Infoscript

Thursday, August 6, 2020

Review minyak enjin Tesco

Post kali ni saya akan review minyak enjin yang biasa kita nampak di pasaraya tesco. Biasanya ada promosi hingga harga serendah RM 60. Tapi tak ramai yang berani mencuba minyak ini. Banyak yang kita baca di forum-forum berpendapat minyak ini tak bagus, tiruan dan sebagainya. 

Syarikat besar seperti Tesco tak akan menggadaikan reputasinya atau disaman kerana mengeluarkan minyak tiruan atau recycle. Biasanya syarikat yang mengeluarkan minyak enjin ini akan membeli base oil daripada pengeluar minyak yang besar seperi Shell, Bp atau pun Petronas. Kemudian mereka tambahkan additive pada base oil ini. Jadi yang membezakan minyak ini dengan jenama yang terkenal adalah additive yang diletakkan pada minyak pada minyak tersebut dengan formula rahsia masing-masing.

Saya akan gunakan minyak ini pada kereta wira yang dah berusia 18 tahun. Pernah tertipu dengan minyak tiruan yang dijual di kedai spare part. Habis piston ring kena tukar baru. Jadi sekarang cuma beli di stesen minyak atau di pasaraya besar sahaja. 

Ok kita terus dengan review minyak enjin Tesco. Minyak yang saya beli adalah jenis fully synthetic 5W40. Macam dalam gambar di bawah
Pertama kali buka penutup botolnya saya keluarkan sedikit dan lihat warnanya hijau. Minyak ini nampak sangat cair berbanding minyak semi sintetik yang pernah saya gunakan. Lupa pula nak ambik gambar minyak ni. Ia begitu mudah mengalir apabila dituang ke dalam enjin. Bila start enjin bunyi macam biasa, takde bunyi yang luar biasa keluar. Kemudian cek ada leaking atau tidak daripada drain plug dan oil filter. 

Seterusnya ujian di atas jalan  pula. Amat memeranjatkan prestasinya amat baik. Enjin terasa reponsive dan ringan. Senang untuk memotong dan memandu dengan laju. Tak sangka ia lebih sedap berbanding minyak semi Castrol magnatex yang pernah saya gunakan. Penggunaan petrol juga menjimatkan. Tapi biasanya bila enjin dah sedap makin laju kita tekan. Jadi tak jadi jimat pula. 

Saya gunakan kereta wira ini berulang alik ke tempat kerja lebih kurang 140 km sehari. Minyak ini tidak berkurang pun bila saya cek dipstick setiap minggu. Nampaknya sesuai dengan enjin wira ni. Boleh beli lagi selepas ini. Semasa saya menukar minyak ini selepas 6000 km saya dapati minyak ini masih lagi mempunyai kelikatan yang baik. Tidak menjadi terlalu pekat. 

Tapi ada satu kekurangan minuak ini, ia tak boleh bertahan sehingga 10 000 km. Baru 5000 km dah rasa kurang sedikit kelancarannya. Rasa macam minyak dah perlu ditukar. Minyak ini mungkin tak boleh guna sampai 10 000 km. Lebih baik tukar dalam 6000 -7000 km untuk lebih sedap memandu. Dengan harga yang murah tak sampai seratus ringgit memang berbaloi. Jadi pada yang ingin cuba boleh beli minyak ni di Tesco semasa promosi. Kalau habis promosi harganya lebih dari seratus ringgit juga.

 

2 comments:

  1. Terima kasih atas review tuan.

    Nak try minyak murah (Mizu/ Tesco), tapi tak berani.

    Google2, jumpa blog tuan.

    Minyak sintetik penuh Lotus' terkini (botol lain), tuan pernah cuba?

    ReplyDelete
  2. Minyak Tesco kena cepat sikit tukar sebab enjin akan rasa berat sikit selepas 5k km.

    ReplyDelete