikan air yang keluar di bahagian bawah radiator. Flush sampai tiada karat yang keluar dibahagian bawah radiator. 

Lepas dah flush air di bahagian radiator dan di dalan enjin, bolehla pasang semula hos, thermostat dan isi semula air. Letakkan coolant jenis long life ke dalam radiator. Selepas ini masukkan coolant dan tambahkan air di dalam radiator.  Seter kena buang udara yang terdapat di dalam sistem. Cara untuk buat tambah air dan buat bleeding atau keluarkan angin ada dalam post yang terdahulu. Semasa buat proses bleeding pastikan suhu enjin tidak naik ke takat maksimum. Kalau suhu enjin naik mesti ada yang tidak kena dengan sistem penyejukkan. Ia perlu dibuka semula dan ganti mana-mana komponen yang rosak. 

Akhir sekali hidupkan enjin dan cuba bawa kereta anda jalan-jalan. Rasa lebih yakin untuk bawa kereta untuk perjalanan jauh selepas buat flushing sistem penyejukkan enjin ini.