Infoscript

Wednesday, July 29, 2020

Servis throttle body exora

 Kali ni saya akan tunjukkan cara untuk servis throttle body exora. Caranya sama untuk semua jenis enjin campro mungkin yang CFE agak lain sedikit cara membukanya kerana bersambung dengan turbo.Bagi campro biasa rasanya aama saja.

Pertama sekali kita perlu buka intake hose yang bersambung dengan kotak air filter


Ada dua skru yang melekatkannya. Bila skru berjaya dibuka, tarik bahagian hujung tiub ini keluar dengan berhati-hati. Kemudian longgarkan skru pada hose clip yang mengikat tiub yang bersambung antara kotak air filter dan throttle body. 

.   Longgarkan skru hose clip pada throttle body yang bersambung dengan tiub air intake

Pada throttle body juga ada hose clip yang mengikatnya dengan hose yang bersambung dengan enjin.
longgarkan juga skru ini

Bila kedua-dua tiub ini berjaya dibuka maka anda akan nampak throttle body dengan jelas. Pada throttle body ni perlu buka soket dan hose vacuum sebelum ianya boleh ditanggalkan. Buka socket pada throttle body ini dulu dengan berhati-hati.
   Tekan pada bahagian hujung 
   soket ini dan tarik keluar 
   dengan berhati-hati.
.  Socket berjaya di buka

Kemudian buka tiub pada bahagian tepi throttle body yang bersambung dengan cam cover.  Seterusnya buka skru pada throttle body ini dengan menggunakan spanar saiz 10 mm. Buka throttle jody ini dari tapaknya. 
    throttle body berjaya 
    dikeluarkan.


   Made in Germany, mesti 
   mahal kalau nak tukar baru


.  Lihat bahagian dalamnya 
    penuh dengam karbon

Untuk membersihkan throttle body ini boleh gunakan petrol atau throttle body cleaner. pastikan anda tidak menyentuh butterfly valve semasa proses servis ini. Jika tersentuh terpaksa  setting balik throttle body ni. Ada cara nak setting semula nanti saya terangkan kaedahnya, nak lebih mudah jangan diganggu throttle body ini.  Tuangkan sedikit petrol pada kain yang bersih dan gosokkan pada bahagian throttle body yang kotor. Cuci sehingga bersih. 

Pada butterfly valve anda boleh spray dengan throttle body cleaner. Tak perlu untuk digosok dengan kain.  Pastikan bahagian soket dan elektronik pada throttle body ni tak terkena dengan petrol untuk mengelakkan kerosakn.Selepas cuci biarkan hingga kering. 

Akhir sekali pasang semula throttle body. Pastikan ia dipasang dengan ketat supaya tidak ada udara keluar daripada throttle body dengan intake. Hidupkan enjin, enjin akan idle pada rpm tinggi sedikit sebelum ianya kembali normal setelah enjin panas
Selamat mencuba


Monday, July 13, 2020

Tukar fan belt Exora

Kereta Exora ni dah digunakan selama 10 tahun tanpa ditukar belting water pump. Dalam bahasa biasa dipanggil tali kipas. Tahan sungguh belting yang asal daripada kilang ni.

Disebabkan ia dah mengeluarkan bunyi yang agak nyaring setiap kali aircond dihidupkan, maka dah sampai masanya ianya ditukar. Peralatan yang akan digunakan hanya sedikit sahaja. Hanya satu alat khas untuk menolak belting tensioner. 
.   Ini dia alat untuk menolak 
     belting tensioner

Alat ini boleh dibeli di kedai mr DIY selain itu anda perlukan soket saiz 12 mm untuk membuka tangki minyak power steering supaya boleh dialihkan sedikit dan dapat memberikan ruang untuk menukar belting. 

Langkah pertama perhatikan kedudukan belting tersebut dengan pulley. Hafalkan laluan belting tersebut supaya tidak tersilap pasang semasa memasang semula yang baru.  Lebih mudah ambil gambar dengan handphone, setiap laluan belting pada pulley. Kemudian buka skru tangki minyak power steering dan alihkan sedikit ke depan. 
.  Buka skru pada tangki 
   simpanan minyak power 
   steering

Kemudian masukkan bar penolak beling tensioner ke slot pada belting tensioner tersebut.
Seterusnya sambungkan dengan besi yang lebih panjang untuk menolak tensioner dengan lebih mudah. Berhati-hati ketika menolaknya kerana disebelah hos power steering ini ada paip untuk gas aircond. Kalau tersilap sedkit mungkin boleh membocorkan paip ini. 

Tolakkan besi ini ke belakang (ke arah tempat pemandu). Anda akan dapati belting akan menjadi longgar. Pusingkan sedikit belting tersebut pada bahagian belting tensioner. Ada sedikit ruang untuk menolak keluar belting ini antara belting tensioner dengan cover timing belt. Bila dapat keluarkan belting ini pada belting tensioner selepas ini mudah untuk menarik keluar kedeluruhan belting. Pastikan anda telah menghafal laluan belting ini pada semua pulley supaya tak tersalah pasang .

Langkah seterusnya memasang belting baru. Masukkan dulu belting pada bahagian belting tensioner. Kena pusingkan sedikit belting tersebut supaya ia mudah melalui ruang antara belt tensioner dengan timing belt cover.










Kemudian masukkan pada pulley alternator dan pulley aircond compressor. Pulley yang terakhir anda masukkan adalah pulley untuk power steering. Tolakkan dulu belting tensioner ke arah belakang kereta. Jadi belting akan menjadi longgar dan mudah untuk memasukkan belting pada pulley yang terakhir.
.  Akhir sekali masukkan     
  belting  pada pulley power 
   steering pump

Selepas selesai belting dimasukkan pastikan ianya masuk dengan betul pada semua pulley. Kalau sudah yakin maka bolehla hidupkan enjin. Jika ia dipasang dengan betul enjin akan berbunyi normal. Selamat mencuba.


Monday, July 6, 2020

Tukar stereng rack bush exora

Kereta Exora ni memang kalau dah lama pakai banyak bush yang akan rosak. Mungkin sebab mpv ni berkongsi banyak jenis bush yang sama dengan lain-lain model . Tetapi masalahnya mpv ni mempunyai berat yang lebih berbanding dengan kereta biasa. Mungkin sebab itu bush pada exora ni banyak yang perlu ditukar. Kali ni saya tunjukkan cara untuk menukar stereng rack bush pada exora.

Tanda-tanda kerosakan bush ini contohnya stereng akan jadi senget dan rasa pergerakan setereng ke kiri dan ke kanan semasa memandu. Anda tidak akan berasa selesa untuk memandu. Jika anda buat alignment pun masalah ini tak akan selesai. Cara paling mudah untuk mengetahui kerosakan bush ini adalah dengan cara memerhatikan bahagian stereng rack yang dekat dengan bush ini semasa stereng di pusingkan ke kiri dan ke kanan. Anda perlukan bantuan rakan untuk memusingkan stereng semaa enjin dihidupkan. Perhatikan betul-betul stereng rack yang dekat dengan bush ini bergerak atau tidak. Jika bergerak-gerak boleh teruskan dengan langkah seterusnya.
    Stereng rack bush


Alat yang anda perlukan adalah spanar saiz 14 mm, jek stand jek,  gris, extension bar L dan I, swivel joint, socket 14 mm
   Swivel joint pastikan ada 

Langkah pertama jek kereta agak tinggi dan letakkan jack stand. Tahan tayar belakang dengan kayu atau batu bata. Ini penting supaya kereta tidak melungsur ke belakang. Tarik juga hand brake sebagai langkah keselamatan.  Selepas itu buka saluran angin ke kotak air filter 
Ada 3 skru pada saluran air intake, gunakan spanar saiz 10 mm. Lebih mudah pakai soket 10 mm. Tarik keluar hujung tiub yang bersambung dengan kotak air filter. Jangan takut tiub ini bukannya sistem VIM. Sistem VIM ada kat belakang throttle body. Ramai yang salah sangka tiub kat air filter ini sebagai VIM. 

Bila tiub air intake dah di buka anda akan nampak bush setereng rack dengan lebih jelas. 
Bush sebelah kiri
  

Untuk membuka skru pada braket bush ini anda perlukan extension bar dan soket saiz 14 mm. Anda juga perlukan adapter socket yang boleh dibengkokan.
  Adapter socket yang boleh   
   dibengkokan

Buka skru pada bracket bush ini dengan menggunakan socket 14 mm yang disambungkan dengan extension bar. Selepas berjaya menanggalkan braket anda tidak boleh lagi membuka bush ini kerana stereng rack perlu digerakkan sedikit supaya bush boleh ditarik keluar. 

Langkah seterusnya adalah membuka bush pada bahagian kanan pula. Anda perlu baring di bawah kereta untuk membukanya. 
Bush sebelah kanan.


Buka skru pada bush ini dengan menggunakan socket saiz 14 mm. Keluarkan bush yang lama. Mungkin agak sukar untuk mengeluarkannya jika ia masih keras. Gerakkan sedikit stereng rack ke depan sedikit untuk memudahkan membuka bush dengan menggunakan skru driver. . Tolak besi di bahagian tengah bush ini dengan skru driver. Bila ia dah tertolak ke atas keluarkan besi di bahagian temgah ini. Kemudian cungkil bush getah dengan menggunakan skru driver. 
Bush sebelah kanan

Masukkan bush yang baru. Bush ini terdiri daripada tiga bahagian, iaitu bahagian atas bawah dan tengah.Sapukan  gris pada bahagian getah dan juga besi di tengah-tengah. Masukkan yang bahagian getah dulu di bahagian atas dan bawah. Kemudian masukkan besi di bahagian tengah.
   bush ini boleh dibuka 
Agak susah sebenarnya untuk memasukkan besi di bahagian tengah bush. Ianya sangat ketat. Terpaksa diketuk dengan tukul. Tapi kedudukan nya yang agak sempit pada bush yang disebelah belakang memang agak susah. Boleh gunakan ball joint removee untuk memudahkan ianya ditolak masuk
  Ball joint remover 
   memudahkan kerja

Pastikan semua skru dah dipasang dengan ketat kemdian boleh test drive kereta. Masalah stereng bergoyang dapat diselesaikan. Jika stereng tak center boleh buat semula alignment. 
. Ketatkan skru

Saturday, June 13, 2020

Tukar antirolbar bush exora

Kali ni saya akan tunjukkan cara untuk menukar antirolbar bush pada proton exora. Mungkin sama juga caranya untuk model-model proton yang lain.  Masalah biasa bagi penmilik-pemilik exora bunyi besi berlaga pada bahagian hadapan semasa langgar lubang atau jalan yang tak rata. Puas dah tukar macam-macam lower arm, absorber mounting, absorber, steereng rack bush dam stabliser bush. Masih lagi ada bunyi ni. Cuba tukar pula antirolbar bush. Bila saya tukar bush ni maka hilang masalah bunyi yang menyakitkan telinga ni. 

Untuk menukar antirolbar bush ini peralatan yang diperlukan adalah spanar 14 mm, jack, jackstand dan spanar 14 mm dengan kepala boleh diputar. ( lebih mudah jika ada untuk membuka skru pada mounting antirolbar. 

Mula-mula jek kereta dan buka tayar. Letakkan jack stand dan cuba goyangkan kereta untuk memastikan kereta stabil. Jek dengan agak tinggi supaya memudahkan anda membuat kerja di bawah kereta. Kerja ni nampak macam mudah tetapi sebenarnya agak susah untuk membuka dua skru pada braket antirolbar ini. Jadi buat dengan sabar. 
Perhatikan pada antirolbar anda akan nampak braket bagi antirolbar
  Bush pada antirolbar

Anda perlu baring di bawah kereta untuk membuka bush antirolbar ini. Gunakan spanar 14 mm untuk membuka dua skru pada bracket antirolbar ini
 agak sempit ruangan untuk 
 membukanya
. Boleh sambung dua spanar untuk dapatkan lebih leverage untuk membuka skru ini
Skru ini agak ketat kerana ada thread locker. Jadi jika tak boleh anda perlu putar spanar melawan arah jam dan kemudian arah mengikut jam supaya skru ini boleh dibuka. Untuk lebih mudah membuka skru ini boleh dapatkan spanar 14 mm yang boleh dipusingkan kepalanya
 guna spanar jenis ini lebih   mudah
Apabila kedua-dua skru ini berjaya dibuka, maka anda boleh keluarkan braket pada bahagian atas bush ini. Jika ketat boleh umpil dengan skru driver.
.  braket berjaya dibuka

Kemudian anda boleh menanggalkan bush yang lama. Boleh tolak sikit antirolbar untuk memudahkan anda mengeluarkan bushnya. Boleh tarikbush ini menghala ke sebelah luar antirolbar supayaanda mudah untuk menanggalkannya 

Pasangkan bush yang baru pada antirolbar. Kemudian pasangkan braket semula. Ikatkan skru dengan ketat pada kedua-dua skru. 

 
Bush yang baru. 

Boleh dapatkan bush ini dari kedai spare parts atau pun online. Biasanya kat online dapat lagi murah, harga serendah RM 15 hingga RM 70. Pilih saja mana yang sesuai dengan bajet anda.

Lepas ni boleh test kereta cuba bawa kereta di jalan yang tak rata, kalau inilah punca masalah bunyi besi berlaga masa jalan tak rata, kali ni dah tiada bunyi. 
Selamat mencuba

Friday, December 27, 2019

Tukar sensor ABS Exora

Sebelum menukar sensor ABS yang rosak anda perlu tahu sensor mana yang rosak. Untuk menguji sensor mana yang rosak anda perlukan multimeter. Buka soket pada sensor ABS dan uji dengan multimeter. Letakkan probe multimeter yang positive dan negative pada soket sensor ABS. Putarkan selector knob pada multimeter untuk mengukur voltan. Pusingkan wheel hub dengan laju dan perhatikan pada multimeter, jika terdapat kenaikan voltan maka sensor tersebut masih lagi berfungsi.  Kelemahan cara ini anda kena putar tayar dengan laju baru ada bacaan pada multimeter

Satu cara lagi adalah dengan menguji resistance semua sensor ABS. Tukar selector knob pada bahagian resistance. Cek resistance semua sensor Periksa semua sensor pada kenderaan. Jika terdapat sensor yang tidak menunjukkan kenaikan voltan maka ianya perlu ditukar. Harga sensor ABS yang baru antara RM 80 - 90. Ini harga untuk yang original. Boleh juga anda beli yang lebih murah dengan harga lebih kurang RM 25 - 30 secara online samada di Lazada atau shopee.

Untuk menguji sensor dengan nilai resistance paling kecilsambungkan probe hitam dan probe merah pada soket ABS. Putarkan selector pada kedudukan untuk menguji resistance. Tak perlu buka sensor ini dari kedudukannya hanya buka soketnya sahaja. 
Sambungkan probe pada terminal di dalam soket

Lihat nilai bacaan resistance pada display multimeter. Bacaan yang anda dapati seperti dalam rajah di bawah
Jika sensor baru ini bacaannya
.

Kalau sensor ABS ini rosak bacaannya hanya 0 atau rendah sangat bacaannya. Selepas anda tukar dengan sensor yamg baru lampu ABS pada meter kenderaan alan terpadam

Untuk menukar sensor yang rosak anda perlu membuka tayar dan buka soket pada sensor ABS  yang rosak. Buka sensor yang lama dan gantikan dengan yang baru. Pastikan anda uji sensor  pada setiap tayar. Kerana jika and tukar satu sensor dan lampu ABS masih menyala maksudnya ada sensor lain yang rosak. Cara menukar sensor dengan lebih detail boleh lihat pada post saya yang terdahulu

Pengalaman pada kereta sendiri, saya tukar dua sensor ABS pada bahagian depan dengan modal RM 60 sahaja. Bukan sensor original tapi boleh berfunsi dengan baik









Contoh sensor tak original

Brek pun kembali mencengkam macam asal. Jadi dapat jimat banyak berbanding buat di service center atau di bengkel luar. Selamat mencuba

Saturday, December 14, 2019

Cara buka cover panel meter exora

Cara buka cover panel meter exora. 

Kali ini saya alan tunjukkan cara untuk membuka panel cover meter nagi proton exora. Ada beberapa sebab kita perlu buka panel meter ini. Contohnya untuk mengganti mentol pada meter yang rosak atau pun nak memasang meter baru. Ada juga bunyi-bunyi bising yang keluar dari panel ini semasa memandu.

Peralatan yang diperlukan adalah skru driver mata bunga dan mata pipih. Besi pipih dan juga kain.

Ini panel cover yang perlu dibuka. Dengan menggunakan slru driver pipih umpil bahagian tepi cover ini dengan berhati-hati. Alaskan slru driver ini dengan kain supaya tidak bercalar.
Ada lebih kurang 6 klip yang perlu dibuka.

Buka dari sebelah tepi kanan atau kiri dan kemudian buka yang sebelah lagi. Tarik dengan perlahan-lahan supaya klip panel ini tidak patah. 

Gambar panel yang telah dibuka. 

Ada dua skru ditepi meter ini yang perlu anda buka. Kemudian anda boleh tarik ke atas meter ini keluar.

Bahagian belakang panel cover meter

Ada penebat bunyi di belakang panel meter ini
Penebat bunyi di belakang panel meter

Jika ada bunyi-bunyi yang tidak menyenangkan ketika memandu anda boleh cari puncanya di belakang meter ini. Selamat mencuba.

Thursday, December 12, 2019

Tukar boot drive shaft Wira

 Kali ni saya nak kongsikan cara untuk menukar drive shaft boot wira. Boot ini berfungsi untuk melindungi drive shaft dari pasir atau pelbagai bahan yang boleh melekat pada bearing drive shaft dan merosakkannya. 

Kerjanya agak leceh mungkin lebih murah untuk mengganti drive shaft yang baru. Saya masih sayangkan drive shaft yang original pada kereta wira ni dan ianya masih baik lagi. Peralatan yang diperlukan adalah soket saiz 34, jack stand, jack, spanar saiz 19, 17, ball joint separator. 

 Ini ball joint separator

Socket size 34mm

Mula-mula longgarkan nat pada drive shaft gunakan socket saiz 34 mm. Jangan jek dulu kereta nanti roda akan berpusing sekali. Longgarkan nat roda. Kemudian jek kereta dengan agak tinggi untuk membolehkan anda berbaring di bawahnya. Goyangkan dulu kereta untuk memastikan jek tersebut stabil. 
Nat di bahagian tengah perlu dibuka


Nat bagi drive shaft ini memang ketat, ada trick untuk membukanya jika anda tiada impact wrench. Buka dulu pin pada nat ini. Seterusnya cari batang paip berukuran 1 meter panjang. Ini untuk dijadikan tuas bagi disambungkan dengan spanar. Cuba bukakan nat tersebut dengan gabungan besi paip dan soket saiz 34. Kalau tak boleh juga gunakan jek kereta untuk menolak batang paip yang disambungkan dengan spanar. Cara ini dapat meningkatkan lagi daya tolakan untuk membuka nat tersebut.

Selepas nat drive shaft berjaya dibuka, anda perlu membuka nat pada tie rod end. Boleh gunakan ball joint separator untuk membukanya. Alat ini anda boleh beli di Lazada. Lebih kurang RM 40. Gunakan ball joint separator ini untuk buka tie rod end dan juga buka ball joint pada lower arm. Selepas lower arm berjaya dibuka anda boleh ketuk sedikit hujung drive shaft dengan menggunakan tukul yang mempunyai getah supaya drive shaft tersebut tidak rosak.

Kemudian tarik knuckle ke arah luar untuk mengeluarkan drive shaft daripada knuckle. Langkah seterusnya adalah letakkan bekas plastik di bawah sambungan anyara gearbox dengan driveshaft kerana apabila driveshaft ditanggalkan minyak gear akan keluar melalui lubang pada gearbox tersebut. Untuk mengeluarkan bahagian drive shaft yang bersambung dengan gearbox.gunakan skru driver pipih yang panjang dan cungkil pada sambungan di antara drive shaft dan gearbox. Umpilkan dengan sedikit ketukan pada hujung skru driver.jika tak boleh dikeluarkan pusingkan sedikit drive shaft dan umpil lagi. Teruskan sehingga ianya tercabut dari gearbox. 
Umpil dengan skru driver 

Jika sudah berjaya dipisahkan tarik keluar batang drive shaft tersebut keluar dari bawah kereta.

Gambar drive shaft yang berjaya dikeluarkan. 

Drive shaft hanya disambungkan dengan menggunakan boot drive shaft sahaja. Di dalam boot drive shaft ini terdapat gris untuk drive shaft. Di dalam drive shaft juga terdapat bearing yang memerlukan pelincir. 

Anda perlu membeli gris untuk drive shaft yang boleh dibeli di kedai spare part kereta dengan harga lebih kurang RM 20. 

Anda perlu buka klip pada bahagian bearing drive shaft.
Gambar bearing pada drive shaft. 

Anda perlu membuka klip pada hujung drive shaft ini untuk mengeluarkan bearing pada drive shaft. Gunakan playar untuk membuka klip ini. Ketiga-tiga bearing di bahagian sisi driveshaft boleh dibuka jika klip di bahagian tengah telah ditanggalkan. Jika telah berjaya dibuka keluar kan bearing drive shaft dan masukkan boot drive shaft ke dalam batang drive shaft. Pastikan kedudukan boot itu betul dan tidak terbalik. Hujung yang lebih kecil menghadap ke sebelah luar. Rujuk dalam.gambar di bawah
Klip berbentuk C yang telah dibuka lihat pada bahagian atas  bearing

Selepas anda masukkan boot seperti dalam gambar di atas. Letakkan gris pada bearing dan juga pada bahagian luar bearing seperti dalam rajah di bawah



Masukkan gris ke bahagian yang ditunjukkan dengan anak panah

Kemudian cantumkan semula kedua-dua bahagian drive shaft ini dan sedia untuk dipasang semula.
Untuk memasang semula drive shaft mula-mula masukkan bahagian sebelah dalam drive shaft ke dalam lubang pada gearbox. Bagi memudahkan kemasukannya ke dalam lubang gearbox sapu sedikit gris pada hujung driveshaft. Hujung driveshaft yang bersambung dengan roda juga dimasukkan pada hub ruda. Kemudian ketukkan bahagian hujung driveshaft ini dengan tukul bersalut getah. 

Untuk lebih selamat masukkan nat pada driveshaft tersebut dan baru diketuk supaya bahagian hujung driveshaft tersebut tidak rosak. Jika hujung driveshaft yang bersambung dengan gearbox tidak rapat sepenuhnya jangan dipaksa pusingkan drive shaft tersebut dan ketuk semula. Ulang sehingga hujung driveshaft tersebut masuk sepenuhnya pada gearbox. 

Langkah seterusnya pasangkan semula tie rod dan ketatkan natnya. Pasang semula lower arm dan ketatkan natnya.  Akhir sekali pasang semula tayar dan jangan ketatkan dulu natnya, pasang dengan longgar sahaja. Cuba pusingkan tayar, jika driveshaft boleh berpusing dengan baik tanpa ada bunyi-bunyi yang pelik maka anda sudah berjaya. 
Pasang semula nat drive shaft dan masukkan pin

Bagi kereta manual anda perlu menambah semula minyak gearbox kerana semasa driveshaft dibuka minyak gear telah keluar dengan banyak.

Selepas anda masukkan minyak gearbox, pastikan tiada minyak yang keluar dari sambungan pada gearbox dan driveshaft. Ketatkan semua skru tayar dan cuba bawa kereta anda dalam jarak dekat dan perlahan untuk menguji driveshaft. 
Selamat mencuba