Headlight sekarang dibuat daripada plastik, bila dah lama digunakan ianya akan menjadi kuning tak macam kereta lama yang lampunya dibuat daripada kaca.
headlight memang kelam
waktu malam
Harga headlight ini bukannya murah lebih kurang RM 260-280. Untuk jimatkan kos bolehla cuba restore semula headlight ini. Cara paling mudah adalah spray lampu ini dengan clear spray.
Sebelum kita spray, terlebih dulu kena buang dulu semua yang melekat kat permukaan lampu tersebut. Tampalkan masking tape pada sekeliling lampu tersebut. Ini dapat elakkan daripada terlebih gosok dan mencalarkan cat kereta.
Gosok dulu dengan kertas pasir pasir sehingga licin. sediakan kertas pasir grit 400, 600 dan 800. Mula-muka kena gosok dulu dengan kertas pasir 400. Spray dulu dengan air yang becampur sabun pada pernukaan lampu tersebut. Ini dapat mengelakkan kesan calar yang lebih dalam jika kita gosokbsecara kering. Gosok dengan tekanan yang sedikit sahaja kalau terlalu ditekan nanti kesan calar jadi lebih dalam. Bila gosok pastikan secara satu arah sahaja untuk memastikan kesan gosokan adalah sekata.
Selepas gosok dengan kertas pasir grit 400, tukar pula dengan kertas pasir grit 600 dan akhir sekali grit 800. Basuh lampu tersebut dengan air sabun untuk hilangkan minyak yang melekat atau kotoran lain. Lap sekali dengan menggunakan kain selepas itu bilas sehingga bersih.
Pastikan semua kesan-kesan kuning dah hilang digosok barula boleh teruskan ke peringkat seterusnya. Nak tahu permukaan lampu tu dah bersedia untuk di spray cuba rasa permukaan lampu dengan tapak tangan. Kalau anda rasa licin semua permukaan lampu anda dah boleh spray lampu tersebut. Jangan lebih kurang masa menggosok lampu ni, kalau tak cukup gosok nanti tak cantik hasilnya. Proses ini sangat penting untuk dapatkan hasil yang baik.
Dah sampai masa untuk spray clear headlight ini. Sebaiknya cari spray yang khas untuk plastik. Kalau tak jumpa boleh juga gunakan spray biasa. Spray yang saya gunakan jenis anchor. Boleh juga gunakan jenis samurai. Spray jenis anchor pun dah cukup baik. Sebelum spray lap dulu permukaan headlight dengan kain microfiber. Nak lagi bagus hasilnya sembur sekeliling kawasan kereta tersebut dengan air. Ini dapat menghilangkan debu-debu yang ada di sekeliling kawasan kereta. Pastikan headlight berada dalam keadaan kering sebelum anda spray.
Tampalkan masking tape di sekeliling headlight. Tampal dengan teliti supaya ia tidak ada bahagian yang terlindung. Lipatkan masking tape kepada dua bahagian satu bahagian akn dilekatkan pada permukaan kereta manakala sebahagian lagi biarkan ia terangkat sedikit. Tujuannya supaya bahagian yamg tidak melekat ini dapat kita tampal dengan plastik. Boleh gunakan plastik sampah untuk jimatkan kos. Lekatkan plastik disekeliling headlight dengan teliti
Dah siap tampal plastik bolehla kita spray lampu ini. Spray secara sehala dan pastikan jarak semburan jangan terlalu dekat. Pastikan juga tangan anda sentiasa bergerak semasa spray. Jika terhenti seketika akan menyebablan lebihan semburan cat akan berlaku dan menyebablan cat akan meleleh dan menjadi tidak cantik hasilnya.
Buat satu lapisan nipis dan kemudian biarkan ia kering selama 10-15 minit. Buat dua atau tiga lapisan supaya nampak lebih cantik dan tahan lama. Bahagian lampu ini akan menghadapi geseran angin yang kuat dan menyebablan ia akan mudah tertanggal jika lapisan cat terlalu nupis. Selepas cat ini kering adalah lebih baik jamgan buka lampu selama 3 atau 4 hari. Ini kerana jika lapisan cat anda tebal bahagian luar akan kering dengan cepat tetapi bahagian bawahnya masih belum kering lagi. Jika anda buka lampu dan bahagian bawah lapisan ini jadi panas ianya akan menjadi keras dengan lebih cepat berbamding bahagian atas. Ada kemungkinan cat akan merekah dan tertanggal. Lepas dah siap spray ni bolehla test bawa kereta ni pada waktu malam. Sinaran lampu akan jadi lebih baik jika proses dibuat dengan betul. Nak lebih cantik boleh gosok dengan kertas pasir grit 3000 lepas tu polish dengan wax. Baru nampak lebih licin dan berkilat
Lepas ni boleh uji suluhan lampu headlight ini pada waktu malam. Biasanya cahaya akan ke bawah sedikit disebabkan pembiasan lapisan clear coat pada permukaan headlight. Jadi kena laras semula ketinggian suluhan lampu headlight.