Infoscript

Friday, August 4, 2023

Stereng iriz rasa bergerak sendiri dan berat

Semasa bawa kereta iriz kebelakangan ini rasa lain macam. Stereng nampak lurus tapi tayar rasa bergerak sendiri ke kiri dan ke kanan. Kalau jalan tak rata lagi boleh rasa pergerakannya. Nak kata masalah stereng rack, baru sahaja ganti tahun lepas.Kereta ini memang selalu dibawa dalam keadaan jalan yang berlubang-lubang dam tak rata. Jadi ada kemungkinan ada komponen yang dah mula rosak Kalau tanya bengkel mungkin dia suruh tukar stereng rack baru. Untuk lebih pasti saya kena buka sendiri salah satu komponen yang mengawal pemanduan iaitu tie rod end.

Cara nak bukanya tak susah, cuma perlu beberapa perlatan seperti spanar saiz 17 mm atau socket saiz 17 mm, jack stand dan satu alat khas iaitu tie rod end remover. Nak guna tukul besar pun boleh untuk tanggalkan tie rod end. 

Pertama sekali kena jack kereta, buka tayar dan tahan dengan jack stand.  Pastikan kereta stabil di atas jack stand. Letakkan juga tayar di bawah kereta untuk lebih selamat. Nak repair kereta ni kena pentingkan keselamatan. Letakkan stopper di tayar belakang untuk menghalang kereta sari bergerak. Letak batu bata pun dah cukup. 

Seterusnya buka dulu pin pada bolt yang mengikat tie rod end. Gunakan playar untuk menariknya. Jangan hilangkan pin ini, kalau hilang kena pergi kedai hardware untuk beli baru. Pin ini juga menghalang nat daripada tertinggal jika ia dipasang longgar. Kalau nat tertinggal ada kemungkinan tie rod end akan tercabut daripada knuckle dan stereng tak dapat dikawal. 

Lepas buka pin gunakan spanar saiz 17 mm atau lebih baik gunakan socket 17 mm. Gunakan yang ada enam mata untuk mengelakkan nat menjadi rata. Selepas buka nat bahagian yang paling sukar adalah menanggalkan tie rod end daripada knuckle.
.  Buka nat tie rod end dengan socket saiz 17 mm 
 Ada dua cara, cara pertama adalah dengan menggunakan tukul yang besar. Pastikan anda tidak meletakkan nat pada bolt  tie rod end. Selepas itu ketuk pada bahagian nat tersebut dengan kuat. Cara kedua anda boleh gunakan teibrod end remover. Kaedah ini lebih mudah, cuma anda kena beli alat ini. Boleh beli secara online untuk lebih mudah. 

.  Letakkan tie rod end remover seperti dalam gambar.

Pusingkan skru tie rod end remover ini dengan spanar. Memang agak ketat jika tak pernah dibuka. Bila ia terbuka daripada knuckle anda boleh dengar bunyi seperti letupan yang agak kuat bila tie rod end ini terlepas daripada knuckle. Boleh gunakan jack untuk menolak sedikit knuckle naik ke atas supaya memudahkan tie rod end ini tercabut.  Boleh juga sembur WD40 pada bolt tie rod end untuk memudahkan ia ditolak keluar. 
.  Tolak sedikit knuckle dengan menggunakan jack.

.  Dah berjaya ditanggalkan

Bila dah berjaya tanggalkan tie rod end ini, boleh test nak tahu samada ia rosak atau pun tidak. Cuba goyangkan bolet pada tie rod end ini. Kalau rasa ia mudah digerakkan ke kiri ke kanan atau ke depan dan belakang, memang ini puncanya stereng kereta jadi susah nak dikawal.  
.  Cuba gerakkan bolt tie rod end ini.

Langkah seterusnya adalah menanggalkan tie rod end daripada stereng rack. Gunakan spanar saiz 22 mm untuk melonggarkan nat  Sebelum itu langkah yang paling pentingkan adalah anda ambil gambar pada pangkal tie rod end ini. Tujuannya supaya anda dapat mengira lilitan benang pada stereng rack yang bersambung dengan tie rod end. Bila anda pasang semula tie rod end yang baru anda kena pastikan benang pada stereng rack pada kedudukan yang sama dengan kedudukan tie rod end yang lama. Jadi alignment tayar tak berubah sangat apabila anda pasang semula tayar nanti
.  Kira bilangan lilitan thread ini sebelum buka tie rod end. Bila pasang semula mesti sama kedudukan nat ini pada lilitan thread

Kalau ketat boleh ketuk spanar dengan menggunakan tukul. Untuk melonggarkan nat anda kena pulas arah ikut jam kerana anda membukanya dari belakang jadi ia akan jadi terbalik. 
.  Longgarkan nat ini sebelum boleh buka tie rod end. 

Langkah seterusnya adalah pasang semula tie rod end yang baru. Tie rod end baru berharga RM 70 - 80 sepasang. Belilah yang berkualiti supaya dapat tahan lebih lama. Tie rod end yang baru tidak longgar walaupun ditolak dengan agak kuat. Untuk memasang semula reverse balik turutan langkah-langkah untuk membuka tie rod end ini. Pastikan lilitan benang pada stereng rack yang bersambung dengan tie rod end ini sama seperti asal. 
Selepas ini bolehlah hantar kereta ke kedai alignment untuk mendapatkan alignment yang lebih tepat. Hat-ha


No comments:

Post a Comment