Infoscript

Sunday, January 16, 2022

Tukar antena Exora

Antena kereta kalau dah pakai lama akan berkarat dan boleh menyebabkan radio kereta boleh hilang siaran. Kalau berjalan jauh dan radio pulak tak dapat siaran memang boring. Tak dapat dengar siaran radio tempatan. Contohnya kalau dah sampai ke utara tak boleh dengar loghat utara, kalau sampai pantai timur tak dapat dengar longhat pantai timur. Kalau saya memang suka dengar stesen radio tempatan. Malas nak bawa sendiri mp3, dah ada stesen radio percuma dengar sahajalah. 

Sebelum anda tukar radio player baru atau lebih canggih lagi tukar head unit android kita boleh cuba tukar dulu antena. Satu perkara berkenaan radio player baru kalau anda ingin menukarnya, pastikan beli yang berjenama dan lebih mahal. Sebabnya kalau beli yang murah-murah ni memang siaran radio akan jadi tak jelas dan bising Radio ini takde noise reduction dan tak boleh menangkap siaran dengan baik. Lagi teruk kalau anda rev sikit enjin boleh dengar bunyi alternator pada siaran radio. Radio yang original memang terbaik untuk dapat siaran radio yang jelas dan tiada bunyi bising. 

Untuk tukar antena ni tak susah. Ada dua bahagian antena yamg boleh ditukar. Satu yang bahagian antena  yang mudah ditanggalkan, satu lagi tapak antena yang melekat pada body kereta. Anda bokeh beli bahagian antena samada nak gunakan yang original atau pun nak jenis aftermarket. 
ini antena original, ada dua bahagian

Harga antena baru dalam RM 50-70 bagi yang original. Kalau after market lagi murah. Mula-mula kita buka dulu yang bahagian luar. Mudah sahaja anda cuma perlu buka pintu depan dan berdiri pada bahagian tepi pintu. Kemudian pusingkan bahagian antena yang panjang ini arah lawan jam. Sebaiknya buat waktu pagi kalau waktu tengahari memang panas atas bumbung kereta ini. Bila dah boleh keluarkan antena yang lama perhatikan keadaanmya. Kalau nampak teruk sangat pasangkan antena yang baru sahaja. Sebelum pasang antena baru semburkan sedikit WD40 ke tapak antena Biasanya tapak antena ni memang akan berkarat teruk. 
Ini keadaan tapak antena yang lama dah berkarat teruk juga. Cuba spray dengan WD40 dulu.
.  Antena yang lama dah berkarat, elok diganti baru

Lepas spray dengan WD40 pasangkan antena baru pada tapak antena.kemudian test reception radio anda. Kalau dah boleh dapat reception yang jelas dan boleh dapat terima banyak stesen radio tugas anda dah selesai. Kalau masih tak jelas juga anda kena buat langkah seterusnya.

Langkah yang kedua anda perlu buka tapak antena. Ianya tak boleh dicungkil keluar daripada atas. Tapak antena ini diikat dengan skru daripada bahagian dalam . Untuk buka tapak  antena ni anda kena masuk ke dalam dan buka panel lampu di bahagian depan. 
Buka plastik cover lampu ini. Kemudian buka skru yang mengikat panel lampu ini

Bila dah buka panel lampu jangan biarkan ia tergantung nan putus pula wayarnya. Anda boleh selitkan pada sunshade di bahagian tepi. 

Selitkan panel lampu ini supaya tak tercabut wayarnya jika tergantung

Kemudian lihat di dalam lubang di bawah panel lampu. Ada nat untuk membuka tapak antena. 
Ini nat yang perlu dibuka 


Gunakan spanar bersaiz kecil untuk buka nat ini.

Selepas buka nat antena anda boleh cabut tapak antena dengan mudah. Periksa dulu keadaan tapak antena kalau elok lagi boleh guna semula. Kalau nampak dah teruk sangat bolehla ganti dengan yang baru. Tarik sahaja tapak antena ini di bahagian bumbung lepas natnya dibuka. Kemudian pasang tapak yang baru. Bila pasang tapak yang baru pastikan diikat dengan agak ketat. Ini dapat mengelakkan air masuk ke dalam kereta melalui lubang antena. 

Bila dah siap pasang tapak pasang pula antena yang baru. Akhir sekali uji penerimaan siaran pada radio player. Kalau semakin jelas siaran yang diterima anda dah berjaya selesaikan masalah radio anda. Kalau tak berjaya mungkin radio player anda yang bermasalah  atau pun kabel antena dah berkarat. 

No comments:

Post a Comment