Infoscript

Saturday, March 25, 2023

Stereng Exora senget teruk

Stereng Exora ni bermasalah lagi, Kali ini ia senget dengan lebih ekstrem. Setiap kali apabila pusing ke kiri atau ke kanan ia tidak mahu lagi berada pada kedudukan asal. Sampai kedudukan stereng 45 darjah senget daripada asal. Kalau pusing habis ke kiri dia senget 45 darjah  ke kiri, kalau pusing habis ke kanan dia senget 45 darjah pula ke kanan. Sebelum ini masalah stereng cuma tertarik sikit ke kiri. 

Jadi takde cara lain kecuali kena tengok kat bawah kereta ni apa jadi dengan stereng rack. Macam biasa kena jack kereta agak tinggi sikit dan tahan dengan jack stand. Mula-mula saya cuba tukar cushion stereng. Tapi lepas beberapa hari masalah berulang kembali. Jadi kena cari sekali lagi masalahnya. 

Rupa-rupanya masalah ini berpunca daripada bush stereng rack. Saya nampak bush ini macam dah senget sedikit. Bila diputar skrunya pun dah rasa longgar. Jadi terpaksalah tukar baru. Harganya pun tak mahal.
.  Keadaan bush yang lama,         dah rosak teruk

Cushion stereng rack lebih baik guna yang rubber berbanding silikon. Walaupun silikon lebih keras dan tahan lama, ia tak boleh grip stereng rack dengan lebih kuat berbanding rubber. Saya dah cuba kedua-dua jenis ini, jenis rubber saya rasa lebih ketat mengikat stereng rack. Stereng tak senget ke kiri atau ke kanan bila permukaan jalan berubah. 
   Cushion jenis silicone  
   warna biru  kurang grip
   Cushion jenis rubber warna 
    hitam lebih  grip

Untuk bush stereng rack lebih senang guna jenis silicone. Ianya lebih mudah untuk dipasang berbanding jenis rubber. 

Lepas tukar stereng rack bush ni baru dapat alignment yang terbaik. Alignment pun buat secara manual sendiri. Takdela kena bayar apa-apa. Banyak dapat jimat duit.

Thursday, March 23, 2023

Hand brake Iriz tak melekat

Bila dah lama tak tukar  gunakan kereta bila tarik hand brake rasa ianya tak melekat. Kereta masih bergerak walaupun dah tarik hand brake paling maksimum. Untuk selesaikan masalah ini kita kena adjust semula drum brake supaya ia melekat semula. 

Untuk proton Iriz ada perbezaan sedikit cara nak buka drum brake berbanding model proton yang lain. Pertama sekali kena buka tayar dahulu dan tahan dengan jack stand. Nak kerja bawah kereta ni kena ada langkah keselamatan, takde jack stand kena letak dua jek biasa biasa untuk melindungi diri kita. Kalau satu gagal ada satu lagi boleh tahan kereta. Letak sekali tayar yang dibuka tadi  di bawah kereta. Nak buka brake belakang ni kena tambah lagi langkah keselamatan memandangkan kita akan buka hand brake maka kereta akan boleh bergerak. Mesti ada stopper kat tayar untuk halang kereta bergerak.

Kemudian kena buka nat pada bahagian tengah roda. Untuk buka nat ini kena buka dulu covernya dengan menggunakan skru driver. Bila dah dapat buka cover boleh nampak nat di dalamnya. Untuk buka nat ini perlukan socket bersaiz 31 mm. Agak mahal juga harga socket ini, saya beli dengan harga RM 30 di kedai hardware. Gunakan breaker bar atau sambung socket extension dengan batang paip yang panjang. Agak ketat untuk membuka nat saiz 31 mm ini.
.  Ini socket saiz 31 mm. 
    Ketuk skru driver pada 
     bahagian ini

.Cover nat dah dibuka dan nat dah dilonggarkan 

Kemudian bolehla tanggalkan brake drum daripada  tapaknya. Untuk tanggalkan brake drum ini kena turunkan hand brake, kalau tidak ia akan menyebabkan brake drum tidak boleh bergerak langsung. Berjaga-jaga semasa melepaskan hand brake takut kereta akan bergerak. Pasang stopper dulu pada tayar depan. Kalau dah ada stopper pada tayar, kereta tidak akan bergerak. Kalau brek drum ini agak ketat juga, gunakan tukul untuk ketuk brek drum ini untuk melonggarkannya. Dah ketuk dua atau tiga kali bolehla dibuka dengan mudah. 
 Selepas ini boleh adjust kedudukan brake shoe supaya lebih rapat pada brake drum. Untuk itu kena ubah adjuster yang melekat pada brake shoes. 
.   Ini adjuster untuk 
     mengubah kedudukan 
     brake shoes

Ada gear pada adjuster ini yang boleh dipusingkan ke atas atau ke bawah. Boleh gunakan skru driver untuk menolak gear ini ke atas Dan bawah. Selalunya gear ini keras dan sukar untuk ditolak. Jadi sembur dulu dengan WD40 untuk memudahkan pergerakkannya. Jika gear ini ditolak ke atas ianya akan menolak brake shoes keluar dan membuatkan hand brake jadi lebih mencengkam dengan menarik sedikit sahaja lever. Sebelum tolak gear ini kena tolak dahulu lock yang mencegah gear ini daripada berpusing pada bahagian bawah gear ini dengan skru driver
.  Tolakkan gear ini ke atas 
    untuk menolak keluar       
    brake  shoes.

Jika terlebih pusing brake drum tak boleh masuk pula pada tapaknya. Jadi kena adjust semula gear tadi ke bawah sedikit sampai brake drum boleh muat. Sebelum pasang semula brake drum ada baiknya kita bersihkan segala habuk pada break ini dengan brake clean spray. Jadi brek yang bersih akan kurang keluarkan bunyi yang tidak menyenangkan. Memang banyak habuk dalam brek jenis ini. Laraskan kedua-dua brek pada kedua-dua tayar. Kalau anda cuma Lara's sebelah tayar sahaja ia tak cukup kuat untuk menahan kereta

Bila dah siap pasang semula bolehla uji parking brek ini di tempat yang curam sedikit. Kalau dibuat dengan betul anda tarik sedikit sahaja lever kereta akan tidak bergerak. 

Sunday, March 5, 2023

Tukar bateri remote iriz

Remote untuk kereta Iriz agak cepat habis baterinya. Seingat saya dalam dua tahun dah habis bateri. Kali ini saya nak tunjukkan cara untuk menukar bateri remote iriz. Nampak senang tapi ramai juga yang tak tahu dan pergi ke kedai jam untuk menukar bateri.Kadang kala bukan sebab tak tahu tapi malas nak buat sendiri Bila pergi kedai memang agak mahal upahnya. Padahal murah sahaja harga bateri tu. Bateri boleh beli kat kedai D.I.Y sahaja. 

Mula-mula kena buka dulu kunci dalam remote ini. Pada bahagian belakang remote ini ada button yang perlu anda tekan. Tolak button ini ke kanan dan kemudian tarik kunci keluar
. Tolak button ini ke kanan
. Kunci dah boleh ditarik
. Kunci yang anda boleh gunakan waktu kecemasan
Seterusnya kena buka casing remote ini menggunkan skru driver kecil atau gunakan apa sahaja alat yang boleh untuk mengumpil casing. Umpil pada bahagian atas casing 
. Umpil casing dengan skru driver

Casing akan terbuka kepada dua bahagian, satu bahagian mengandungi bateri satu bahagian lagi adalah papan litar 
.   Papan litar remote
.   Bateri yang perlu ditukar

Sebelum keluarkan bateri perhatikan kedudukan bateri ini dipasang iaiti bahagian negatif dan positifnya. Kemudian keluarkan bateri yang lama, boleh terbalikkan casing yang ada bateri dan ketuk-ketuk sikit untuk menanggalkan bateri. Kalau ketat sangat umpil berhati-hati dengan menggunkan skru driver kecil.  Pada bateri yang lama ini di bahagian belakangnya ada tertulis saiz bagi bateri ini. 
.  Ini bahagian positif bateri 
   perhatikan kod bateri

Cari bateri yang mempunyai kod yang sama seperti bateri asal. Kod yang asal CR2032. Kalai lain kod nanti saiz bateri tak sama. Bateri ini ada boleh didapati di kedai jam, D.I.Y dan di IKEA. Nak yang original boleh dapatkan di kedai jam, mungkin boleh tahan lebih lama. Kalau beli tempat lain boleh dapat satu papan bateri boleh guna bertahun-tahun. 

Pasangkan bateri yang baru kemudian pasang semula casing. Berhati-hati jangan jatuhkan papan litar ini takut rosak pula bukannya murah nak buat baru. Kereta sekarang ada macam-macam ciri keselamatan. Kalau remote rosak langsung tak boleh hidupkan enjin. Kelebihannya pula ia boleh menyelamatkan kenderaan anda daripada mudah dicuri. Bila dah siap pasang pastikan ianya ketat dan tidak mudah tertanggal semula. Lepas ini bolehla test remote pada kereta anda.