Infoscript

Thursday, March 23, 2023

Hand brake Iriz tak melekat

Bila dah lama tak tukar  gunakan kereta bila tarik hand brake rasa ianya tak melekat. Kereta masih bergerak walaupun dah tarik hand brake paling maksimum. Untuk selesaikan masalah ini kita kena adjust semula drum brake supaya ia melekat semula. 

Untuk proton Iriz ada perbezaan sedikit cara nak buka drum brake berbanding model proton yang lain. Pertama sekali kena buka tayar dahulu dan tahan dengan jack stand. Nak kerja bawah kereta ni kena ada langkah keselamatan, takde jack stand kena letak dua jek biasa biasa untuk melindungi diri kita. Kalau satu gagal ada satu lagi boleh tahan kereta. Letak sekali tayar yang dibuka tadi  di bawah kereta. Nak buka brake belakang ni kena tambah lagi langkah keselamatan memandangkan kita akan buka hand brake maka kereta akan boleh bergerak. Mesti ada stopper kat tayar untuk halang kereta bergerak.

Kemudian kena buka nat pada bahagian tengah roda. Untuk buka nat ini kena buka dulu covernya dengan menggunakan skru driver. Bila dah dapat buka cover boleh nampak nat di dalamnya. Untuk buka nat ini perlukan socket bersaiz 31 mm. Agak mahal juga harga socket ini, saya beli dengan harga RM 30 di kedai hardware. Gunakan breaker bar atau sambung socket extension dengan batang paip yang panjang. Agak ketat untuk membuka nat saiz 31 mm ini.
.  Ini socket saiz 31 mm. 
    Ketuk skru driver pada 
     bahagian ini

.Cover nat dah dibuka dan nat dah dilonggarkan 

Kemudian bolehla tanggalkan brake drum daripada  tapaknya. Untuk tanggalkan brake drum ini kena turunkan hand brake, kalau tidak ia akan menyebabkan brake drum tidak boleh bergerak langsung. Berjaga-jaga semasa melepaskan hand brake takut kereta akan bergerak. Pasang stopper dulu pada tayar depan. Kalau dah ada stopper pada tayar, kereta tidak akan bergerak. Kalau brek drum ini agak ketat juga, gunakan tukul untuk ketuk brek drum ini untuk melonggarkannya. Dah ketuk dua atau tiga kali bolehla dibuka dengan mudah. 
 Selepas ini boleh adjust kedudukan brake shoe supaya lebih rapat pada brake drum. Untuk itu kena ubah adjuster yang melekat pada brake shoes. 
.   Ini adjuster untuk 
     mengubah kedudukan 
     brake shoes

Ada gear pada adjuster ini yang boleh dipusingkan ke atas atau ke bawah. Boleh gunakan skru driver untuk menolak gear ini ke atas Dan bawah. Selalunya gear ini keras dan sukar untuk ditolak. Jadi sembur dulu dengan WD40 untuk memudahkan pergerakkannya. Jika gear ini ditolak ke atas ianya akan menolak brake shoes keluar dan membuatkan hand brake jadi lebih mencengkam dengan menarik sedikit sahaja lever. Sebelum tolak gear ini kena tolak dahulu lock yang mencegah gear ini daripada berpusing pada bahagian bawah gear ini dengan skru driver
.  Tolakkan gear ini ke atas 
    untuk menolak keluar       
    brake  shoes.

Jika terlebih pusing brake drum tak boleh masuk pula pada tapaknya. Jadi kena adjust semula gear tadi ke bawah sedikit sampai brake drum boleh muat. Sebelum pasang semula brake drum ada baiknya kita bersihkan segala habuk pada break ini dengan brake clean spray. Jadi brek yang bersih akan kurang keluarkan bunyi yang tidak menyenangkan. Memang banyak habuk dalam brek jenis ini. Laraskan kedua-dua brek pada kedua-dua tayar. Kalau anda cuma Lara's sebelah tayar sahaja ia tak cukup kuat untuk menahan kereta

Bila dah siap pasang semula bolehla uji parking brek ini di tempat yang curam sedikit. Kalau dibuat dengan betul anda tarik sedikit sahaja lever kereta akan tidak bergerak. 

No comments:

Post a Comment