Infoscript

Thursday, January 27, 2022

Tukar radio Exora

Kali ini saya nak tukar radio Exora yang dah mula bermasalah. Nak dapat siaran radio agak susah walaupun dah tukar antena dan dah cek semua wiring antena. Boleh juga kalau nak repair radio ni tapi sebab rasa memang nak tukar baru jadi tak payahla nak simpan lagi radio ini 

Untuk buka radio lama ni kita kena buka dahulu panel di bahagian tengah dashboard. Agak susah juga sebab komponen plastik ini kalau nak buka kena berhati-hati sebab mudah calar walau macam mana teliti pun pasti akan tercalar sedikit. Lagi satu panel kat dashboard ini ada banyak klip kalau terkasar sedikit akan menyebablan klip patah. Jadi semasa buka panel ini kena ingat jangan tergesa-gesa dan jangan kasar sangat, nanti menyesal bila dah patah. 

Pertama sekali kena buka tiga  tombol aircond kat tengah-tengah panel. Cara nak buka hanya perlu tarik dengan perlahan-lahan. Kalau tak boleh cuba goyang-goyangkan sedikti. Jangan tarik dengan kasar nanti patah pulak benda lain. 
      Tanggalkan tombol aircond ini.

Untuk buka panel tengah ini kita kena gunakan skru driver yang hujungnya leper dan kalau ada besi yang leper atau pembaris besi pun bagus. Untuk mengelakkan calar pada panel dan dashboard lekatkan tape pada hujung akru driver dan juga besi leper tadi. Kemudian lihat pada bahagian bawah panel tengah tu ada dua ruang kosong yang boleh kita umpil dengan skru driver.
.  Panel ini oerlu dibuka
      umpil bahagian ini dengan skru driver leper yang dilapik dengan tape. 

Bila dapat naikkan sedikit bahagian bawah panel ini gunakan pula besi yang leper untuk umpil bahagian atas
.  Gunakan besi leper untuk umpil bahagian atas 

Besi yang lebih lebar lagi bagus sebab dapat mengurangkan tekanan pada panel semasa diumpil. Jadi dapat elakkan panel daripada lekuk dan calar. Umpil daripada bahagian bawah panel sehingga ke bahagian atas panel. Selang selikan umpil bahagian sebelah kiri dan kanan panel. Jadi lebih sekata untuk panel ini terangkat.
  Sebelah kanan juga umpil sekali berselang seli dengan bahagian kiri. 

Pastikan anda buat dengan berhati-hati dan jangan nak cepat, kalau patah panel tengah ni mahal juga nak beli baru
Dah boleh tanggalkan panel

Sebelum boleh tanggalkan panel ini kena buka dulu semua soket yang bersambung dengan panel tersebut. Ada soket yang bersambung dengan kawalan aircond, hazard light, jam dan thermister. Semasa nak buka soket ini lebih baik anda alaskan di sekeliling panel ini dengan kain, sebab semasa anda cuba tanggalkan soket ini bahagian tepi panel akan terlanggar dengan bahagian dashboard yang lain menyebabkan ia bercalar. Kalau dah siap pasang radia nanti baru nampak calar balar sakit hati juga dibuatnya.
Soket untuk kawalan aircond
    Ini soket untuk jam ini wayar antena yang bersambung dengan radio tak boleh dicabut. 
   Kena cabut di bahagian ini soket dengan wayar meah hitam ini juga perlu ditanggalkan.
   Soketnya berada jauh ke dalam dashboard



Bila dah buka semua soket bolehla tanggalkan terus panel daripada dashboard. Pastikan letak di tempat yang selamat. Kalau terpijak atau terhempap dengan barang boleh pecah nanti menyesal pula. Lepas ini dah boleh tanggalkan skru yang mengikat radio pada dashboard. Kemudian tanggalkan pula soket di belakang radio ini. 

Buka skru di sebelah kiri dan kanan mounting radio ini

Seterusnya kena tanggalkan radio pula. Ada beberapa soket yang perlu dibuka sebelum boleh keluarkan radio. Yang paling mudah tanggalkan wayar antena. Ianya berada di sebelah kanan sekali berwarna hitam. Bahagian yang perlu ditarik bukan pada radio tetapi pada bahagian wayar yang belakang sedikit daripada radio. 

Tanggalkan wayar antena di bahagian ini

Kemudian tanggalkan soket utama radio yang berwarna hitam. Ada butang release soket pada soket utama ini. Jangi rentap saja pastikan tekan dulu butang release ini. Memang agak ketat kalau tak pernah dibuka sebelum ini. Goyang sedikti demi sedikit dengan sabar ia akan terbuka. 

                            Ini dia soket utama di belakang radio. Kalau nak cari radio baru pastikan soketnya                                    sepadan dengan ini.

Kemudian satu lagi wayar merah dan hitam  di sebelah kiri radio. Soketnya berada jauh sikt ke belakang. Agak sukar sedikit sebab ruang untuk masuk tangan agak sempit dan wayarnya agak pendek jadi tak boleh tarik radio keluar lebih jauh. 


Buka soket untuk wayar ini, soketnya agak jauh ke belakang. 

Akhir sekali buka soket yang akhir sekali di sebelah kiri radio berwarna hitam. Yang ini soketnya lebih jauh ke dalam dashboard. Anda perlu buka glovebox di sebelah kiri, baru anda boleh nampak soket untuk wayar hitam ini.Bila dah boleh keluarkan radio perhatikan soket yang asal ni sebelum order yang baru.

 Putuskan cable tie ini sebelum boleh buka wayar hitam ini

Bila dah buka semua soket di belakang radio baru anda boleh keluarkan radio sepenuhnya. Memang agak leceh untuk mengeluarkan radio ini. Kena ada kesabaran sebab itu upah nak tukar radio ini agak mahal. Kena tahan sikit sakit jari-jari apabila nak tanggalkan soket. Tapi hasilnya dapat ilmu dan kepuasan yang tersendiri.

 Akhir sekali corfimkan dengan penjual radio samada tapak untuk soket sama atau tidak dengan soket asal pada kereta anda. Kalau kena buat wiring baik tak payah, sebab agak leceh juga nak sambung wayar pada wayar asal. Bukan tak boleh buat cuma takut tersilap.Kedai aksesori ada buat sambung-sambung wayar ni, tapi kalau salah sambung nanti tak boleh off pula radio ni, bila nak start kereta dah habis bateri. Bagi yang nak mencuba bolehla guna panduan ini, kalau tak cuba kita tak tahu keupayaan sendiri. Dapatla jimat duit untuk pergi shopping.

 

No comments:

Post a Comment