Infoscript

Sunday, January 2, 2022

Tukar speaker Exora

Kereta Exora saya ada masalah dengan speaker. Hanya speaker depan sebelah kiri sahaja berfungsi, speaker yang lain semuanya dah senyap sunyi. Kalau dah tahu speaker memang rosak bolehla tukar dengan yaƱg baru Jadi kali ini saya nak tukar speaker kat pintu Exora. Untuk tukar speaker ni kena buka dulu panel pintu atau pun door trim. 

Untuk buka panel pintu kena buka dulu cover bagi handle pintu. Ada dua skru yang perlu dibuka. Lepas buka skru tarik sedikit handle sebelum boleh keluarkan cover handle ni.

. Buka dua skru ini dan tarik cover ini keluar.

Kemudian buka skru pada panel pintu. Ada satu skru sahaja di bahagian tepi. Selepas ini buka pula panel suis tingkap power window. Ada satu skru sahaja di bahagian dalam panel suis power window. 
.  Buka skru ini

Untuk keluarkan panel suis ini boleh gunakan kuku sahaja tak payah guna skru driver leper. Kalau guna skru driver nanti lekuk pula bahagian panel pintu ni. Bila dah umpil sikit guna kuku boleh tarik dengan tangan. Tarik di bahagian belakang dahulu selepas itu tarik di bahagian tengah dan akhir sekali tarik sedikit ke belakang untuk mengeluarkan panel suis ini. Ada soket di bahagian bawah panel suis ini yang perlu dibuka di bahagian depan dan belakang panel ini
ini soket di bahagian depan panel suis. Anda perlu tarik ke bawah.
   Soket di bahagian belakang panel ini juga perlu dibuka. 


Untuk soket di bahagian belakang panel ini ada button yang boleh ditekan untuk release soket ini. 
   tekan button kecil ini untuk release soket ini.

Lepas tanggalkan panel suis letakkan di tempat yang selamat, mahal harganya ni jangan bagi rosak. Seterusnya tanggalkan panel pintu, gunakan tangan sahaja tarik bahagian bawah panel pintu dengan perlahan-lahan. Jangan ganas sangat nanti pecah pula panel pintu.

Satu masalah untuk tanggalkan panel pintu ini adalah bahagian lock pintu di bahagian atas. Cara nak lepaskan pintu daripada lock ini dengan menolak bahagian bawah panel ke atas dan naikkan panel pintu melepasi lock tersebut. 

Bila dah dapat tanggalkan panel pintu anda akan nampak speaker radio di bahagian bawah sebelah kiri. 
    ini dia speaker Exora

Ada tiga skru yang mengikat speaker ini pada pintu. Buka ke tiga-tiga skru ini dan tanggalkan speaker. Ada satu soket yang perlu dibuka di bahagian belakang speaker ini.
.  Soket ini perlu dibuka sebelum boleh keluarkan speak er. 

Bila soket pada speaker ini dah boleh dibuka anda perlu lihat pada bahagian belakang speaker  untuk lihat spesifikasi speaker ini

  Perhatikan spesifikasi bagi speaker ini. 

Kemudian bolehla order speaker baru atau pun repair speaker lama ini. Ada speaker yang murah dalam RM 20 - 30 kalau bajet besar boleh beli yang mahal  Dah dapat speaker baru boleh pasang semula speaker, reverse sahaja kaedah membukanya sebelum ini. Kalau dapat speaker yang lain soketnya daripada yng original anda kena ubahsuai sikit wiring boleh solder wayar pada tapak speaker baru dan tap pada soket yang asal.
.   Boleh sambung wayar pada speaker baru kalau tak sesuai dengan soket asal

 Speaker pada bahagian pintu yang lain juga cara menukarnya juga sama seperti pintu sebelah pemandu yang saya buat ini. Semoga dapat membantu bagi pemilik-pemilik Exora yang menghadapi masalah speaker. Tukar yang murah pun boleh, tapi kalau anda memang minat dengar lagu bolehla beli yang mahal lebih puas hati

No comments:

Post a Comment