Infoscript

Thursday, May 13, 2021

Restore cat kereta dengan spray can (Part 2 )

Part yang kedua ini saya akan terangkan pula langkah seterusnya untuk mengecat kereta sendiri dengan menggunakan spray can. 

Langkah kedua adalah menggosok permukaan yang nak dicat dengan menggunakan kertas pasir. Kerja ini yang paling memenatkan kerana permukaan kereta adalah besar seperti bahagiat bonet, bumbung dan pintu Kalau tak digosok nanti hasilnya tak cantik. Nampak segala calar pada permukaan. Mulakan pada bahagian bonet dahulu

Untuk kerja menggosok permukaan kereta ni kalau catnya memang dah rosak dan hampir tiada warna asal kena gunakan kertas pasir yang kasar dulu. Kertas pasir ni ada grit yang berbeza, semakin tinggi angkanya semakin halus kertas pasir tersebut.. 
. Kalau permukaan dah macam    ini baik digosok sampai        
   hilang   cat asalnya.

Jika cat pada permukaan yang nak digosok seperti gambar di atas, seeloknya gunakan kertas pasir grit 220 supaya boleh tanggal semua cat asal. Gunakan sanding block supaya lebih mudah untuk menggosok permukaan. Kalau tiada boleh juga gunakan kayu atau sebarang objek berbentuk segiempat.
.  Ini dia sanding block, boleh         cari online
.  Kereta ini saya gosok sampai 
   nampak besi tapi gunakan         mesin 

Untuk memudahkan cat tanggal, gunakan air untuk melicinkan permukaan dan melembutkannya. Rendamkan juga kertas pasir dalam air supaya ia mudah digosok pada permukaan. Gosok permukaan secara mendatar ke kiri dan ke kanan.. Banyak habuk yang akan keluar jadi lebih baik pakai mask untuk mengelakkan anda tersedut habuk-habuk tersebit. 

Gosok permukaan sehingga toada lagi cat yang tertinggal. Gosok sehingga cat asal hilang tap jangan sampai nampak besi di bawahnya. Cukup sampai pada lapisan undercoat. Biasanya lapisan ini hampir putih warnanya bagi kereta lama.  Bila semua cat dah hilang, basuh permukaan dengan air sampai semua sisa-sisa cat hilang. Seterusnya kita akan gosok pula dengan kertas pasir grit 320 atau 400. Gosok dengan kaedah gerakan seperti huruf X. Mula-mula katakan anda gosok secara menegak sengetkan sedikit ke sebelah kanan kemudian balas balik dengan gosok senget ke kiri pada tempat yang sama. Ini lebih memudahkan bahagian cat yang nak digosok tanggal. Jangan lupa untuk jiruskan air semasa menggosok. Pastikan anda menggosok dengan rata pada semua permukaan. Selepas selesai basuh permukaan dengan air. Rasa permukaan dengan tapak tangan, anda boleh rasa ada permukaan yang tidak rata. Jika ada ulang lagi menggosok di kawasan tersebut sehingga ia licin. Jangan malas untuk menggosok semula kerana hasil akhir nanti bergantung kepada kehalusan anda menggososk permukaan tersebut. 

Kertas pasir grit 400 yang digunakan ini walaupun kasar tapi ia sebenarnya bagus bagi memudahkan cat melekat. Kalau terlalu licin nanti cat susah nak melekat, jadi kesan calar pada permukaan itu memberikan grip bagi cat untuk melekat. Kalau nak lagi licin boleh gunakan kertas pasir grit 600

Janji jangan malas untuk pastikan semua bahagoan telah licin. Ingat proses menggosok dengan kertas pasir ini yang paling penting untuk memastikan hasil cat yang baik. 




Langkah akhir sebelum kita spray adalah dengan memastikan permukaan telah cukup kering. Kemudian lap dengan menggunakan kain mikrofiber. Jangan sentuh permukaan dengan tangan kerana minyak yang ada pada kulit akan melekat pada logam dan boleh mencacatkan cat. Kalau dah tersentuh dengan tangan lap dengan menggunakan cellulose thinner. Lap semula dengan kain mikrofiber. 
 
Bila dah sampai sini anda dah sedia untuk spray cat. Memang agak lama baru boleh sampai step yang akhir ini. Sebaiknya anda cuba pada permukaan bonet dahulu sebelum anda gosok dan cat bahagian lain. Kadangkala saya perlu juga bawa kereta ni walaupun masih belum siap digosok, selamba je kalau orang tengok kereta ni masih belum siap tapi dah dibawa berjalan. Janji mudah untuk kita selesaikan urusan tak kisahla apa orang nak kata.

Semasa menyiapkan cat kereta ini kita tak boleh cepat berputus asa atau malas. Kalau rasa penat rilekla dulu bagi semangat nak buat tu datang balik. Kalau tak jadi sekali kena cuba sekali lagi dengan cara lain baru kita boleh berjaya. 



Sunday, January 17, 2021

Maintenance kereta selepas habis warranty (part 2)

Dalam part 1 saya dah terangkan penjagaan untuk komponen penyejukan enjin kereta. Bagi part yang kedua saya akan fokuskan pada bahagian elektrikal kereta atau bahagian ignition sistem yang biasan.ya akan rosak selepas habais waranti. Kalau tiada arus elektrik yang dihantar ke spark plug maka enjin pun tak boleh dihidupkan.

Komponen pertama yang perlu anda periksa adalah kabel plug. Kebiasaannya kabel plug akan mula merekah dan current daripada plug akan melompat ke bahagian enjin. Tandanya enjin akan terasa semput-semput masa sedang berhenti. Kalau tengah laju tak terasa enjin apa-apa. Nak nampak jelas kerosakan cable ni hidupkan enjin pada waktu malam dan lihat pada cable plug. Keadaan yang gelap membolehkan anda lihat percikan api keluar dari wayar plug. Kaedah ini saya dapat melalui pengalaman sendiri, puas mencari punca enjin kereta macam semput-semput. Dah cuci throttle body, tukar plug, fuel filter ikut saranan mekanik pun tak berjaya juga. Bila cek plug memang keluar spark. Tapi enjin masih tak lancar pada rpm rendah. Rupanya ada current daripada kabel plug ini yang pergi ke enjin. 

Kabel plug sebaiknya tukar kepada jenama yang baik dan tebal. Kalau pakai yang murah akan cepat merekah. Nak pakai yang after market pun boleh kabel dalamnya lebih tebal  dan arus elektrik dapat mengalir dengan lebih baik. Api plug pun akan jadi lebih baik. Kalau dapat yang original pun baik sebab ia memang dah diuji untuk kesesuaian dengan kenderaan anda. 
   Kabel plug original wira.

.   Kabel plug silikon


Kadang kala kalau ignition coil dah tak berapa baik bila guna cable plug besar ia akan mengganggu sistem elektrikal. Mungkin radio atau komponen elektrik yang lain akan terganggu. 

Komponen kedua yang anda boleh tukar adalah ignition coil. Pengalaman sendiri bila kereta dah hampir mencecah 10 tahun ianya akan mula bermasalah. Tanda-tandanya adalah kereta akan mula kekurangan kuasa, dan yang paling ketara jika enjin dah mula semput-semput dan bunyinya macam enjin berjalan dengan tiga silinder. Ini kerana salah satu plug tidak menghasilkan spark kerana tiada arus elektrik dari ignition coil. 
.  Ignition coil Exora

Jika nak tentukan masalah ignition coil ni cuba buka salah satu kabel plug dan pasangkan satu plug lain di hujung kabel.plug. Hidupkan enjin dan perhatikan pada plug tersebut samada mengeluarkan api atau pun tidak. Jika tiada api, cuba tukarkan pula kabel plug itu dengan kabel plug lain yang tidak digunakan lagi jika ada. Sebaiknya jika anda tukar kabel plug kabel yang lama anda sinpan supaya boleh digunakan untuk cek keadaan ignition coil. Jika sudah tukar kabel plug pun sama juga tiada api pada plug, maka confirm la ignition coil bermasalah. Beli dan pasang sendiri  lebih murah, kalau pasang kat kedai mungkin sampai RM 170 kosnya bagi jenis yang biasa sahaja. Cuma anda perlu tahu susunan kabel plug pada ignition coil. Jangan tersilap, kalau silap pasang firing order akan berubah pada setiap silinder. 

Ignition coil tak mahal antara RM 50 - 100. Kalau yang baik agak mahal sikit. Saya biasa pakai yang biasa saja dalam RM 60 sahaja. Takde masalah pun. Kalau boleh pasang sendiri memang jimat. Semoga dapat membantu. 

Saturday, January 9, 2021

Stereng Exora tertarik ke kiri

Bagi pengguna Exora mesti ramai yang ada masalah stereng tertarik ke sebelah kiri. Buat alignment macam mana pun tak jadi juga..Siap jadi bahan eksperimen kedai tayar, tukar tayar empat-empat. Pun tak jadi juga. Saya minta service cemter Proton buat pun tak jadi juga. Sampai ada yang jual kereta dan beli kereta baru. Frust punya pasal. 

Ada juga kedai yang kata masalah stereng rack. Tapi saya tak percaya, saya nak tukar barang yang kecil-kecil dulu, satu persatu bahagian suspension dan stereng saya tukar. Beli barang online senamg nak tahu harga. 

Barang pertama yang saya tukar adalah lower arm. Manalah tau ball joint dah rosak kalau betul tekaan saya boleh selesai masalah.Memang ada rekahan sedikit pada bushnya. Saya pasang lower arm yang baru dan dengan penuh harapan terus buat pandu uji. Tapi hampa masalah tak selesai juga. 

Barang yang kedua saya tukar adalah stereng rack bush. Yang. Ini lagi susah nak tukar walaupun bushnya kecil sahaja. Kena baring bawah kereta baru boleh buka. Bila keluarkan bush yang lama nampak ada longgar sikit. Mungkin ada harapan, pasang semula bush yang baru. Cuba lagi buat test drive tapi hampa lagi stereng masih tetap senget ke kiri. 

Tak puas hati saya buat alignment di kedai tayar. Lepas alignment buat test drive tak jadi juga. Kurang sikit tarikannke kirinya tapi bila biarkan beberapa minggu makin teruj pula dia menarik ke kiri. 

Akhir sekali saya jumpa juga puncanya. Bila tengok pada tie rod end nampak macam elok lagi getahnya tak pecah pun. Tapi saya cuba juga buka tie rod end ini. Bila buka kedua-dua tie rod end ni baru tahu puncanya. Memang dah longgar tie rod end ni, walaupun getahnya masih elok. Saya order yang baru. Harga dalam RM 60 -70 tak mahal.

.  Tie rod end baru

 Lepas pasang tie rod end yang baru buat test drive, akhirnya berjaya juga jumpa punca stereng tertarik ke kiri. Memang puas hati tak ada lagi masalah stereng tak centre. Saya ada terangkan tentang pemasangan tie rod ni dalam post saya sebelum ini. Kemudian saya buat.alignment sendiri juga untuk kereta ini. Lagi jimat dan puas hati buat sendiri. Nak adjust toe in atau toe out tayar depan boleh buat ikut keperluan sendiri. Nak lebih stabil bagi toe out lebih sikit, nak tayar tahan lama seting straight saja tapi tak sedap untuk masuk corner. Siapa yang ada masalah dengan stereng bolehla cuba tukar tie rod end kereta anda sebelum tukar komponen lain yang lebih mahal




Sunday, January 3, 2021

Tukar lower arm exora

Tukar lower arm exora

Posting kali ini saya akan tunjukkan cara-cara untuk menukar lower arm exora. Tanda-tanda kerosakan lower arm ini anda boleh tahu apabila amda rasa stereng agak bergoyang-goyang ketika memandu atau  bunyi yang besi yang berlaga semasa memandu. Anda boleh juga jek kereta dan kemudian goyangkan tayar hadapan ke kiri dan kanan atau ke atas dan bawah. Jika anda rasa ia bergoyang maka punca ia bergoyang adalah kerosakan pada lower arm. Boleh juga perhatikan bush pada lower arm yang asal jika ianya telah pecah atau reput maka seeloknya ianya diganti.
.  Lower arm yang lama ada 
  rekahan pada bush.

Alat-alat yang diperlukan adalah alat-alat biasa saja tiada power tools digunakan. Peralatan digperlukan adalah spanar saiz 19 dan 17. Lebih baik gunakan soket bersaiz 19 dan 17 yang mempunyai 6 mata supaya nat pada bolt lower arm tidak rosak. Kemudian beli lower arm yang anda boleh dapatkan di kedai spare parts atau pun online dengan harga RM 90 - 120. Yang lebih berkualiti temtulah lebih mahal dan lebih berpuashati. Saya pakai yang murah je, sebab saya sendiri yang pasang jadi kalau rosak lagi takde masalah mudah saja untuk tukar baru.Kalau suruh upah pasang di kedai kosnya mungkin sama dengan harga barang yang nak ditukar. Jadi kalau ada minat dan keyakinan nak buat sendiri banyak boleh dijimatkan

  Saya guna jenama saiko harga RM 95 je satu

Langkah pertama tandakan kedudukan aras  hub roda dengan badan kereta dengan menggunakan tape. Tujuannya supaya semasa memasang lower arm yang baru nanti kita dapat kedudukan lower arm yang tepat .  Kemudian longgarkan nat tayar dan jek kereta untuk mengeluarkan tayar. Sebaiknya guna jek stand  untuk menampung berat kereta kerana ianya lebih selamat.  
Gunakan batang paip panjang untuk memudahkan buka nat roda

 Letakkan tayar di bawah kereta untuk lebih keselamatan. Jika anda buka tayar sebelàh kanan, pusingkan stereng ke sebelah kiri untuk memudahkan membuka nat pada ball joint.  Buka nat ball joint dengan spanar atau soket saiz 19. 
Untuk menanggalkan ball joint ini daripada knuckle boleh gunakan tukul yang besar atau pun gunakan ball joint remover 
.   Ini dia ball joint remover
.    Boleh juga umpil ball joint           dengan besi
Saya gunakan ball joint remover kerana lebih mudah untuk membuka ball joint. Kalau gunakan tukul kena cari tukul bersaiz besar untuk menanggalkamn ball joint dengan mudah. Bila ball joint ini tertanggal daripada knuckle  anda akan dikejutkan dengan bunyi letupan yang kuat. Jangan bimbang takde apa yang merbahaya cuma bunyi je yang kuat. 

Kemudian buka nat pada bahagian depan lower arm dengan soket saiz 17 mm yang panjang. 
           soket 17 mm panjang
.          Spanar 17 mm

extension bar L
            Extension bar I


Sambung soket dengan extension bar bentuk L dan I supaya dapat meningkatkan  lagi daya untuk membuka nat yang ketat. Jika tak boleh dibuka tolak extension bar dengan menggunakan jek. Berhati-hati supaya bunga pada nat tidak rosak.
.  Buka skru pada bahagian 
   depan
Selepas nat pada bahagian depan berjaya dibuka longgarkan pula nat pada bahagian belakang lower arm dengan socket saiz 17 mm. Gunakan extension bar juga untuk membukanya. Jika ada rachet lebih mudah untuk membuka nat selepas dilonggarkan dengan socket. 17 mm. Jika bolt juga berpusing semasa and melonggarkan nat, tahan bolt pada bahagian belakang dengan spanar saiz 17 mm. Longgarkan saja bolt bahagian belakang dan jangan buka dulu bolt ini. Tanggalkan dulu ball joint, dengan menggunakan skru driver  mata pipih yang panjang umpil ball joint ini dengan berhati-hati. Biasanya ball joint mudah dikeluarkan. 

Keluarkan lower arm yang lama dan dan pasangkan lower arm yamg baru. Mula-mula pasang bolt di bahagian belakang dahulu. Tapi jangan diketatkan natnya cukup sekadar pasang dengan longgar. Tujuannya supaya selepas ini anda mydah untuk memasukkan ball joint pada knuckle. Jika kedudukan ball joint ini terlalu senget dan dan susah untuk dimasukkan ketuk sedikit dengan menggunakan tukul yang bersalut getah atau pun ketuk dengan menggunakan kayu. Jika ball joint dapat dimasukkan tetapi agak ketat untuk dimasukkan sepenuhnya gunakan jek untuk menolaknya daripada bawah. Jek bahagian  bawah joint ini sehingga hub roda separas dengan keadaan roda sebelum ianya dibuka. Ini dapat memastikan setiap bolt diikat pada kedudukan sebenar semasa tayar menyentuh permukaan jalan. Ianya juga dapat mengelakkan bush mudah rosak
.   Gunakan jek untuk menolak        ball joint masuk ke lubang          pada knuckle

Kemudian ketatkan nat pada bahagian depan dan belakang. Pastikan semua nat diikat dengan ketat supaya ia tidak bergoyang semasa kereta di pandu. Ulang langkah yang sama untuk lower arm yang sebelah lagi. 




Friday, January 1, 2021

Restore cat kereta dengan spray can (Part 1)

Kali ini saya buat satu projek yang lain sedikit, iaitu mengecat kereta dengan menggunakan spray can. Ianya bermula semasa tempoh pkp pada bulan Mac 2020.. Akibat bosan semasa bekerja di rumah saya lihat cat kereta wira dah agak teruk maka bermulalah projek mengecat kereta dengan bajet yang kecil.

Cat kereta wira ni dah tertanggal dan ada bahagian-bahagian yang telah berkarat. Kalau biar lagi lama boleh berlubang body kereta. Banyak saya perhatikan kereta di atas jalan yang catnya dah tertanggal terutama di bahagian bumbung dan bonet. Sakit mata tengok cat yang dah teruk macam tu. Mungkin pemilik nak beli kereta baru atau pun belum ada bajet nak cat kereta. 
.  Kalau biar lama-lama macam 
   ni boleh berkarat
Pertama sekali kena cari spray can yang bagus. Ada banyak jenama yang saya cuba samada saya beli di kedai hardware's, supermarket atau secara online. Jenama yang baik yang saya telah cuba adalah jenis samurai spray can dan juga jenis anchor. Kalau biasa spray motor memang tahula jenis samurai ni tapi tak tahula ia boleh bertahan atau tidak jika di spray atas body kereta yang dibuat daripada metal. 
.   Contoh samurai spray can

Sebelum mula mengecat ada beberapa jenis spray yang perlu kita tahu. Kalau tersalah jenis spray nanti hasilnya tak cantik. 


Jenis spray yang pertama adalah spray putty primer 

Spray jenis ini adalah untuk melicinkan permukaan yang hemdak di cat selepas digoaok dengan kertas pasir. Ia dapat menghilangkan kesan calar

Jenis yang kedua adalah spray undercoat atau primer surfacer. Cat ini perlu digunakan supaya spray warna utama yang akan anda gunakan nanti melekat dengan baik pada permukaan kereta. 
ini spray undercoat atau primer surfacer tanpa putty

Jenis yamg ketiga adalah putty primer. Jenis ini noleh menghilangkan kesan calar pada permukaan. Calar yang 
kecil sahaja kalau yang besar tak boleh. 
Ini jenis putty primer, ada tulis pada tin tapi tak jelas dalam gambar ni. 

Jenis yang ke empat adalah spray color biasa atau standard color. Cat ini jenis biasa tak berkilat atau metallic
   Spray standard color

Jenis yang keempat adalah jenis 2k. Jenis ini yang paling mahal tapi hasilnya sangat baik dan cantik. Macam cat asal kereta. Cuma harganya agak mahal iaitu lebih RM 30 satu tin. 
      ini jenis 2k clear spray.

Jenis yang ke lima adalah spray clear. Spray clear dapat melindungi cat atau top coat utama daripada sinaran matahari atau UV dan juga dapat memberikan kesan berkilat pada permukaan yang anda cat. Gambarnya seperti di atas. Nak cari spray 2k ni agak susah sikit sebab tak banyak pilihan warna berbanding standard color atau pin metallic.

Part yamg pertama ini saya beritahu dulu jenis-jenis cat yang akan saya gunakan. Kena kenal dulu cat yang sesuai barulah senang buat kerja

Tuesday, December 15, 2020

Maintenance kereta selepas habis warranty (part 1)

Ramai di antara kita yang menggunakan kereta sehingga lehih daripada 5 tahun dan malas nak buat hutang baru. Kalau beli kereta baru tak payah fikir pasal maintenance atau kerosakan, semuanya masih dalam keadaan baik. Kalau ada masalah pun masih dalam warranty jadi tak risau. Tapi tak semua orang nak tukar kereta baru lepas habis bayar lereta yang lama. 

Saya sendiri masih menggunakan kereta lama proton wira yang dah berusia 20 tahun. Walaupun dah tua usianya ia masih dalam keadaan baik boleh digunakan untuk perjalanan jauh atau dekat. Nak ke utara, selatan atau pantai timur pun tiada masalah. Yang penting mesti ada maintenance untuk memanjangkan hayatnya

Saya senaraikan komponen-komponen  untuk enjin  dahulu  yang perlu anda tukar jika dah melebihi 80 000 km. Yang pertama kalau kereta yang pakai timing belt macam proton kenalah tukar timing belt dulu. Ini yang paling penting kalau timing belt putus habis rosak valve dan piston, dan kos baik pulih amat tinggi. Harga dalam seratus lebih campur upah pun dalam seratus ringgit lebih. Kalau dapat pomen kawan-kawan sendiri lagi rendahla kosnya. Kalau buat di servis center boleh mencapai RM 700. Ada juga kedai biasa yang bagi harga sampai RM 600 - 700, kalau jumpa yang macam ini baik cari kedai lain. Ikut bajet anda kalau nak jimat buat kat kedai luar baru dua ratus lebih.  Water pump tak perlu tukar dahulu, bila tukar timing belt kali kedua nanti baru tukar water pump. Kalau nak tukar terus pun boleh sekali jalan kalau ada bajet lebih. 

Kemudian penjagaan yang seterusnya adalah sistem penyejukan enjin. Kalau mileage dah capai 100 000 km baik tukar radiator hos atas dan bawah serta by pass hose. Dua hos pada radiator akan membawa air atau pun coolant dari enjin ke radiator. By pass hose pula untuk membawa air masuk semula ke dalan enjin semasa enjin masih sejuk dan thermostat belum terbuka
Nak tahu hos ini masih elok atau tidak dalam keadaan enjin sejuk cuba picit hos ini dengan tangan. Kalau ia masih baik lagi getahnya masih lagi lembut dan tidak rasa macam ada besi yang berkarat yang patah bila ditekan. 

.   Hos atas dan bawah untuk 
    exora
.    Bypass hose untuk wira

Bila dah ganti tiga hose ini, kenalah tukar dengan coolant sekali. Dah tanggalkan hos mesti keluar semua coolant dalam radiator. 

Satu lagi komponen yang patut ditukar adalah motor kipas radiator. Ada baiknya anda tukar sebelum ia rosak ketika anda dalam perjalanan jauh atau pun ketika anda dalam perjalanan ke tempat kerja. Benda kecil macam ni kalau rosak boleh naik temperature enjin sampai maksimum. 
. Motor radiator fan

Motor radiator fan ini tak mahal harga dalam RM 80 - 100. Kalau bajet kecil boleh beli jenis biasa saja boleh pakai juga. 

Komponen seterusnya adalah thermostat. Kalau dah lama sangat pun kena tukar sebab kalau dah berkarat ianya tak mahu terbuka untuk mengalirkan air ke radiator. Ini juga boleh menyebabkan enjin anda overheat. Harganya tak mahal dalam RM 20 - 30 sahaja.
  Thermostat proton wira

Ramai juga yang dah buang thermostat ini. Kalau dah buang enjin jadi lambat panas dan akan semput sikit di waktu pagi. 

Komponen-komponen yang patut untuk ditukar di atas memang wajib ditukar untuk mengelakkan kerosakkan enjin yang serius. Tapi kalau memang nak tukar kereta baru tak payahlahj susah-susah nak fikir pasal maintenance ni. 








Friday, December 4, 2020

Cas semula bateri kereta

Dalam musim-musim pkp ni ramai yang bekerja dari rumah. Akibatnya kenderaan masing-masing pun jarang digunakan. Bagi yang dah lama tak tukar bateri bila kereta dah lama ditinggalkan berhari-hari tanpa dipandu akibatnya kereta langsung tak boleh dihidupkan.

Bagi yang ada dua atau tiga kereta tiada masalah kalau satu kereta rosak, tapi kalau anda hanya ada sebuah kereta sahaja bila kereta rosak memang patah kaki jawabnya. Terpaksa naik grab atau naik motosikal. Tak seronok pula kalau dah biasa naik kereta sendiri. Seburuk-buruk kereta sendiri pun pasti lebih sedap naik kenderaan sendiri lebih bebas nak bergerak ke sana sini
Satu cara nak mengelakkan anda mengalami masalah bateri adalah menggunakan pengecas bateri. Anda boleh bel secara online, ada pelbagai jenis. 

contoh alat pengecas yang boleh didapati di pasaran. 

Bilakah masa yang sesuai untuk cas bateri kereta. Jangan tunggu sampai kereta dah sebulan tak dihidupkan baru nak cas. Kalau dah dua minggu tak bergerak elokla dikeluarkan bateri kereta tu dan caskan dengan alat pengecas. Jika tunggu terlalu lama maka lagi panjang pula masa untuk mengecasnya. Kaedah ini lebih sesuai untuk mencegah bateri daripada rosak. Alat ini tak perlu di bawa ke mana-mana sebab kalau bateri anda memang dah tak boleh menyimpan cas pun tak guna untuk dicas semula. Lebih baik beli bateri yang baru.