Infoscript

Tuesday, August 29, 2023

Bila nak tukar water pump kereta Proton

Pengguna-pemgguna kereta Proton biasanya akan menukar timing belt setiap 80 000 km hingga 90 000 km. Setiap kali menukarnya di bengkel biasanya mekanik akan bertanya samada nak tukar water pump sekali atau tidak.Kalau mekanik yang berpengalaman dia akan nasihatkan untuk tukar setiap dua kali penularan timing belt.Sebenarnya tak perlu pun nak tukar water pump ini setiap kali tukar timing belt. 

Kos penukaran timing belt dan water pump boleh mencecah sehingga RM 600 pada sesetengah bengkel. Ada juga bengkel yang mengenakan bayaran hanya RM 400 ringgit sahaja. Setiap kali nak tukar timing belt pengguna kereta Proton pasti akan berasa terbeban untuk menukar dua benda ini sekali. 

Mengikuti pengalaman saya selama 20 tahun menggunakan kereta yang guna timing belt, sebenarnya tak perlu kerap sangat nak tukar water pump..Saya pernah tak tukar water pump sehingga 200 000 km. Jadi bila tiba masa nak tukar timing belt tak rasa berat sangat bajetnya. Tukar timing belt hanya RM 200 -RM 250 sahaja. Jadi takdela rasa banyak sangat nak bayar. 
.  Ini water pump kereta saya selepas 150 000 km, masih elok lagi
Water pump boleh bertahan lama jika anda menggunakan long life coolant yang dicampur dengan air suling (air bateri). Dengan cara ini radiator dan water pump tidak berkarat dan membolehkan water pump bertahan dalam tempoh yang lama. Kalau water pump dah berkarat, kipasnya boleh patah dan menyebabkan enjin menjadi overheat. Biasanya jika water pump bermasalah ia akan mengeluarkan bunyi semasa enjin dihidupkan. Atau pun anda boleh nampak ada air yang menitik daripada water pump. Jika dah ada tanda ini barulah anda tukar. 

Anda boleh juga menukar water pump sahaja tanpa menukar timing belt. Jadi kosnya taklah terasa tinggi jika anda tukar sekali dengan timing belt. Tunggu ada bajet baru tukar. Sebenarnya tak lah mahal nak jaga kereta yang guna timing belt. Ramai orang lebih suka menggunakan kereta yang guna timing chain sebab tak nak tukar timing belt. Tapi minyak enjin dan water pump tak pandai nak jaga. Bila rosak kereta yang gunakan timing chain ini lagi tinggi kos membaik pulihnya. Ada yang langsung tak pernah tukar water pump sehingga enjin overheat. Bagi kereta yang guna timing belt dan kerap menukar water pump memang akan dapat  mengurangkan risiko tersadai tepi jalan bersama keluarga

No comments:

Post a Comment