Contoh sensor tak original
Brek pun kembali mencengkam macam asal. Jadi dapat jimat banyak berbanding buat di service center atau di bengkel luar. Selamat mencuba
Masalah gear lever Proton Exora longgar
Gear lever yang longgar menjadi satu masalah yang selalu dihadapi oleh pemilik-pemilik exora. Kalau anda hantar ke bengkel mungkin upahnya mungkin lebih mahal daripada harga alat ganti yang rosak. Gear lever yang longgar disebabkan oleh bush pada bahagian bawah lever tersebut sudah pecah, ini menyebabkan gear tidak dapat ditolak pada kedudukan D, 3 dan 2.
Langkah pertama anda perlu membuka cover pada gear lever dengan menggunakan skru driver pipih. Umpil pada bahagian tepi cover gear lever dengan berhati-hati kerana ia mudah rosak. Lapikkan skru driver dengan kain untuk mengelakkan cover tersebut daripada calar. Jangan umpil dengan keras, jika tak boleh diumpil cuba pada kedudukan yang lain. Buat sedikit demi sedikit sampai semuanya dapat dibuka
Kemudian buka pula cover pada bahagian bawah gear lever. Ada dua skru pada bahagian bawah cover ini. Ada klip yang melekatkan cover ini, walaupun anda dah membuka skrunya anda perlu menarik covet ini daripada bawah. Tarik ke atas bahagian bawah cover ini dengan perlahan-lahan. Kalau tak boleh cuba goyangkan ke kiri dan ke kanan sedikit. Jangan direntap dengan kuat kerana ia mudah patah. Kereta-kereta baru sekarang semuanya pakai klip, kalau klip patah maka mulalah pelbagai bunyi keluar. Nak tukar baru agak mahal juga.
Apabila cover ini berjaya dibuka anda lihat di ruang sebelah kanan di bawah stereng. Boleh nampak bush pada gear lever. Keluarkan bush yang lama dan perhatikan keadaannya. Mesti ianya sudah rosak dan menyebabkan gear sukar untuk dimasukkan.
Ini gambar gear lever dengan bush di bahagian atas.
Seterusnya anda perlukan bush gear lever yang baru. Boleh dapatkan bush ini di kedai spare part atau pun boleh order sahaja di Lazada. Kalau beli di Lazada hargamya lebih kurang RM 10.40 tapi bila campur dengan kos penghantaran maka akan jadi lebih mahal. Lebih baik beli di kedai spare part.
Ini contoh gambar gear lever bush
Ini gambar gear lever yang telah dimasukkan dengan bush baru
Tekan bush yang baru dalam slotnya dan pastikan ianya kemas dan tidak longgar. Seterusnya anda uji gear cuba tolakkan gear dari P ke R, N, D, 2 dan 3. Anda akan rasa batang gear terasa ketat dan tidak bergoyang-goyang seperti sebelumnya. Hidupkan enjin dan uji jika semua gear dimasukkan. Anda akan terasa kelainannya.
Pasangkan semula cover pada gear dan cuba bawa kereta anda. Banyak duit boleh dijimatkan kalau boleh baiki sendiri. Lebih-lebih lagi sekarang ni banyak bengkel yang mengenakan harga yang tak masuk akal untuk kerja-kerja yang mudah seperti ini. Ada juga yang kena tipu dengan bengkel yang mengatakan gearbox rosak.
Selamat mencuba
Pemasangan tachometer pada proton wira (model VDO)
Mungkin ramai antara kita biasa melihat meter tambahan yang dipasang di atas dashboard bagi membolehkan kita mengetahui maklumat tambahan mengenai enjin kereta. Kalau pasang di kedai aksesori mungkin mahal upahnya, sedangkan anda boleh pasang sendiri dengan kos yang rendàh.
Meter rpm atau tachometer membolehkan anda mengetahui keadaan enjin dan power band enjin bagi kawalan kuasa yang lebih tepat semasa memotong kenderaan lain.
Anda boleh dapatkan meter ini di kedai aksesori kereta atau beli saja secara online. Paling murah boleh dapat dengan harga lebih kurang RM 30 sahaja
Model Wira 1.3 memang tidak dilengkapi dengan tachometer.Tetapi wiring untuk tachometer memang ada di bawah panel meter wira 1.3 . Jadi tak susah untuk memasang tachometer pada model ini. Langkah pertama anda perlu menanggalkan panel meter. Buka kedua-dua skru pada meter. Kemudian dua lagi skru pada bahagian dashboard dekat dengan jam. Dengan menggunakan jari anda tekan dan tarik keluar panel pada bahagian meter keluar. Berhati-hati semasa menariknya kerana ia mudah pecah.
Bila panel ni dah boleh dikeluarkan buka pula empat skru pada meter dan tarik keluar meter tersebut dengan berhati-hati.
Anda akan nampak soket sebelah kiri dan kanan. Yang akan kita gunakan untuk tap dengan wayar hijau pada tachometer adalah soket yang sebelah kirii. Sambungkan wayar pada bahagian tepi sebelah kanan bawah pada soket tersebut. Boleh lihat dalam rajah di bawah. Wayar ini anda sambungkan dengan wayar signal biasanya warna hijau pada tachometer. Boleh juga anda sambungkan wayar signal di bahagian bawah soket ini dengan cara mengoyakkan sedikit wayar signal pada kereta dan menyambungkan dengan wayar signal daripda tachometer. Tapi cara ni agak leceh sedikit, jadi saya gunakan cara yang lebih mudah
Perhatikan sambungan wayar signal dengan soket
Langkah seterusnya adalah menyambungkan wayar positif dan negatif tachometer. Bekalan kuasa anda boleh dapatkan daripada wayar pada soket pencucuh rokok.lihat pada rajah di bawah Boleh juga anda dapatkan bekalan elektrik daripada bahagian lain contohnya dari bahagian ignition switch.
Kemudian ada dua wayar lagi iaitu wayar untuk lampu pada tachometer. Wayar positif dan negatif ini boleh disambungkan pada wayar yang bersambung dengan suis lampu. Ini membolehkan lampu ini hanya menyala pada waktu malam sahaja. Tapi saya agak malas nak buka panel pada bawah stereng, jadi saya sambungkan wayar pada terminal positif dan negatif lampu pada terminal pada jam digital. Jadi mentol lampu tachometer akan sentiasa menyala bila on sahaja suis. Tak jadi masalah lagipun jam digital tu pun dah rosak.
Lekatkan tachometer pada bahagian dashboard yang tidak mengganggu penglihatan anda semasa memandu. Boleh lekatkan dengan gam uhu atau gam kasut. Kalau tak nak merosakkan dashboard boleh juga gunakan double sided tape untuk melapik dashboard tersebut sebelum diletakkan gam. Selepas anda gam pada dashboard lekatkan tape antara tachometer dengan dashboard supaya ia tidak begerak apabila gam yang anda gunakan belum kering.
Selesai anda sambung semua wayar pada tachometer tibalah masa untuk menguji tachometer. Bila anda start enjin jarum tachometer akan naik sehingga 1100 rpm jika enjin sejuk. Ia akan menurun kepada 800 rm apabila enjin telah panas. Selepas itu pasang balik semua cover pada dashboard Selamat mencuba
. Berjaya dipasang