Agak jauh juga dah berjalan sampai ke utara dan beberapa kali ke KL. Tapi apabila balik dari tril ke KL hari tu saya cek belting ini dan nampak ianya telah rosak. Baru setahun sahaja digunakan dah nampak terkoyak. Nasib baik tidak putus di tengah jalan. . Belting ini dah terkoyak
lapisan luarnya.
Sebelum ini saya perasan bunyi belting agak pelik sikit macam bunyi cengkerik apabila compressor on. Tapi saya tak rasa masalah belting kerana belum sampai setahun pun umurnya. Jadi dari sini dapat pengajaran berkenaan kualiti belting alternator yang tak original ini. Harga memang murah tapi tak tahan lama. Kalau nak guna juga pastikan kita ingat untuk menukarnya lebih awal. Kalau dah keluar bunyi bising baik tukar. Nanti tak pasal-pasang naik tow truck dan kena sembelih dengan bengkel-bengkel yang tak bertanggung jawab
No comments:
Post a Comment