Infoscript

Thursday, August 13, 2020

Review minyak enjin Mizu

Post kali ni saya nak review minyak enjin Mizu.Rasanya ramai yang dah menggunakan nya. Minyak enjin ini viral di Lazada dan Shopee. Faktor utama yang menyebabkan ianya viral adalah harganya yang sangat murah berbanding minyak enjin yang dah terkenal. Kalau jenam yang dah terkenal minyak enjin fully synthetic boleh mencecah harga RM 200 dan ke atas. Tetapi minyak ini tak masuk akal murahnya. Boleh dibeli serendah RM 58.60. Memang murah sangat. 

Tapi ramai juga yang berhati-hati dan tidak berani untuk mencubanya. Mesti kena berhati-hati sebab enjin kereta nak pakai lama. Bukan murah nak baik pulih enjin yanh rosak. Lainla kalau pandai repair sendiri. 
Pengeluar minyak ini mengatakan punca utama harganya yang murah disebabkan ianya diedarkan terus dari kilang kepada pembeli. Ianya tidak melibatkan pengedar yang boleh menyebabkan harga naik lebih tinggi apabila dipasarkan. Jadi pengeluar terus menjualnya kepada pengguna secara online
 Untuk memikat hati pelanggan juga pengeluar juga mengatakan ianya mendapat pengiktirafan daripada American Petroleum Institute (API). Saya cek website ini dan dapati memang ianya tersenarai di website API 
     Ini screenshot daripada 
      website API.
     
    Bila tengok minyak Mizu ini tersenarai dalam senarai dalam website API ini mungkin dapat mengurangkan keraguan pada bakal-bakal pembeli yang masih ragu-ragu dengan minyak ini. Saya cek beberapa lagi jenama yang belum terkenal yang dijual di pasaraya. Ianya tidak disenaraikan dalam website API walaupun tertulis API certified pada botolnya. 

Pernah juga saya menggunakan minyak yang tak certified ni. Lepas tahu minyak ni tak certified terus tak guna lagi. Berbalik pada minyak mizu ni anda juga boleh follow di facebook. 

Penghantaran minyak ini memang cepat hari ni order esok dah sampai. Pastikan order dengan penjual yang official kat Lazada, baru dapat mirah. Lihat bungkusan minyak ini dibungkus dengan baik. 

Ok masa untuk menukar minyak enjin. Minyak ini nampak bersih dan cair. Kelikatan yang saya pilih 5W30. Ini yang sesuai untuk proton Exora seperti dalam buku manual. Sebelum ini saya gunakan minyak mineral Petronas Syntium 500. Bila dah lama guna bunyi enjin agak bising. Boleh dengar bunyi shim bila dah sampai 5000 km. Lepas tukar minuak ini bunyi shim dah hilang. Bunyi enjin lebih senyap. Kemudian test drive di jalan raya, enjin terasa ringan dan boleh memecut dengan baik. Pada kelajuan tinggi terasa enjin sangat ringan. Tak perlu tunggu sehingga minyak ini mencapai suhu yang agak tinggi untuk terasa respon enjin yang ringan. Jika minyak mineral paling remdah boleh dapat 10.6 liter/100km, guna minyak Mizu ni boleh dapat 9.8 liter/100 km. Ada penjimatan sedikit bagi penggunaan minyak. Masih tak boleh lawan minyak sintetik yang lebih mahal. Pernah guna minyak enjin  Bosch boleh dapat 9.7 liter/100 km. Mungkin lepas ni tukar pada kelikatan 5W40 macam mana pula penjimatan minyak yamg boleh dapat.

Selepas 5000 km saya keluarkan minyak Mizu ni boleh lihat minyak ni masih baik lagi kelikatannya. Belum berani lagi untuk guna sampai 10 000 km Tapi saya memang sentiasa tukar setiap 5000 km walaupun guna minyak mahal supaya enjin sentiasa bersih dan tahan lama. 

Tak puas hati lagi saya potong oil filter dan anda boleh lihat pada penapisnya. Tiada serpihn-serpihan besi di dalamnya
.  Tak nampak serpihan besi di     dalam penapis

Setakat ni berpuashati dengan minyak ini. Tiada masalah sepanjang menggunakannya. Dah 4 kali tukar pada kereta wira. Mungkin lepas ni nak review jenama lain pula.

Ini sahaja review untuk minyak Mizu ini. Kalau anda yakin bolehlah cuba minyak ini. Kalau tak berkenan gunalah minyak yang anda biasa guna. Tunggu company  ni menaja pasukan lumba kereta atau motor dalam pertandingan di litar Sepang Baru lagi ramai percaya. Menang race hari ni esoknya banyak minyak enjin yang terjual

Monday, August 10, 2020

Tukar tie rod end Wira

Kali ni saya nak share cara untuk menukar tie rod end bagi kereta wira. Tanda-tanda kerosakan tie rod endi ni bila jalan rasa stereng bergoyang-goyang ke kiri dan ke kanan. Bunga pada tayar pun jadi haus dengan tak sekata. Banyak kali buat alignment stereng masih tak centre.Dah 18 tahun pakai kereta ni tak pernah tukar lagi. Sapa cakap kereta proton ni tak lasak, tripmeter pun dah berpusing balik, kereta masih boleh digunakan. Asalkan kita buat maintenance apa-apa kereta pun boleh bertahan lama. 


Tie rod end yang asal dah teruk keadaannyaTie rod end yang asal ni dah perlu ditukar kalau buat alignment pun masih tak stabil jika dipandu dengan laju. Jika tie rod end ini tercabut pada kelajuan tinggi ia boleh menyebabkan kemalangan. Untuk menukar tie rod end alat yang diperlukan adalah spanar saiz 14 mm dan tie rod end remover.


 Ini dia tie rod end remover


Tie rod end remover boleh dibeli di Lazada atau pun shopee. Harga dalam  RM 40 - 50. Kalau tak guna tie rod end remover pun boleh hanya perlu ketuk sahaja dengan menggunakan tukul yang besar. Tapi agak sukar kalau memang tak pernah dibuka. 


Buka pin pada bahagian atas nat. Kemudian longgarkan nat pada bahagian belakang tie rod end. Selepas itu buka nat pad tie rod end dengan spanar saiz 14 mm. Letakkan jek di bawah lower arm. Jek kan di bahagian hujung lower arm. Jangan jek di tengah lower arm nanti ia bengkok. Tujuan letakkan jek supaya mudah untuk tie rod end ini digerakkan ke bawah. Gunakan tie rod end remover untuk menanggalkan tie rod end daripada knuckle. Bunyi letupan akan keluar bila tie rod end ini tertanggal daripada knuckle yang mungkin boleh membuatkan anda terkejut. 


Letakkan jek di bawah lower armSemasa membuka tie rod end yang lama ini kira bilangan pusingan semasa membuka tie rod end tetsebut. Jika bilangan pusingan adalah 20 maka semasa memasang balik tie rod end yang baru mesti 20 pusingan. Sebabnya supaya alignment tayar tidak berubah terlalu jauh bila tie rod end yang baru dipasang


Selepas dikeluarkan boleh lihat getah dah koyak dan sudah longgar


Masukkan tie rod end yang baru dan pusing sehingga blangan pusingan yang dikira semasa mengeluarkan tie rod end yang lama. 

T

Tierod end yang baru sebelah 

  kanan


Bila mengetatkan nut pada tie rod end ini jangan terlalu ketat kerana ia mudah loose jika terlalu ketat. Kena berhati-hati sekadar sedikit  ketat dah memadai. 


Tier rod end yang bar sudah dipasangdAnda juga boleh memeriksa bahagian belakang tie rod ini.jika ia mudah untuk digoyangkan maka anda perlu juga menggantikan tie rod di sebelah dalam. Dah tukar dua-dua baru rasa puas hati macam kereta baru semula.


Lepas siap pasang bolehla uji kereta dengan memandunya beberapa minit. Kalau rasa stereng senget dan tak stabil ketika memandu bolehla hantar pergi alignment semula supaya tayar tak rosak. Boleh gunakan panduan ini untuk kereta-kereta lain. Caranya lebih kurang sama





Thursday, August 6, 2020

Review minyak enjin Tesco

Post kali ni saya akan review minyak enjin yang biasa kita nampak di pasaraya tesco. Biasanya ada promosi hingga harga serendah RM 60. Tapi tak ramai yang berani mencuba minyak ini. Banyak yang kita baca di forum-forum berpendapat minyak ini tak bagus, tiruan dan sebagainya. 

Syarikat besar seperti Tesco tak akan menggadaikan reputasinya atau disaman kerana mengeluarkan minyak tiruan atau recycle. Biasanya syarikat yang mengeluarkan minyak enjin ini akan membeli base oil daripada pengeluar minyak yang besar seperi Shell, Bp atau pun Petronas. Kemudian mereka tambahkan additive pada base oil ini. Jadi yang membezakan minyak ini dengan jenama yang terkenal adalah additive yang diletakkan pada minyak pada minyak tersebut dengan formula rahsia masing-masing.

Saya akan gunakan minyak ini pada kereta wira yang dah berusia 18 tahun. Pernah tertipu dengan minyak tiruan yang dijual di kedai spare part. Habis piston ring kena tukar baru. Jadi sekarang cuma beli di stesen minyak atau di pasaraya besar sahaja. 

Ok kita terus dengan review minyak enjin Tesco. Minyak yang saya beli adalah jenis fully synthetic 5W40. Macam dalam gambar di bawah
Pertama kali buka penutup botolnya saya keluarkan sedikit dan lihat warnanya hijau. Minyak ini nampak sangat cair berbanding minyak semi sintetik yang pernah saya gunakan. Lupa pula nak ambik gambar minyak ni. Ia begitu mudah mengalir apabila dituang ke dalam enjin. Bila start enjin bunyi macam biasa, takde bunyi yang luar biasa keluar. Kemudian cek ada leaking atau tidak daripada drain plug dan oil filter. 

Seterusnya ujian di atas jalan  pula. Amat memeranjatkan prestasinya amat baik. Enjin terasa reponsive dan ringan. Senang untuk memotong dan memandu dengan laju. Tak sangka ia lebih sedap berbanding minyak semi Castrol magnatex yang pernah saya gunakan. Penggunaan petrol juga menjimatkan. Tapi biasanya bila enjin dah sedap makin laju kita tekan. Jadi tak jadi jimat pula. 

Saya gunakan kereta wira ini berulang alik ke tempat kerja lebih kurang 140 km sehari. Minyak ini tidak berkurang pun bila saya cek dipstick setiap minggu. Nampaknya sesuai dengan enjin wira ni. Boleh beli lagi selepas ini. Semasa saya menukar minyak ini selepas 6000 km saya dapati minyak ini masih lagi mempunyai kelikatan yang baik. Tidak menjadi terlalu pekat. 

Tapi ada satu kekurangan minuak ini, ia tak boleh bertahan sehingga 10 000 km. Baru 5000 km dah rasa kurang sedikit kelancarannya. Rasa macam minyak dah perlu ditukar. Minyak ini mungkin tak boleh guna sampai 10 000 km. Lebih baik tukar dalam 6000 -7000 km untuk lebih sedap memandu. Dengan harga yang murah tak sampai seratus ringgit memang berbaloi. Jadi pada yang ingin cuba boleh beli minyak ni di Tesco semasa promosi. Kalau habis promosi harganya lebih dari seratus ringgit juga.

 

Sunday, August 2, 2020

Review minyak enjin Syntium 500

Post kali ini saya akan review penggunaan minyak enjin mineral daripada petronas iaitu Syntium 500. Minyak ini saya beli di stesen minyak petronas dengan harga RM 95. Saja nak cuba minyak mineral untuk enjin Campro CPS pada kereta Exora. Selama 8 tahun menggunakan minyak semi sintetik Syntium 800 10W40 kali ni nak cuba minyak mineral.
     minyak enjin Syntium 500            15W40

Setelah mengeluarkan minyak lama jenis semi sintetik, saya masukkan minyak baru ni ke dalam enjin Campro CPS standard. Warna minyak ini cukup cantik dan sangat bersih. Memang minyak yang berkualiti dan original. Takde rasa ragu-ragu nak menuangnya ke dalam enjin. Kalau minyak enjin yang dibeli secara online mungkin ada juga rasa ragu-ragu yang minyak ini minyak recycle. Pernah terkena beli minyak murah tapi berjenama di kedai spare part kereta. Rupa-rupanya minyak recycle habis piston pada kereta wira. Lama pula tu gunakan minyak yang tak ori ni. Lepas ni memang beli daripada stesen minyak atau dari pasaraya yang besar. Tak mungkinla diorang ni nak jual minyak yang tiruan. Kena saman nanti susah pulak diorang. Ingatan untuk rakan-rakan jangan sebab nak jimat sedikit dapat rugi banyak pula.
Kalau nak ikut pada buku manual spesifikasi yang sesuai adalah jenis 10W30 bagi enjin Campro ini. 
.  
Ok berbalik pada minyak yang saya nak rebiew ni, bila start saja enjin, enjin berbunyi macam biasa tiada beza dengan minyak semi sintetik. Enjin pun senyap. Kemudian saya test untuk perjalanan jarak dekat. Respon enjin saya dapati agak lambat untuk memecut dari kelajuan rendah. Bila pedal throttle ditekan habis dan CPS dibuka agak lambat sikit respon enjin. Tak begitu ketara tapi masih dapat rasa perbezaan dengan minyak Syntium 800. 

Kemudian saya uji untuk perjalanan jarak jauh. Jarak perjalanan sejauh 500 km, saya dapati semakin jauh perjalanan dan semakin panas suhu enjin, enjin terasa semakin ringan.Minyak ini mengambil masa untuk ia beroperasi dengan optimum. Kalau suhu enjin masih sejuk memang agak lambat respon enjin. Semakin jauh saya memandu semakin pula rasa minyak ini. 

Selepasa hampir 3000 km saya dapati kelikatan minyak tidak banyak perubahan. Ini berbeza dengan minyak tiruan yang pernah saya gunakan. Ianya akan cepat likat dan berubah warna. Prestasi enjin juga akan menurun dengan cepat. Jadi pada rakan-rakan yang tak pasti samada minyak yang anda gunakan itu ori atau tidak anda boleh cek kelikatan dan warna minyak tersebut selepas 2-3 ribu km. Kalau anda angkat dipstik dan minyak ini tak menitis pun daripada dipstick tu ada kemungkinan minyak itu minyak recycle. Lebih-lebih lagi jika dibeli dengan harga yang sangat murah. Pakai minyak mineral pun tak apa janji ia minyak yang original dan ikut spesifikasi yang diterapkan oleh pengeluar kereta. 

Pada jadual di bawah saya tunjukkan spesifikasi bagi minyak syntium 500 dan syntium 800
.  Ini spesifikasi bagi minyak    
    Syntium 800

.   Yang ini spesifikasi bagi   
     minyak Syntium 500

Bagi penggunaan minyak pula, minyak mineral Syntium 500 ini agak kurang menjimatkan minyak bagi perjalanan jarak dekat. Ianya cuma  dapat memberikan penjimatan hampir sama dengan minyak sintetik apabila suhu minyak ini dah mencapai suhu yang agak tinggi. Apabila mileage untuk minyak ini dah mencapai hampir 5000 km saya dapati bunyi enjin akan menjadi kasar. Jadi kita boleh tahu yang minyak ini dah perlu ditukar. Bagi mereka yang ingin berubah kepad minyak mineral bolehla cuba minyak ini. Jika buat perjalanan jauh anda mungkin akan sukakan ciri-cirinya Tapi bagi perjalanan dekat agak kurang menjimtkan minyak. Apa-apa pun semuanya beegantung pada bajet sendiri, tiada masalah pun untuk guna minyak.mineral.cuma ia perlu ditukar dengan lebih kerap dan jangan tangguhkan penukaran minyak ini jika dah sampai masanya. Minyak mineral.akan berubah menjadi sangat likat jika dibiarkan terlalu lama. Ini boleh merosakkan enjin. Kalau enjin CPS anda tidak tukar minyak mineral ini dalam waktu yang lama nanti enjin akan berbunyi macam mesin jahit. Jadi kalau guna minyak ini seeloknya cukup 5000 km tukar atau pun dah empat bulan pakai mesti tukar.