Setelah mengeluarkan minyak lama jenis semi sintetik, saya masukkan minyak baru ni ke dalam enjin Campro CPS standard. Warna minyak ini cukup cantik dan sangat bersih. Memang minyak yang berkualiti dan original. Takde rasa ragu-ragu nak menuangnya ke dalam enjin. Kalau minyak enjin yang dibeli secara online mungkin ada juga rasa ragu-ragu yang minyak ini minyak recycle. Pernah terkena beli minyak murah tapi berjenama di kedai spare part kereta. Rupa-rupanya minyak recycle habis piston pada kereta wira. Lama pula tu gunakan minyak yang tak ori ni. Lepas ni memang beli daripada stesen minyak atau dari pasaraya yang besar. Tak mungkinla diorang ni nak jual minyak yang tiruan. Kena saman nanti susah pulak diorang. Ingatan untuk rakan-rakan jangan sebab nak jimat sedikit dapat rugi banyak pula.
Kalau nak ikut pada buku manual spesifikasi yang sesuai adalah jenis 10W30 bagi enjin Campro ini.
Ok berbalik pada minyak yang saya nak rebiew ni, bila start saja enjin, enjin berbunyi macam biasa tiada beza dengan minyak semi sintetik. Enjin pun senyap. Kemudian saya test untuk perjalanan jarak dekat. Respon enjin saya dapati agak lambat untuk memecut dari kelajuan rendah. Bila pedal throttle ditekan habis dan CPS dibuka agak lambat sikit respon enjin. Tak begitu ketara tapi masih dapat rasa perbezaan dengan minyak Syntium 800.
Kemudian saya uji untuk perjalanan jarak jauh. Jarak perjalanan sejauh 500 km, saya dapati semakin jauh perjalanan dan semakin panas suhu enjin, enjin terasa semakin ringan.Minyak ini mengambil masa untuk ia beroperasi dengan optimum. Kalau suhu enjin masih sejuk memang agak lambat respon enjin. Semakin jauh saya memandu semakin pula rasa minyak ini.
Selepasa hampir 3000 km saya dapati kelikatan minyak tidak banyak perubahan. Ini berbeza dengan minyak tiruan yang pernah saya gunakan. Ianya akan cepat likat dan berubah warna. Prestasi enjin juga akan menurun dengan cepat. Jadi pada rakan-rakan yang tak pasti samada minyak yang anda gunakan itu ori atau tidak anda boleh cek kelikatan dan warna minyak tersebut selepas 2-3 ribu km. Kalau anda angkat dipstik dan minyak ini tak menitis pun daripada dipstick tu ada kemungkinan minyak itu minyak recycle. Lebih-lebih lagi jika dibeli dengan harga yang sangat murah. Pakai minyak mineral pun tak apa janji ia minyak yang original dan ikut spesifikasi yang diterapkan oleh pengeluar kereta.
Pada jadual di bawah saya tunjukkan spesifikasi bagi minyak syntium 500 dan syntium 800
Syntium 800
minyak Syntium 500
Bagi penggunaan minyak pula, minyak mineral Syntium 500 ini agak kurang menjimatkan minyak bagi perjalanan jarak dekat. Ianya cuma dapat memberikan penjimatan hampir sama dengan minyak sintetik apabila suhu minyak ini dah mencapai suhu yang agak tinggi. Apabila mileage untuk minyak ini dah mencapai hampir 5000 km saya dapati bunyi enjin akan menjadi kasar. Jadi kita boleh tahu yang minyak ini dah perlu ditukar. Bagi mereka yang ingin berubah kepad minyak mineral bolehla cuba minyak ini. Jika buat perjalanan jauh anda mungkin akan sukakan ciri-cirinya Tapi bagi perjalanan dekat agak kurang menjimtkan minyak. Apa-apa pun semuanya beegantung pada bajet sendiri, tiada masalah pun untuk guna minyak.mineral.cuma ia perlu ditukar dengan lebih kerap dan jangan tangguhkan penukaran minyak ini jika dah sampai masanya. Minyak mineral.akan berubah menjadi sangat likat jika dibiarkan terlalu lama. Ini boleh merosakkan enjin. Kalau enjin CPS anda tidak tukar minyak mineral ini dalam waktu yang lama nanti enjin akan berbunyi macam mesin jahit. Jadi kalau guna minyak ini seeloknya cukup 5000 km tukar atau pun dah empat bulan pakai mesti tukar.
No comments:
Post a Comment