Infoscript

Friday, October 18, 2024

Review minyak enjin Mizu selepas empat tahun

Saya dah guna minyak enjin Mizu ini dah empat tahun. Setakat ini tiada masalah enjin. Aras minyak enjin pun tak pernah kurang lagi. Cuma saya tidak lenjan enjin pada kelajuan tinggi. Takdela lock throttle lama-lama pada kelajuan tinggi di highway. 

Bila ada leaking pada valve cover gasket bolehla tengok keadaan pada camshaft Dan ruangan di sekeliling camshaft. Kalau banyak keladak atau tahi minyak akan menunjukkan minyak ini tak sesuai digunakan. Lepas ini kena guna minyak jenama yang lain. 

.  Nampak bersih sahaja ruangan di bawah cam cover.

Bila buka cover camshaft ini saya dapati ianya bersih tanpa sebarang keladak atau tahi minyak. Jadi minyak jenis Mizu ini boleh digunakan lagi tak perlu tukar ke jenama lain. Saya tak guna minyak enjin ini sampai 10k km. Pada jarak 5k - 6k saya dah tukar. Saya masih ikut service interval bagi kereta Proton lama. Saya rasa servis 10k km terlalu lama dan banyak kotoran karbon yang dah terkumpul di dalam minyak enjin. Setakat ini cara lama ini berkesan untuk kereta wira saya yang dah berumur 22 tahun. Masih bersih lagi keadaan oil sumpnya bila dibuka. Terserah pada anda nak servis setiap 10k atau 5k.

Tuesday, October 1, 2024

Air aircond penuh di dalam kereta Iriz

Tengah memandu kereta Iriz tiba-tiba rasa sejuk di bahagian kaki..Rasa ada air menitik di kaki. Macam mana pula air di dalam kotak cooling coil boleh overflow keluar ke karpet. Ada tiga punca yang biasa menyebabkan  air dalam kotak cooling coil tak boleh keluar. 

Punca pertama adalah hose yang menyalurkan air keluar daripada kotak cooling coil tercabut. Jika tak dipasang dengan kemas semasa servis aircond atau pun masa di kilang ia tak di pasang dengan betul. 
.  Karpet menjadi basah
Punca kedua saluran atau hos ini tersumbat. Kadang-kadamg bila lama kereta tak berjalan ada serangga yang boleh buat sarang di dalam hos ini. Atau pun ada bahan-bahan lain yang menyumbatkan hose ini. 

Lokasi hose ini di sebelah driver di bahagian kaki. Kena buka satu plastik cover sebelum boleh nampak hose ini. Tiada skru yang mengikat cover ini hanya perlu ditarik di bahagian atas cover yang terletak di bawah stereng. Tarik perlahan-lahan jangan terlalu kasar, takut patah pula klipnya. Bila dah buka cover ini baru nampak hose air aircond ini dekat bahagian bawah kotak cooling coil.
.  Tarik hos ini 

Tarik hos ini keluar dari tempatnya dan gunakan pam tayar untuk menolak keluar apa sahaja yang menyekat laluan air di dalam hos ini. Pakai pam tayar manual pun boleh, bahagian muncung pam masukkan dalam hos ini dan lilitkan muncung atau nozzle pam dengan kain atau plastik. Dengan cara ini angin yang di pam masuk tidak keluar semula di hujung yang sama. Ulang pam beberapa Kali ke dalam hos tersebut. Selepas itu cuba pasangkan semula hos ini. Kemudian hidupkan enjin dan aircond. Periksa bahagian bawah kereta untuk melihat air yang keluar di bahagian bawah kereta. Jika ia menitis dengan laju maka masalah anda sudah selesai. Kalau air masih lagi menitis dengan lambat, anda kena pam lagi hos air ini sampai ia tidak tersumbat lagi.
.   Cuba ketatkan skru ini

Punca yang ketiga adalah skru yang mengikat kotak cooling coil ini longgar. Yang ini paling mudah gunakan skru driver sahaja untuk ketatkan skru si bahagian bawah kotak cooling coil. Jangan ikat terlalu ketat takut loose pula dah jadi masalah lain. Biasa berlaku masalah skru longgar ini selepas kotak cooling coil dibuka dan mekanik lupa untuk ketatkan. Harap dapat membantu mereka yang ada masalah ini. 

Monday, September 30, 2024

Tampal tayar bocor

Masalah tayar pancit memang melecehkan terutama jika berlaku di highway. Memang malas nak buka tayar dan ganti dengan tayar spare ditepi jalan. Sekarang ini dah senang ada penampal tayar di dalam tin yang boleh dimasukkan. Sebelum pancit dah sedia masukkan dalam tayar. 

Bagi saya lebih suka stail lama tampal dengan getah penampal. Sekarang ni dah ada jual di Mr. DIY.  Tak susah sebenarnya nak tampal tayar. Cuma perlukan lebih kekuatan untuk masukkan getah penampal. Jika berlaku waktu malam tak perlu nak buka tayar spare. Kalau bocor di bahagian tepi tayar lebih mudah tak perlu nak buka tayar. Boleh terus tampal sahaja.

Pertama sekali dapatkan kit penampal tayar di kedai Mr. DIY atau di kedai spare part. Tak mahal dalam satu pack ada tiga getah penampal. Satu pack berharga RM 4 - 5 sahaja. .

Kemudian jack kereta sampai tayar yang bocor boleh berpusing dengan bebas. Cari bahagian yang bocor pada tayar. Biasanya ada paku, skru atau besi yang terpacak pada tayar. Gunakan playar untuk cabut semua benda asing yang membocorkan tayar ini. 

Selepas ini boleh gunakan pengorek yang dibekalkan untuk mengorek sedikit tayar bagi nembolehkan getah penampal di masukkan dengan mudah. Boleh korek tayar dengan mudah dengan putarkan sahaja pengorek itu ikut arah jam. Untuk cabut keluar putarkan arah lawan jam. 

Seterusnya ambil satu lagi besi yang boleh dimasukkan dengan getah penampal. Masukkan getah penampal pada rongga bahagian hujung besi penampal. Tak perlu sapukan gam yang dibekalkan. Gunakan getah penampal yang diberi sahaja sudah memadsi. 
.  Masukkan getah penampal ini pada besi ini

Kemudian cucukkan besi yang ada getah penampal ini ke tempat yang bocor. Untuk cucukkan besi ini memang perlukan lebih tenaga kerana ada dawai di dalam tayar yang menghalang kemasukan besi penampal. Boleh putar-putarkan sedikit besi tersebut supaya boleh masuk dengan mudah. Masukkan getah penampal sehingga separuh bahagian getah tersebut dah masuk ke dalam tayar. Kemudian tarik keluar besi penampal tersebut. Agak keras juga untuk mencabutnya. Kalau dah biasa buat memang terasa mudah. Pamkan angin tayar secukupnya Akhir sekali boleh uji tanpalan tadi dengan menjiruskan air di atasnya. Kalau tiada gelembung udara yang keluar maka tanpalan tayar anda sudah berjaya.
     Saya tampal dua lubang 

Jika kebocoran bersaiz agak besar boleh letak dua getah penampal sekaligus. Kalau anda pertama kali gunakan penampal tayar ini boleh perhatikan angin tayar dua atau tiga hari sebelum buat perjalanan jauh.

Wednesday, September 25, 2024

Tukar motor wiper Exora

Motor wiper agak susah untuk rosak. Untuk kereta wira saya, dah guna selama 22 tahun masih lagi berfungsi dengan baik.Bagi kereta exora pula bertahan selama 12 tahun. Jadi hari ini dah tiba masanya untuk menukar motor wiper Exora. 

Tanda-tanda motor wiper ini rosak adalah pergerakan wiper yang semakin perlahan dan akhirnya terus berhenti sendiri. Harga untuk motor baru bergantung kepada jenis motor ini antara RM 80 - 120. Kalau beli secara online biasanya lagi murah, tapi kualitinya ikut nasib. Kadang kala pakai sekejap sahaja sudah rosak semula.

Mula-mula buka dulu wiper arm. Ada nat di bahagian bawah wiper arm ini yang ditutup dengan cover plastik. Cungkil sahaja cover ini dengan skru driver leper. Goyangkan sikit wiper arm ini sebelum boleh ditanggalkan. Memang agak ketat kalau tak pernah dibuka sebelum ini. 

.  Cungkil bahagian belakang ini dengan skru driver 

.  Buka nat ini dengan spanar saiz 10 mm

Kemudian buka cover  bahagian bawah cermin depan. Ada beberapa klip yang perlu dibuka. Cungkil sahaja klip ini dengan skru driver leper.
.  Buka klip ini, ada beberapa klip di sepanjang cover ini

Selepas ini buka soket motor wiper dan tanggalkan wiper link yang terikat sekali dengan motor wiper. Ada beberapa bolt 10 mm yang perlu dibuka.

. Buka soket ini

.  Buka bolt ini

.  Buka bolt ini

Letakkan wiper link di atas lantai dan buka bolt yang mengikat motor wiper. 
.   Buka bolt ini

.  Motor lama dah dibuka

Langkah seterusnya pasang semula motor wiper yang baru pada wiper link. Pasang ikut turutan seperti anda buka sebelumnya. Setelah pasang semula wiper link pada tapaknya langkah terakhir adalah memasang semula wiper arm. 

Kalau salah kedudukan pasang wiper arm nanti bila on wiper wiper arm ini akan berhenti pada kedudukan yang salah. Kalau silap wiper akan berhenti melebihi kawasan cermin. Jadi kalau nak kepastian sebelum pasang sepitkan penyepit baju di atas tapak wiper arm. Kemudian on kan wiper bila ia berhenti pada kedudukan sepatutnya baru pasang wiper arm. 

Jika kedudukan wiper arm tidak betul, laraskan semula wiper link. Longgarkan bolt wiper link dan gerakkan ikut jam atau lawan jam sehingga dapat kedudukan wiper arm yang betul ketika berhenti. 

.  Longgarkan bolt ini dan pusingkan sedikit wiper link

Bila dah dapat kedudukan wiper arm yang betul bolehlah pasang semula  cover yang menutup wiper arm. Uji semula pergerakan wiper untuk memastikan tiada bahagian yang longgar atau tersangkut