Infoscript

Tuesday, February 28, 2023

Masalah Power Window Iriz

Kereta Iriz saya yamg baru berusia 3 tahun dah mengalami masalah power window  tak boleh naik atau turun. Masalah power window adalah biasa bagi model Wira tapi sekarang ni dah menjangkit pula pada model Iriz. Kalau model Wira saya biasa kena tukar setiap dua tahun sekali. Tak jadi masalah kalau pandai tukar sendiri. Bagi yang tak pandai tukar sendiri memang rasa macam masalah besar. Mana taknya kalau kena masa musim hujan mahu bertakung air dalam kereta. 

Kalau kereta ada warranty takde masalah boleh minta pusat servis untuk tukar baru. Tanpa bayaran yang dikenakan. Tapi ada sesetengah pusat servis yang mengada-ngada nak suruh kita buat appointment dulu. Dah kereta tak boleh tutup tingkap macam mana nak tunggu sehingga tarikh appointment. Mesti nak kena repair cepat. Cubala cerdik sikit pusat servis ni. Satu lagi masalah spare part pula takde, kena tinggal kereta beberapa hari kat pusat servis. 

Masalah power window ini sebenarnya berpunca dari dua komponen utama. Yang pertama adalah power window regulator iaitu komponen yang memegang cermin tingkap. Ada kabel yang akan menarik cermin ini naik dan turun. Komponen yang kedua adalah motor yang akan menggerakkan regulator. 

Kerosakan yang biasa berlalu adalah pada regulator. Kabel regulator ini akan berkarat dan putus atau pun ia akan menyekat pergerakan pulley pada regulator. Kabel ini mungkin dibuat dengan logam yang tidak tahan karat, ini menyebabkan ia cepat berkarat. 
     Kabel ini selalu bermasalah

Komponen kedua yang mudah rosak adalah motor elektrik yang menggerakkan regulator. Bahagian yang mudah rosak  pada pada motor adalah gearnya. Gear ini juga akan cepat haus jika pergerakan cermin terlalu ketat. Kualiti plastik yang kurang baik menyebabkan is mudah rosak.
   Gear pada motor ini akan rosak jika pergerakan cermin menjadi ketat 

Kalau nak repair power window ni tak payah tukar dua-dua regulator dan motor serentak. Yang biasa rosak adalah regulator sahajai, motor boleh tahan lama. Biasa bengkel nak tukar satu set motor dan regulator sekali. Jadi apa jadi pada motor yang masih elok tu, tentu sahaja akan dijual semula sebagai barang second kalau owner tak bawa balik. Kali ini saya tak tukar sendiri regulator power window sebab masih ada warranty. Nak tukarnya tidaklah susah sangat sebab dah banyak kali tukar bagi model wira. Mungkin lain kali saya akan cerita pula cara nak ganti sendiri. Kali ini cuma nak kongsi masalah berkenaan power window

Saturday, February 11, 2023

Water pump bocor

Kadang-kala bila check air pada tangki simpanan boleh nampak ada pengurangan yang ketara pada aras air di dalam tangki tersebut. Ada beberapa sebab yang menyebabkan air di dalam tangki ini berkurang. Masalah yang saya nak bincangkan kali ini adalah disebabkan gasket atau seal  pada water pump dah bocor. Kalau dibiarkan kebocoran ini akan menjadi semakin teruk dan enjin boleh overheat.

Cara paling baik adalah dengan menukar water pump baru, tapi kosnya pula mahal. Ada cara yang lebih mudah tanpa perlu membuka water pump tersebut. Caranya adalah dengan menampal kebocoran dengan cecair penampal kebocoran. Hanya perlu masukkan ke dalam radiator sahaja. Cecair penampal yang saya gunakan adalah jenis Abro heavy duty cooling system leak.
      Ini botol cecair penampal tersebut

Sealant ini boleh menampal kebocoran pada radiator, head gasket dan water pump. Kalau ada crack pada blok silinder pun boleh seal pakai sealant ini, jika kebocoran tidak terlalu besar. Kalau bocor besar memang tak boleh buat apa. 

Cara nak guna sealant ini mula-mula panaskan dulu enjin sampai radiator dah rasa panas , anggaran masa dalam 7-8 minit. Tunggu sehingga tekanan air  di dalam radiator sudah menjadi rendah dalam masa 40 minit. Jangan buka radiator cap jika enjin masih terlalu panas. Buka radiator cap dan sekiranya air dalam radiator masih penuh anda perlu keluarkan sedikit air di dalam radiator. Caranya dengan melonggarkan sedikit valve di bahagian bawah radiator. 
.  Longgarkan sedikit valve ini untuk mengeluarkan sedikit air

Bila dah cukup air yang dikeluarkan ketatkan semula valve, jangan terlalu ketat nanti looose pula. Kemudian  masukkan sealant ke dalam radiator sampai habis satu botol. Kalau belum cukup satu botol keluarkan lagi air pada valve radiator. Jika air memang dah tinggal sedikit masukkan sahaja sealnt ini ke dalam radiator dan tambahkan air sehingga penuh. Seterusnya tutup radiator dengan radiator cap, dan hidupkan enjin. Biarkan selama 20 - 25 minit, sambil menunggu boleh perhatikan di bawah enjin ada atau tidak air menitis daripada water pump. Mula-mula memang akan ada keluar sedikit air, kalau sealant tersebut dah dapat menampal kebocoran tiada lagi air akan keluar daripada bahagian bawah enjin. Seterusnya test drive kereta anda dengan memandu dengan kelajuan sederhana dan tinggi. Periksa semula aras air setelah enjin sejuk. Jika ada angin dalam sistem penyejuk enjin selepas anda keluarkam sedikit air melalui valve radiator biasanya air akan berkurang sedikit. Jadi kena buangkan dulu angin dalam sistem penyejukan. Selepas itu barulah aras air tidàk akan berkurang lagi. Harap dapat membantu anda yanga menghadapi masalah yang sama
.  Selepas berjaya ditampal water pump sudah tiada leaking 

Tukar stabilizer link Iriz

Jika semasa memandu perlahan dan apabila membelok anda rasa tayar hanakan rasa tergelincir seperti hilang cengkaman atau pun semasa nak keluar parking pun rasa tayar hadapan tergelincir itu tanda-tanda stabilizer link dah longgar. Tanda-tanda lain semasa memandu kita boleh dengar bunyi 'tak tak' semasa melalui jalan tak rata. 

Untuk menukar stabilizer link ini tak susah. Cuma perlukan spanar saiz 14 mm, 17 mm dan allen key. Mula-mula sekali jack kereta dan buka tayar hadapan. Jangan lupa letakkan jack stand di bawah kereta untuk keselamatan. 

Selepas buka tayar anda boleh nampak dah stabilizer link. Cuba ketuk dengan tukul stabilizer link ini kalau ia bergoyang teruk memanglah bahagian ini yamg rosak. Untuk kereta saya ia hanya bergoyang sedikit sahaja. Jadi ia kurang meyakinkan saya untuk menukarnya. Untuk lebih kepastian saya nak buka terus stabilizer link ini. Nak buka stabilizer link ini kena jack dulu lower arm pada bahagian bawah ball joint. Jangan jack pada bahagian tengah lower arm, nanti ia akan bengkok. 
.    Jack pada bawah ball joint
.  Letak jack di bawah ball joint

Berhati-hati semasa jack ball joint jangan sampai terkena rotor brek pula. Bila dah jack baru boleh longgarkan nat stabilizer link. Kalau tak jack dulu nanti stabilizer link ini tak boleh dicabut keluar.
 Seterusnya longgarkan nat dengan spanar saiz 14 mm. Kalau bolt berputar sekali semasa melonggarkan nat tahan bolt itu dengan allen key. Memang ada lubang di tengah-tengah bolt tersebut. 

.   Nat bahagian atas sudah dibuka. Lubang untuk allen key pada bahagian tengah bolt

Bila dah buka stabilizer link ini saya dapati bahagian bolt yang melekatkannya pada stabilizer bar dah bergoyang-goyang dengan longgar. Patutlah rasa tayar macam nak tergelincir semasa membelok. 

Lagkah seterusnya adalah memasang stabilizer link yang baru. Harga untuk stabilizer link ini daripada RM 25-40 sebatang ikut gred. Kalau gred yang baik memang mahal sikit. Disebabkan kita pasang sendiri dan tak perlu bayar upah pasang yang murah pun tak apa. Nak tukar pun senang sahaja. Untuk pasang yang baru terbalikan sahaja langkah  membukanya. Bila ketatkan buat berselang seli yamg atas dengan yang bawah semula nat stabilizer link ini jangan terlalu ketat nanti loose pula. 
.   Sudah siap dipasang nat pun      sudah diketatkan 

Selepas ini boleh uji kereta anda kalau dipasang dengan betul bunyi-bunyi pelik akan hilang dan pemandusn juga lebih mantap