Infoscript

Wednesday, August 30, 2023

Tukar bearing belakang Wira

Kereta Wira saya yang berusia 20 tahun ni belum pernah lagi tukar bearing tayar belakang. Memang berbeza kualiti barang dulu dengan barang sekarang. Drive shaft pun masih lagi yang original daripada kilang. Untuk menukar bearing tayar Wira ni tak susah. 

Mula-mula kena jack kereta dan buka tayar belakang. Kemudian letakkan jack stand di bawah kereta untuk lebih selamat. Lepas buka tayar anda kena buka drum brek. Pastikan anda letak stopper atau batu pada tayar untuk mengelakkan kereta bergerak. Ini kerana kita perlu lepaskan atau turunkan hand brake sebelum boleh buka drum  brek. 

Lepas buka drum brek kena tanggalkan cover nut yang mengikat wheel bearing. Untuk buka cover ni cungkil sahaja dengan skru driver pipih
   Ketuk skru driver pipih pada cover ini untuk membukanya
.  Dah dapat dibuka cover 
    untuk nat bearing ni

Langkah seterusnya adalah membuka nat bersaiz 31 mm yang mengikat wheel bearing. Gunakan box socket saiz 31 mm dan extension bentuk L. Sambungkan extension dengan barang paip dan juga besi pengumpil. Kalau ada breaker bar lagi senang, sambungkan sahaja pada box socket 
. Gunakan batang paip dan besi pengumpil untuk dapatkan lebih daya tolakan

Kemudian keluarkan bearing lama daripada tapaknya. Boleh check keadaan bearing yang lama ini, kalau dah rosak memang agak ketat untuk memusingkan bearingnya. Atau pun boleh jadi ia terlalu longgar hingga ia bergerak terlalu banyak.

Seterusnya pasang bearing yang baru. Bearing baru berharga RM 50 - 60 sahaja. Ketatkan nat untuk bearing ini dan cuba pusingkan bearing. Kalau boleh berputar dengan lancar anda dah berjaya.Last sekali pasang drum brake semula dan tayar. 





Tuesday, August 29, 2023

Bila nak tukar water pump kereta Proton

Pengguna-pemgguna kereta Proton biasanya akan menukar timing belt setiap 80 000 km hingga 90 000 km. Setiap kali menukarnya di bengkel biasanya mekanik akan bertanya samada nak tukar water pump sekali atau tidak.Kalau mekanik yang berpengalaman dia akan nasihatkan untuk tukar setiap dua kali penularan timing belt.Sebenarnya tak perlu pun nak tukar water pump ini setiap kali tukar timing belt. 

Kos penukaran timing belt dan water pump boleh mencecah sehingga RM 600 pada sesetengah bengkel. Ada juga bengkel yang mengenakan bayaran hanya RM 400 ringgit sahaja. Setiap kali nak tukar timing belt pengguna kereta Proton pasti akan berasa terbeban untuk menukar dua benda ini sekali. 

Mengikuti pengalaman saya selama 20 tahun menggunakan kereta yang guna timing belt, sebenarnya tak perlu kerap sangat nak tukar water pump..Saya pernah tak tukar water pump sehingga 200 000 km. Jadi bila tiba masa nak tukar timing belt tak rasa berat sangat bajetnya. Tukar timing belt hanya RM 200 -RM 250 sahaja. Jadi takdela rasa banyak sangat nak bayar. 
.  Ini water pump kereta saya selepas 150 000 km, masih elok lagi
Water pump boleh bertahan lama jika anda menggunakan long life coolant yang dicampur dengan air suling (air bateri). Dengan cara ini radiator dan water pump tidak berkarat dan membolehkan water pump bertahan dalam tempoh yang lama. Kalau water pump dah berkarat, kipasnya boleh patah dan menyebabkan enjin menjadi overheat. Biasanya jika water pump bermasalah ia akan mengeluarkan bunyi semasa enjin dihidupkan. Atau pun anda boleh nampak ada air yang menitik daripada water pump. Jika dah ada tanda ini barulah anda tukar. 

Anda boleh juga menukar water pump sahaja tanpa menukar timing belt. Jadi kosnya taklah terasa tinggi jika anda tukar sekali dengan timing belt. Tunggu ada bajet baru tukar. Sebenarnya tak lah mahal nak jaga kereta yang guna timing belt. Ramai orang lebih suka menggunakan kereta yang guna timing chain sebab tak nak tukar timing belt. Tapi minyak enjin dan water pump tak pandai nak jaga. Bila rosak kereta yang gunakan timing chain ini lagi tinggi kos membaik pulihnya. Ada yang langsung tak pernah tukar water pump sehingga enjin overheat. Bagi kereta yang guna timing belt dan kerap menukar water pump memang akan dapat  mengurangkan risiko tersadai tepi jalan bersama keluarga

Saturday, August 12, 2023

Tukar cable clutch Wira

Kabel clutch pada kereta wira saya ini sangat lasak dan tak perlukan penyelenggaraan. Selepas hampir 20 tahun menggunakan kabel clutch yang original barulah rasa kabel clutch ini rasa tak sedap semasa menekan clutch. Mula-mula rasa ketat semasa menekan clutch tak lama kemudian ia hampir putus. 

Untuk menukarnya tidak susah, tak perlu gunakan apa-apa alat pun. Pertama sekali kena longgarkan dulu kabel clutch, caranya dengan memusingkan skru pelarasnya di dinding firewall. Putarkan arah lawan jam. Bila dah longgar anda cuma perlu menarik bahagian bawah kabel ini yang tercangkuk dengan tuas clutch.
.   Putarkan skru ini arah lawan jam untuk longgarkan kabel clutch

. Tarik bahagian clutch yang bertanda anak panah biru daripada slotnya. 
.  Kemudian tarik bahagian kabel yang bertanda anak panah warna merah.
   Ini cangkuk untuk sambungkan dengan hujung kabel clutch

Selepas berjaya buka kabel yang lama perhatikan kabel yang lama apakah kerosakan yang terdapat pada kabel yang lama. Kabel lama saya dah hampir putus patutla ia tak boleh tarik clutch dengan baik
.  Sudah hampir putus nasib baik tak tersadai tengah jalan

Kabel original daripada kilang memang tahan. Untuk gantikan yang lama ini saya guna kabel yang biasa sahaja tak pakai yang mahal. Kereta wira ini pun dah tak jalan jauh sekarang ni. Lebih banyak bawa kereta lain. Kabel baru saya beli dengan harga RM 30 sahaja. Langkah pertama untuk pasang yang baru adalah masukkan hujung kabel clutch yang bersambung dengan padel clutch dahulu. Tolakkan kabel ini jauh sedikit di dalam lubang di dalam firewall. Ada lubang pada bahagian belakang pedal clutch untuk masukkan kabel clutch.
.  Ini dia  lubang untuk masukkan kabel clutch.
.   Masukkan kabel clutch baru dalam lubang ini

Kemudian masukkan hujung kabel clutch pada hujung pedal clutch. Ada satu lekuk pada hujung pedal tersebut untuk lekatkan kabel clutch. Agak sukar juga nak masukkan hujung hujung kabel clutch ini pada pedal clutch. Ruang agak sempit anda kena baring dibbawah stereng. Masukkan lubang pada kabel clutch dari bahagian atas pedal. Memang sakit sikit tengkuk kalau tak biasa. Kalau dah berjaya masukkan pastikan ia tak tertanggal sebab nak masukkan semula agak sukar. 

Seterusnya kena pasang pula bahagian kabel yang berada di ruang enjin. Pasang semula hujang kabel pada slotnya. 
.  Pasang hujung kabel pada dua slot ini. 

Bila dah berjaya pasang kabel pada slotnya seterusnya anda perlu laraskan kabel clutch ini samada anda mahukan clutch yang pendek atau pun panjang. Langkah seterusnya ini kena buat dengan betul kalau salah gear tak boleh masuk. Untuk laraskan clutch anda perlu tarik sedikit bahagian kabel yang berdekatan dengan skru pelaras. 
.   Tarik kabel yang bertanda anak panah merah sedikit Dan putarkan skru pelaras bertanda anak panah biru

Sambil menarik kabel putarkan skru pelaras arah ikut jam sehingga rasa kabel clutch itu tegang. Cuba gerakkan bahagian hujung kabel di bahagian bawah. Kalau terasa dah ketat dan tidak rasa longgar baru berhenti laraskan skru pelaras. Kemudian cuba tekan pedal clutch. Kalau clutch rasa ada sedikit berat seperti asal maka anda boleh teruskan langkah berikutnya. 

Hidupkan enjin dan cuba masukkan gear kalau  dah rasa lembut untuk masuk gear satu dan dua boleh teruskan dengan langkah seterusnya. Cuba gerakkan kereta ke depan dan rasakan tindakan clutch samada ia terasa tinggi atau pun rendah. Kalau rasa clutch tinggi laraskan skru pelaras clutch dengan memutarkannya arah lawan jam. Putarkan sekadar satu pusingkan dahulu kemudian test semula pergerakan kereta dengan setting clutch ini. Jika terasa tak sedap boleh adjust lagi skru pelaras ikut kegemaran anda. Kalau klac terlalu rendah pula anda kena putarkan skru pelaras arah jam. Kemudian ikut cara pelarasan seperti sebelum ini untuk mendapatkan jarak clutch yang tepat. Jika pergerakan gear terasa lembut dan mudah untuk kereta bergerak bila pedal clutch dilepaskan anda dah berjaya. Laraskan clutch sampai anda rasa mudah untuk tukar gear

Friday, August 4, 2023

Stereng iriz rasa bergerak sendiri dan berat

Semasa bawa kereta iriz kebelakangan ini rasa lain macam. Stereng nampak lurus tapi tayar rasa bergerak sendiri ke kiri dan ke kanan. Kalau jalan tak rata lagi boleh rasa pergerakannya. Nak kata masalah stereng rack, baru sahaja ganti tahun lepas.Kereta ini memang selalu dibawa dalam keadaan jalan yang berlubang-lubang dam tak rata. Jadi ada kemungkinan ada komponen yang dah mula rosak Kalau tanya bengkel mungkin dia suruh tukar stereng rack baru. Untuk lebih pasti saya kena buka sendiri salah satu komponen yang mengawal pemanduan iaitu tie rod end.

Cara nak bukanya tak susah, cuma perlu beberapa perlatan seperti spanar saiz 17 mm atau socket saiz 17 mm, jack stand dan satu alat khas iaitu tie rod end remover. Nak guna tukul besar pun boleh untuk tanggalkan tie rod end. 

Pertama sekali kena jack kereta, buka tayar dan tahan dengan jack stand.  Pastikan kereta stabil di atas jack stand. Letakkan juga tayar di bawah kereta untuk lebih selamat. Nak repair kereta ni kena pentingkan keselamatan. Letakkan stopper di tayar belakang untuk menghalang kereta sari bergerak. Letak batu bata pun dah cukup. 

Seterusnya buka dulu pin pada bolt yang mengikat tie rod end. Gunakan playar untuk menariknya. Jangan hilangkan pin ini, kalau hilang kena pergi kedai hardware untuk beli baru. Pin ini juga menghalang nat daripada tertinggal jika ia dipasang longgar. Kalau nat tertinggal ada kemungkinan tie rod end akan tercabut daripada knuckle dan stereng tak dapat dikawal. 

Lepas buka pin gunakan spanar saiz 17 mm atau lebih baik gunakan socket 17 mm. Gunakan yang ada enam mata untuk mengelakkan nat menjadi rata. Selepas buka nat bahagian yang paling sukar adalah menanggalkan tie rod end daripada knuckle.
.  Buka nat tie rod end dengan socket saiz 17 mm 
 Ada dua cara, cara pertama adalah dengan menggunakan tukul yang besar. Pastikan anda tidak meletakkan nat pada bolt  tie rod end. Selepas itu ketuk pada bahagian nat tersebut dengan kuat. Cara kedua anda boleh gunakan teibrod end remover. Kaedah ini lebih mudah, cuma anda kena beli alat ini. Boleh beli secara online untuk lebih mudah. 

.  Letakkan tie rod end remover seperti dalam gambar.

Pusingkan skru tie rod end remover ini dengan spanar. Memang agak ketat jika tak pernah dibuka. Bila ia terbuka daripada knuckle anda boleh dengar bunyi seperti letupan yang agak kuat bila tie rod end ini terlepas daripada knuckle. Boleh gunakan jack untuk menolak sedikit knuckle naik ke atas supaya memudahkan tie rod end ini tercabut.  Boleh juga sembur WD40 pada bolt tie rod end untuk memudahkan ia ditolak keluar. 
.  Tolak sedikit knuckle dengan menggunakan jack.

.  Dah berjaya ditanggalkan

Bila dah berjaya tanggalkan tie rod end ini, boleh test nak tahu samada ia rosak atau pun tidak. Cuba goyangkan bolet pada tie rod end ini. Kalau rasa ia mudah digerakkan ke kiri ke kanan atau ke depan dan belakang, memang ini puncanya stereng kereta jadi susah nak dikawal.  
.  Cuba gerakkan bolt tie rod end ini.

Langkah seterusnya adalah menanggalkan tie rod end daripada stereng rack. Gunakan spanar saiz 22 mm untuk melonggarkan nat  Sebelum itu langkah yang paling pentingkan adalah anda ambil gambar pada pangkal tie rod end ini. Tujuannya supaya anda dapat mengira lilitan benang pada stereng rack yang bersambung dengan tie rod end. Bila anda pasang semula tie rod end yang baru anda kena pastikan benang pada stereng rack pada kedudukan yang sama dengan kedudukan tie rod end yang lama. Jadi alignment tayar tak berubah sangat apabila anda pasang semula tayar nanti
.  Kira bilangan lilitan thread ini sebelum buka tie rod end. Bila pasang semula mesti sama kedudukan nat ini pada lilitan thread

Kalau ketat boleh ketuk spanar dengan menggunakan tukul. Untuk melonggarkan nat anda kena pulas arah ikut jam kerana anda membukanya dari belakang jadi ia akan jadi terbalik. 
.  Longgarkan nat ini sebelum boleh buka tie rod end. 

Langkah seterusnya adalah pasang semula tie rod end yang baru. Tie rod end baru berharga RM 70 - 80 sepasang. Belilah yang berkualiti supaya dapat tahan lebih lama. Tie rod end yang baru tidak longgar walaupun ditolak dengan agak kuat. Untuk memasang semula reverse balik turutan langkah-langkah untuk membuka tie rod end ini. Pastikan lilitan benang pada stereng rack yang bersambung dengan tie rod end ini sama seperti asal. 
Selepas ini bolehlah hantar kereta ke kedai alignment untuk mendapatkan alignment yang lebih tepat. Hat-ha