Infoscript

Saturday, February 11, 2023

Tukar stabilizer link Iriz

Jika semasa memandu perlahan dan apabila membelok anda rasa tayar hanakan rasa tergelincir seperti hilang cengkaman atau pun semasa nak keluar parking pun rasa tayar hadapan tergelincir itu tanda-tanda stabilizer link dah longgar. Tanda-tanda lain semasa memandu kita boleh dengar bunyi 'tak tak' semasa melalui jalan tak rata. 

Untuk menukar stabilizer link ini tak susah. Cuma perlukan spanar saiz 14 mm, 17 mm dan allen key. Mula-mula sekali jack kereta dan buka tayar hadapan. Jangan lupa letakkan jack stand di bawah kereta untuk keselamatan. 

Selepas buka tayar anda boleh nampak dah stabilizer link. Cuba ketuk dengan tukul stabilizer link ini kalau ia bergoyang teruk memanglah bahagian ini yamg rosak. Untuk kereta saya ia hanya bergoyang sedikit sahaja. Jadi ia kurang meyakinkan saya untuk menukarnya. Untuk lebih kepastian saya nak buka terus stabilizer link ini. Nak buka stabilizer link ini kena jack dulu lower arm pada bahagian bawah ball joint. Jangan jack pada bahagian tengah lower arm, nanti ia akan bengkok. 
.    Jack pada bawah ball joint
.  Letak jack di bawah ball joint

Berhati-hati semasa jack ball joint jangan sampai terkena rotor brek pula. Bila dah jack baru boleh longgarkan nat stabilizer link. Kalau tak jack dulu nanti stabilizer link ini tak boleh dicabut keluar.
 Seterusnya longgarkan nat dengan spanar saiz 14 mm. Kalau bolt berputar sekali semasa melonggarkan nat tahan bolt itu dengan allen key. Memang ada lubang di tengah-tengah bolt tersebut. 

.   Nat bahagian atas sudah dibuka. Lubang untuk allen key pada bahagian tengah bolt

Bila dah buka stabilizer link ini saya dapati bahagian bolt yang melekatkannya pada stabilizer bar dah bergoyang-goyang dengan longgar. Patutlah rasa tayar macam nak tergelincir semasa membelok. 

Lagkah seterusnya adalah memasang stabilizer link yang baru. Harga untuk stabilizer link ini daripada RM 25-40 sebatang ikut gred. Kalau gred yang baik memang mahal sikit. Disebabkan kita pasang sendiri dan tak perlu bayar upah pasang yang murah pun tak apa. Nak tukar pun senang sahaja. Untuk pasang yang baru terbalikan sahaja langkah  membukanya. Bila ketatkan buat berselang seli yamg atas dengan yang bawah semula nat stabilizer link ini jangan terlalu ketat nanti loose pula. 
.   Sudah siap dipasang nat pun      sudah diketatkan 

Selepas ini boleh uji kereta anda kalau dipasang dengan betul bunyi-bunyi pelik akan hilang dan pemandusn juga lebih mantap

No comments:

Post a Comment