Infoscript

Saturday, May 3, 2025

Nat tayar tak boleh buka

Kadang kala apabila kita tukar tayar baru akan terkena masalah mekanik pasang nat tayar terlalu ketat menggunakan impact wrench. Bila terlalu ketat memang tak boleh nak buka sehingga rosak nat tersebut.

Nak mudah boleh bawa semula ke bengkel tapi saya lebih suka nak diy sahaja. Alat yang diperlukan adalah impact drill, mata drill dan tukul besi.

 Cara yang saya gunakan adalah drill bolt tayar sampai rapat dengan lubang rim. Tak mudah untuk drill bolt ini sebab ianya terlalu keras
Saya dah cuba pelbagai jenis mata drill semuanya kurang berkesan kerana mengambil masa yang lama untuk mengorek sedikit lubang. Untuk drill bolt ini kena gunakan drill bit jenis High strength steele (HSS). Gunakan drill bit jenis ini juga memakan masa yang lama. 

Akhirnya selepas beberapa percubaan saya jumpa juga drill bit yang sangat berkesan. Gunakan drill bit untuk memotong mozek. Mata drill ini berbentuk seperti mata lembing
    Mata drill untuk potong
     mozek

Boleh tanya kat kedai hardware mata drill untuk potong mozek. Beli drill yang bersaiz kecil supaya tak mudah patah. Untuk menjaga mata drill ini semass kita drill sediakan satu bekas berisi minyak enjin. Selepas kita drill selama beberapa minit celupkan mata drill ini dalam minyak enjin untuk menyejukkannya. 

Mula-mula drill di bahagian  bolt yang ditutupi oleh nat. Jangan drill sekali natnya. Nat itu menjadi penanda luas lubang yang perlu dikorek. Drill sedalam 1 cm  kemudian  sengetkan  impact drill dan potong bolt mengikut corak bulatan. Dengan cara ini kita boleh dapat menebuk lubang yang sekata saiznya. Ulang lagi cara di atas sehingga sampai ke kedalaman yang kita inginkan. Semasa drill jika bunyi dah bertukar jadi semakin kasar itu tanda drill dah terkena pada rim. Jadi alihkan mata drill ke bahagian lain

    Tekan impact drill dengan kuat
   Bolt dah dapat ditebuk

Semass drill bolt tekan impact drill dengan kuat untuk menebuk dengan lebih cepat. Ukur kedalaman lubang  yang kita drill. 

Jika  dah drill tapi hanya boleh masuk separuh sahaja anda kena tukar mata drill yang baru. Nat tayar ni memang keras sekejap sahaja nata drill jadi tumpul. Kena sediakan tiga atau empat mata drill baru boleh berjaya 

Pastikan anda drill sampai ke aras hujung nat yang paling dalam di dalam lubang rim Kalau anda perhatikan nat tayar ada bahagian yang menipis ke dalam. Bila dah sampai kedalaman yang secukupnya anda perlu buka  semua nat disekeliling nat yang rosak dan tendang tayar dengan kaki  Kalau dah cukup kedalaman bolt yang anda drill riim akan tertanggal dengan mudah
   Bolt yang sudah dipotong

Bila dah berjaya buka tayar anda kena tukar bolt atau stud tayar yang baru  Tak perlu tukar mangkuk bearing sekali. Murah sahaja untuk tukar satu bolt atau stud tayar ini. 



Tuesday, April 29, 2025

Tukar bearing tayar belakang Iriz

Mileage kereta Iriz dah mencecah 91k km, bila bawa laju dah ada bunyi berdengung. Rasanya macam bunyi bearing tayar belakang. Untuk kepastian saya jack tayar belakang dan pusingkan tayar. Memang ada bunyi kasar pada tayar belakang sebelah kanan.

Jadi dah confirm memang masalah bearing. Boleh beli bearing sahaja atau pun beli siap dengan mangkuknya  kalau beli bearing sahaja lebih murah tetapi saya nak cepat jadi saya tukar sekali dengan mangkuknya. Harganya RM 135..00 di kedai spare part. 
   Mangkuk bearing baru

Untuk membuka bearing kena buka tayar dahulu. Pastikan guna jack stand untuk menahan kereta. Letakkan juga batu bata pada tayar untuk mengelakkan kereta bergerak. Keselamatan wajib didahulukan sebelum buat apa-apa kerja di bawah kereta

Selepas buka tayar kena buka dua skru pada drum brek belakang. Kena gunakan skrew driver jenis impact untuk membukanya dengan mudah. 
   Tanggalkan dua skru ini

Untuk membuka drum brake kena buka dulu nat bersaiz 21 mm di tengah-tengah drum braake. Untuk membuka nat ini perlu gunakan socket saiz 21 mm yang disambung kepada  extension bar. Sambungkan batang paip pada extension bar untuk menambah daya tolakan agar lebih mudah melonggarkan nat bersaiz 21 mm ini. 

Selepas ini turunkan hand brake dan boleh keluarkan drum brek. Ketuk-ketuk sedikit drum brake dengan tukul jika agak ketat untuk menanggalkannya.
   brek drum dah berjaya dibuka

Bearing tayar berada di dalam drum brek. Anda perlu semburkan WD40 pada permukaan antara drum brake dengan bearing untuk memudahkan bearing ditanggalkan. 
    semburkan WD40 pada sekeliling mangkuk bearing

Kemudian ketuk bolt tayar dengan tukul. Memandangkan kita nak tukar sekali mangkuk bearing bolehlah ketuk bolt tayar dengan kuat untuk menanggalkan mangkuk bearing. Ketuk bolt secara bersilang untuk membolehkan  mangkuk bearing ditanggalkan dengan sekata. 
   ketuk bolt / stud tayar secara bersilang 

    mangkuk bearing dah ditanggalkan 

Seterusnya sapukan gris pada shaft di tengah-tengah bearing. Gunakan gris yang tahan panas. Saya gunakan gris untuk drive shaft. Kemudian boleh pasangkan mangkuk bearing pada drum brake. Pasangkan drum brake bersama bearing pada shaft. Ketatkan skru yang mengigkat mangkuk bearing dengan drum brake.

    Dah siap dipasang

Akhir sekali pasangkan natbersaiz 31 mm pada bahagian luar brake. Cuba pusingkan bearing, kalau tiada bunyi kasar maknanya tiada masalah. Bolehla pasangkan semula tayar dan cuba bawa kereta dan dengar ada bunyi berdengung lagi atau tidak. Mangkuk bearing yang lama jangan dibuang kerana studnya boleh digunakan senula dan bearing di dalamnya juga boleh digant baru kalau rajin nak buat sendiri