Untuk menukarnya tidak susah, tak perlu gunakan apa-apa alat pun. Pertama sekali kena longgarkan dulu kabel clutch, caranya dengan memusingkan skru pelarasnya di dinding firewall. Putarkan arah lawan jam. Bila dah longgar anda cuma perlu menarik bahagian bawah kabel ini yang tercangkuk dengan tuas clutch.
Selepas berjaya buka kabel yang lama perhatikan kabel yang lama apakah kerosakan yang terdapat pada kabel yang lama. Kabel lama saya dah hampir putus patutla ia tak boleh tarik clutch dengan baik
Kabel original daripada kilang memang tahan. Untuk gantikan yang lama ini saya guna kabel yang biasa sahaja tak pakai yang mahal. Kereta wira ini pun dah tak jalan jauh sekarang ni. Lebih banyak bawa kereta lain. Kabel baru saya beli dengan harga RM 30 sahaja. Langkah pertama untuk pasang yang baru adalah masukkan hujung kabel clutch yang bersambung dengan padel clutch dahulu. Tolakkan kabel ini jauh sedikit di dalam lubang di dalam firewall. Ada lubang pada bahagian belakang pedal clutch untuk masukkan kabel clutch.
Kemudian masukkan hujung kabel clutch pada hujung pedal clutch. Ada satu lekuk pada hujung pedal tersebut untuk lekatkan kabel clutch. Agak sukar juga nak masukkan hujung hujung kabel clutch ini pada pedal clutch. Ruang agak sempit anda kena baring dibbawah stereng. Masukkan lubang pada kabel clutch dari bahagian atas pedal. Memang sakit sikit tengkuk kalau tak biasa. Kalau dah berjaya masukkan pastikan ia tak tertanggal sebab nak masukkan semula agak sukar.
Seterusnya kena pasang pula bahagian kabel yang berada di ruang enjin. Pasang semula hujang kabel pada slotnya.
Bila dah berjaya pasang kabel pada slotnya seterusnya anda perlu laraskan kabel clutch ini samada anda mahukan clutch yang pendek atau pun panjang. Langkah seterusnya ini kena buat dengan betul kalau salah gear tak boleh masuk. Untuk laraskan clutch anda perlu tarik sedikit bahagian kabel yang berdekatan dengan skru pelaras.
. Tarik kabel yang bertanda anak panah merah sedikit Dan putarkan skru pelaras bertanda anak panah biru
Sambil menarik kabel putarkan skru pelaras arah ikut jam sehingga rasa kabel clutch itu tegang. Cuba gerakkan bahagian hujung kabel di bahagian bawah. Kalau terasa dah ketat dan tidak rasa longgar baru berhenti laraskan skru pelaras. Kemudian cuba tekan pedal clutch. Kalau clutch rasa ada sedikit berat seperti asal maka anda boleh teruskan langkah berikutnya.
Hidupkan enjin dan cuba masukkan gear kalau dah rasa lembut untuk masuk gear satu dan dua boleh teruskan dengan langkah seterusnya. Cuba gerakkan kereta ke depan dan rasakan tindakan clutch samada ia terasa tinggi atau pun rendah. Kalau rasa clutch tinggi laraskan skru pelaras clutch dengan memutarkannya arah lawan jam. Putarkan sekadar satu pusingkan dahulu kemudian test semula pergerakan kereta dengan setting clutch ini. Jika terasa tak sedap boleh adjust lagi skru pelaras ikut kegemaran anda. Kalau klac terlalu rendah pula anda kena putarkan skru pelaras arah jam. Kemudian ikut cara pelarasan seperti sebelum ini untuk mendapatkan jarak clutch yang tepat. Jika pergerakan gear terasa lembut dan mudah untuk kereta bergerak bila pedal clutch dilepaskan anda dah berjaya. Laraskan clutch sampai anda rasa mudah untuk tukar gear
No comments:
Post a Comment