Infoscript

Friday, November 12, 2021

Tukar valve cover hose Exora

Valve cover hose exora ini bila dah lama pakai memang akan merekah dan menyebabkan minyak enjin daripada valve cover akan meleleh  keluar. Fungsi hose ini adalah untuk membawa gas tidak terbakar  daripada crankase masuk ke dalam intake manifold. Enjin campro memang panas dan menyebabkan hose ini cepat merekah. 

Jika hose ini bocor ini boleh menyebabkan penggunaan minyak menjadi lebih kerana gas petrol yang berlebihan tidak digunakan semula dan enjin akan menggunakan gas daripada tangki sepenuhnya untuk membolehkan pembakaran di dalam enjin terus berlaku.

Cara menukarnya tidak susah harganya pula dalam RM 12 - 14 sahaja. Untuk menukarnya anda perlu membuka air intake hose dan juga air intake box. Buka intake hos dengan membuka tiga bolt bersaiz  mm. Selepas buka ketiga-tiga bolt tarik sedikt bahagian hos yang bersambung dengan air intake box. Goyangkan sedikit ke atas dan ke bawah dan tarik perlahan-lahan. Jangan ganas samgat dengan barang plastik nanti patah pula, nak beli baru bukannya murah. 

Selepas buka intake hose, buka pula intake box. Buka skru pada bahagian kiri dan kanan intake box tersebut. Kemudian goyang-goyangkan sedikit intake box itu ke atas dan ke bawah dengan cermat. Ada dua tapak pada bahagian bawah intake box tersebut yamg perlu ditanggalkan. Tiada skru atau bolt yamg perlu dilonggarkan cuma tarik sahaja intake box tersebut sedikit demi sedikit.
   Intake box dah dibuka

Bila intake box dah dikeluarkan maka kerja untuk menanggalkan hose lebih mudah. Gunakan playar untuk membuka hose clip. Goyang-goyangkan goyangkan sedikit hos itu ia akan tertanggal dengan mudah. Cabut pada bahagian atas dan bawah. Kemudian pasangkan hos yang baru. Pastikan hos dipasang dengan kemas pada tempatnya. 
.  Gunakan playar untuk buka         hose clip

Langkah akhir pasang semula intake box dan juga intake hos. Kemudian cuci sedikit bahagian atas hos yang bersambung dengan intake cover dengan petrol supaya nampak bersih dan kita boleh nampak jika ada kebocoran lagi selepas ganti dengan hos yang baru.Selepas ini akan rasa perbezaan dari segi penggunaan minyak, kenderaan anda akan lebih jimat berbanding sebelum menukar valve cover hose



Sunday, November 7, 2021

Tukar anti roll bar bush Exora

Semasa memandu exora baru-baru ini saya dapati pemanduan rasa tidak stabil. Bila lalu bahagian jalan yang tidak rata akan rasa tayar bergerak ke kiri dan ke kanan dan agak sukar untuk dikawal. Ada bunyi besi berlaga apabila langgar lubang atau melalui jalan yang tak rata Nak kata shock absorber, baru tukar baru  dua bulan lepas. 

Untuk pastikan apa masalah sistem suspesion kenala jack bahagian hadapan kereta dan buka kedua-dua tayar hadapan. Selepas itu gunakan besi atau skru driver panjang untuk tolak atau umpil sedikit lower arm, stabilizer link dan juga antiroll bar. Kàlau ada yg rasa longgar itulah puncànya. Dalam kes saya antiroll bar yang rasa longgar. Bila cek bush antiroll bar ini nampak dah nipis. Jadi bolehla tukar bush ini.

Harga bush ni tak mahal kalau yang tak original dalam RM 12 -14 sahaja. Kalau nak yang original RM 60 satu set. 
.   Bush antiroll bar yang baru

Untuk menukar bush ini agak leceh sebenranya sebab anda perlu baring di bawah kereta. Kalau yang tak biasa baring di bawah kereta memang rasa gerun juga takut ia jatuh ke atas badann kita. 

Peralatan yang diperlukan adalah jack stand, jack kereta, spanar saiz 14 mm dan skru driver pipih yang panjang. 

Pertama sekali longgarkan nat tayar dan jack kereta anda Letakkan jack stand di bawah kereta. Pastikan kereta stabil di atas jack stand. Cuba goyangkan sedikit kereta untuk pastikan ia stabil di atas jack stand

. Pastikan kedua-dua roda dah      ditanggalkan sebelum 
   keluarkan bush

Perlu cari kedudukan bush antiroll bar bar ini di bawah kereta. Anda perlu baring di bawah kereta untuk membuka bolt pada bracket yang memegang bush ini. Memang agak ketat nak membukanya. Anda perlukan spanar saiz 14 mm yang fleksibel hujungnya. 
   mesti ada spanar ni kalau 
   nak buka bolt bracket. 

Anda perlu berhati-hati untuk buka bracket di sebelah kanan. Ini disebabkan bracket bagi bush di sebelah kanan sangat dekat dengan paip untuk aircond. Kalau terkena paip ini semasa nak buka bolt mungkin boleh bocor paip gas aircond ini. 

  ini gambar bush yamg telah 
  dibuka braketnya

Kalau rasa ketat bolt pada bracket antiroll bar ini boleh ketuk sedikit dengan tukul. Umpil sedikit bracket dengan skru driver untuk memisahkan ia dengan bush.. Agak susah sedikit nak keluarkan bush ni sebab ia dah melekat pada antiroll bar. Anda boleh tarik bush ini ke arah lower arm dengan mudah bila bahagian bawah lower arm ini ditolak ke atas dengan menggunakan jack kereta. 

Lepaskan keluarkan bush lama masukkan bush yang baru. Pasangkan semula bracket. Pada bahagian atas bracket ini ada lubang kecil untuk alignkan kedudukan bush dengan bracket. Saya tak sempat ambil gambar sebab nak cepat siapkan exora ni untuk perjalanan jauh. 

.  Gambar selepas bush dah dibuka. Ada stopper pada bahagian dalam antiroll bar ni untuk elakkan bush daripada bergerak

Selepas tukar bush baru in pasangkan semula braket. Ada sedikti kesukaran untuk memasang bolt pada bahagian belakang braket. Kena selarikan kedudukan lubang pada braket dengan lubang pada chasis kereta. Memang susah sikit sebab tak nampak kena agak-agak sahaja. Agak lama juga nak pasang semula braket ini kalau tak biasa. Kalau nak mudah jack sedikit lower arm untuk menaikkan sedikit antirolbarr dan memudahkan braket dipasang. 
.  Tolakkan sedikit lower arm ni 
   ke atas untuk mudahkan 
    pemasangan braket

Selepas seleai pasang kedua-dua bush anda boleh uji pemanduan kereta. Kalau dipasang dengan betul dan ketat anda akan rasa kestabilan kereta akan kembali seperti baru jika tiada masalah  pada sistem suspension yang lain


Saturday, November 6, 2021

Restore Lampu Exora

Setelah 10 tahun menggunakan Exora saya dapati jika memandu di waktu malam lampunya sudah agak malap. Jika memandu waktu malam kena lebih berhati-hati sebab jalan tak nampak dengan jelas kerana masalah headlight yang telah berusia 10 tahun. 

Headlight sekarang dibuat daripada plastik, bila dah lama digunakan ianya akan menjadi kuning tak macam kereta lama yang lampunya dibuat daripada kaca. 
.  Kalau dah macam ni      
   headlight memang kelam    
  waktu malam

Harga headlight ini bukannya murah lebih kurang RM 260-280. Untuk jimatkan kos bolehla cuba restore semula headlight ini. Cara paling mudah adalah spray lampu ini dengan clear spray. 

Sebelum kita spray, terlebih dulu kena buang dulu semua yang melekat kat permukaan lampu tersebut. Tampalkan masking tape pada sekeliling lampu tersebut. Ini dapat elakkan daripada terlebih gosok dan mencalarkan cat kereta.

Gosok dulu dengan kertas pasir pasir sehingga licin. sediakan kertas pasir grit 400, 600 dan 800. Mula-muka kena gosok dulu dengan kertas pasir 400. Spray dulu dengan air yang becampur sabun pada pernukaan lampu tersebut. Ini dapat mengelakkan kesan calar yang lebih dalam jika kita gosokbsecara kering. Gosok dengan tekanan yang sedikit sahaja kalau terlalu ditekan nanti kesan calar jadi lebih dalam. Bila gosok pastikan secara satu arah sahaja untuk memastikan kesan gosokan adalah sekata. 

Selepas gosok dengan kertas pasir grit 400, tukar pula dengan kertas pasir grit 600 dan akhir sekali grit 800. Basuh lampu tersebut dengan air sabun untuk hilangkan minyak yang melekat atau kotoran lain. Lap sekali dengan menggunakan kain selepas itu bilas sehingga bersih. 

Pastikan semua kesan-kesan kuning dah hilang digosok barula boleh teruskan ke peringkat seterusnya. Nak tahu permukaan lampu tu dah bersedia untuk di spray cuba rasa permukaan lampu dengan tapak tangan. Kalau anda rasa licin semua permukaan lampu anda dah boleh spray lampu tersebut. Jangan lebih kurang masa menggosok lampu ni, kalau tak cukup gosok nanti tak cantik hasilnya. Proses ini sangat penting untuk dapatkan hasil yang baik. 

Dah sampai masa untuk spray clear headlight ini. Sebaiknya cari spray yang khas untuk plastik. Kalau tak jumpa boleh juga gunakan spray biasa. Spray yang saya gunakan jenis anchor. Boleh juga gunakan jenis samurai. Spray jenis anchor pun dah cukup baik. Sebelum spray lap dulu permukaan headlight dengan kain microfiber. Nak lagi bagus hasilnya sembur sekeliling kawasan kereta tersebut dengan air. Ini dapat menghilangkan debu-debu yang ada di sekeliling kawasan kereta. Pastikan headlight berada dalam keadaan kering sebelum anda spray. 

Tampalkan masking tape di sekeliling headlight. Tampal dengan teliti supaya ia tidak ada bahagian yang terlindung. Lipatkan masking tape kepada dua bahagian satu bahagian akn dilekatkan pada permukaan kereta manakala sebahagian lagi biarkan ia terangkat sedikit. Tujuannya supaya bahagian yamg tidak melekat ini dapat kita tampal dengan plastik. Boleh gunakan plastik sampah untuk jimatkan kos. Lekatkan plastik disekeliling headlight dengan teliti
Dah siap tampal plastik bolehla kita spray lampu ini. Spray secara sehala dan pastikan jarak semburan jangan terlalu dekat. Pastikan juga tangan anda sentiasa bergerak semasa spray. Jika terhenti seketika akan menyebablan lebihan semburan cat akan berlaku dan menyebablan cat akan meleleh dan menjadi tidak cantik hasilnya. 

Buat satu lapisan nipis dan kemudian biarkan ia kering selama 10-15 minit. Buat dua atau tiga lapisan supaya nampak lebih cantik dan tahan lama. Bahagian lampu ini akan menghadapi  geseran angin yang kuat dan menyebablan ia akan mudah tertanggal jika lapisan cat terlalu nupis. Selepas cat ini kering adalah lebih baik jamgan buka lampu selama 3 atau 4 hari. Ini kerana jika lapisan cat anda tebal bahagian luar akan kering dengan cepat tetapi bahagian bawahnya masih belum kering lagi. Jika anda buka lampu dan bahagian bawah lapisan ini jadi panas ianya akan menjadi keras dengan lebih cepat berbamding bahagian atas. Ada kemungkinan cat akan merekah  dan tertanggal. Lepas dah siap spray ni bolehla test bawa kereta ni pada waktu malam. Sinaran lampu akan jadi lebih baik jika proses dibuat dengan betul. Nak lebih cantik boleh gosok dengan kertas pasir grit 3000 lepas tu polish dengan wax. Baru nampak lebih licin dan berkilat 
Lepas ni boleh uji suluhan lampu headlight ini pada waktu malam. Biasanya cahaya akan ke bawah sedikit disebabkan pembiasan lapisan clear coat pada permukaan headlight. Jadi kena laras semula ketinggian suluhan lampu headlight. 

Tuesday, August 24, 2021

Restore cat kereta dengan spray can (part 3)

Dah tiba masa untuk mengecat kereta dengan cat primer. Sebelum tu pastikan permukaan kereta telah betul-betul licin, cuba rasa dengan jari. Selagi ada rasa tak rata kena gosok lagi dengan kertas pasir. 

Kadang kala rasa dah malas nak gosok pun ada sebab dah lama sangat menggosok, tapi kalau hasil nak cantik kenala usaha lebih. Oklah kalau dah sedia kita goncang dulu spray. Sebelum tu saya lupa nak beritau kita kena cari nozzle yang sesuai untuk spray cat. Kalau guna yang biasa agak susah sikit nak dapat cat yang rata. Kena gunakan nozzle yang menyemburkan cat dengan lebar. Kalau nozzle yang biasa menghasilkan semburan agak kecil. Hasil akhir nanti akan jadi tiger stripe atau pun jadi berjalur macam bendera. Jadi dapatkan dulu wide spray nozzle. 

   Ini dia nozzle jenis semburan 
   lebar. Boleh lihat nozzlenya 
    tak sama

Kena guna nozzle macam di atas boleh cari online. Bila nak sembur cat mesti ada cara yang baik. Yang pertama jarak semburan jangan ikut yang disarankan seperti kat tin spray. Jarak yang disarankan tu kalau buat masa hari yang panas akan menyebabkan hasil semburan menjadi kasar. Ini kerana cat akan menjadi kering terlalu cepat sebelum ia melekat pada permukaan. Permukaan yang dicat akan menjadi kasar seperti kertas pasir. Jarak yang terbaik adalah dalam 10 - 15 cm. 

Kedua apabila membuat semburan pastikan pergerakan tangan adalah pantas, jangan terlalu lambat kerana jika lambat cat akan menjadi terlalu tebal dan akan meleleh. Pastikan pergerakan tangan adalah sekata.. Biarkan sembur dengan nipis dan ulang semula semburan apabila lapisan pertama telah kering. Ianya lebih baik. 

Ketiga apabila kita sembur cat mesti ada overlap antara semburan yang pertama dengan kedua. Langkah ini paling penting kerana jika tiada overlap nanti hasilnya akan menjadi tiger stripe atau belang harimau. Lagi luas semburan nozzle itu akan menyebabkan hasilnya lebih baik bila overlap. 

Ke empat pastikan cuaca tidak terlalu panas dan tak terlalu sejuk. Kalau dah petang biasanya angin kuat dan boleh mengganggu semburan cat. Habuk juga akan banyak berterbangan di udara. Ia boleh melekat pada cat yang disembur. Kalau cuaca panas cat akan kering cepat sebelum ia melekat pada permukaan. Ia boleh menyebabkan hasil semburan cat menjadi kasar. Kalau terlalu sejuk atau baru lepas hujan banyak pula wap air dalam udara. Cat akan lambat kering dan air boleh meresap ke dalam cat dan merosakkan cat. 

Kalau di kedai cat kereta nozzle spray gun  yang digunakan memang mempunyai luas semburan yang besar. Ini menyebabkan semburan lebih halus dan tiada tiger stripe terhasil. Memang tak boleh lawan la kalau guna spray gun ia mempunyai tekanan udara yang lebih tinggi berbanding spray can. Biasanya spray can ni bila cat dalamnya dah tingal separuh, tekanan di dalamnya dah jadi rendah. Corak semburan pun dah tak cantik. Sebab itu semburan cat guna spray can ini tak cantik.

Dah tahu tiga syarat di atas barulah boleh sembur cat. Boleh cuba bahagian bonet dahulu, ianya rata dan lebih mudah untuk disembur. Tetapi nak dapatkan hasil yang cantik kat permukaan yang rata dan luas memang susah. Boleh sembur dari kiri ke kanan atau dari atas ke bawah. Mana-mana pun boleh

Saya sembur secara ke atas dan ke bawah. Bila dah sembur satu line atas bonet semburan kedua mestilah overlap atau bertindih sebanyak 60 peratus dengan line yang pertama. Pastikan line yang pertama itu masih basah dan bersambung dengan line yang kedua. Kalau ia dah kering nanti tak cantik hasilnya. 

Jangan berhenti sehingga sampai ke hujung bonet. Jaga jarak antara spray can dengan permukaan bonet dan kelajuan pergerakan tangan. Pastikan kelajuan pergerakan tangan adalah sama. 

Selepas habis buat lapisan pertama, tunggu sehingga kering selama 10 -15 minit. Lapisan yang pertama memang tak cantik tapi jangan risau lapisan yang kedua dan ketiga nanti akan jadi lebih baik.

Jika ada masalah seperti ada kawasan yang tak cukup cat anda kena lebihkan sedikit semburan di kawasan tersebut.

 Kadangkala memang ada masalah ini jika sembur pada permukaan yang mendatar. Jika permukaan menegak tidak ada masalah ini. Cara nak hilangkan kawasan yang kurang cat ini adalah dengan menyembur sehingga dapat satu lapisan cat yang tebal sedikit di kawasan tersebut. Jadi kena sembur berulang kali di kawasan tersebut.  Ianya akan membentuk satu lapisan cat yang sekata. Jangan sembur terlalu tebal nanti nampak tak cantik. Pastikan juga anda sembur bahagian ini semasa cat belum lagi kering. Jika sudah kering kawasan yang bersebelahan dengan tempat yang anda ingin ratakan cat tadi akan menerima sedikit titisan cat daripada tempat yang nak diratakan tadi. Ini menyebabkan kawasan itu akan berubah warna. 

Proses untuk menyembur cat baik dilakukan di tempat yang tertutup. Kalau tempat terbuka nanti ada tiga masalah yg akan membuatkan hasil cat tak memuaskan. Pertama habuk, kalau tempat anda memang banyak habuk ia akan melekat pada cat dan menyebabkan hasil cat anda nampak kasar. Kedua angin, jika angin kuat ia akan menyebabkan titiisan cat yang anda sembur akan melekat pada bahagian yang telah kering catnya. Ini akan menyebabkan kawasan tersebut menjadi sedikit kasar dan berubah sedikit warnanya. Ketiga lalat, serangga ni memang suka dengan bau cat. Lalat ni akan melekat pada cat yang belum kering. Boleh tanggalkan lalat yang melekat ini dengan menggunkan pita pelekat dengan berhati-hati. 

Kalau cara semburan ini tak berjaya memberikan hasil yang memuaskan untuk anda, saya akan bagi satu lagi teknik yang mungkin lebih baik untuk anda. Kalau hasil cat anda tak cantik pun sebenarnya ia sudah dapat mengelakkan kereta anda daripada berkarat. 










Thursday, May 13, 2021

Restore cat kereta dengan spray can (Part 2 )

Part yang kedua ini saya akan terangkan pula langkah seterusnya untuk mengecat kereta sendiri dengan menggunakan spray can. 

Langkah kedua adalah menggosok permukaan yang nak dicat dengan menggunakan kertas pasir. Kerja ini yang paling memenatkan kerana permukaan kereta adalah besar seperti bahagiat bonet, bumbung dan pintu Kalau tak digosok nanti hasilnya tak cantik. Nampak segala calar pada permukaan. Mulakan pada bahagian bonet dahulu

Untuk kerja menggosok permukaan kereta ni kalau catnya memang dah rosak dan hampir tiada warna asal kena gunakan kertas pasir yang kasar dulu. Kertas pasir ni ada grit yang berbeza, semakin tinggi angkanya semakin halus kertas pasir tersebut.. 
. Kalau permukaan dah macam    ini baik digosok sampai        
   hilang   cat asalnya.

Jika cat pada permukaan yang nak digosok seperti gambar di atas, seeloknya gunakan kertas pasir grit 220 supaya boleh tanggal semua cat asal. Gunakan sanding block supaya lebih mudah untuk menggosok permukaan. Kalau tiada boleh juga gunakan kayu atau sebarang objek berbentuk segiempat.
.  Ini dia sanding block, boleh         cari online
.  Kereta ini saya gosok sampai 
   nampak besi tapi gunakan         mesin 

Untuk memudahkan cat tanggal, gunakan air untuk melicinkan permukaan dan melembutkannya. Rendamkan juga kertas pasir dalam air supaya ia mudah digosok pada permukaan. Gosok permukaan secara mendatar ke kiri dan ke kanan.. Banyak habuk yang akan keluar jadi lebih baik pakai mask untuk mengelakkan anda tersedut habuk-habuk tersebit. 

Gosok permukaan sehingga toada lagi cat yang tertinggal. Gosok sehingga cat asal hilang tap jangan sampai nampak besi di bawahnya. Cukup sampai pada lapisan undercoat. Biasanya lapisan ini hampir putih warnanya bagi kereta lama.  Bila semua cat dah hilang, basuh permukaan dengan air sampai semua sisa-sisa cat hilang. Seterusnya kita akan gosok pula dengan kertas pasir grit 320 atau 400. Gosok dengan kaedah gerakan seperti huruf X. Mula-mula katakan anda gosok secara menegak sengetkan sedikit ke sebelah kanan kemudian balas balik dengan gosok senget ke kiri pada tempat yang sama. Ini lebih memudahkan bahagian cat yang nak digosok tanggal. Jangan lupa untuk jiruskan air semasa menggosok. Pastikan anda menggosok dengan rata pada semua permukaan. Selepas selesai basuh permukaan dengan air. Rasa permukaan dengan tapak tangan, anda boleh rasa ada permukaan yang tidak rata. Jika ada ulang lagi menggosok di kawasan tersebut sehingga ia licin. Jangan malas untuk menggosok semula kerana hasil akhir nanti bergantung kepada kehalusan anda menggososk permukaan tersebut. 

Kertas pasir grit 400 yang digunakan ini walaupun kasar tapi ia sebenarnya bagus bagi memudahkan cat melekat. Kalau terlalu licin nanti cat susah nak melekat, jadi kesan calar pada permukaan itu memberikan grip bagi cat untuk melekat. Kalau nak lagi licin boleh gunakan kertas pasir grit 600

Janji jangan malas untuk pastikan semua bahagoan telah licin. Ingat proses menggosok dengan kertas pasir ini yang paling penting untuk memastikan hasil cat yang baik. 




Langkah akhir sebelum kita spray adalah dengan memastikan permukaan telah cukup kering. Kemudian lap dengan menggunakan kain mikrofiber. Jangan sentuh permukaan dengan tangan kerana minyak yang ada pada kulit akan melekat pada logam dan boleh mencacatkan cat. Kalau dah tersentuh dengan tangan lap dengan menggunakan cellulose thinner. Lap semula dengan kain mikrofiber. 
 
Bila dah sampai sini anda dah sedia untuk spray cat. Memang agak lama baru boleh sampai step yang akhir ini. Sebaiknya anda cuba pada permukaan bonet dahulu sebelum anda gosok dan cat bahagian lain. Kadangkala saya perlu juga bawa kereta ni walaupun masih belum siap digosok, selamba je kalau orang tengok kereta ni masih belum siap tapi dah dibawa berjalan. Janji mudah untuk kita selesaikan urusan tak kisahla apa orang nak kata.

Semasa menyiapkan cat kereta ini kita tak boleh cepat berputus asa atau malas. Kalau rasa penat rilekla dulu bagi semangat nak buat tu datang balik. Kalau tak jadi sekali kena cuba sekali lagi dengan cara lain baru kita boleh berjaya. 



Sunday, January 17, 2021

Maintenance kereta selepas habis warranty (part 2)

Dalam part 1 saya dah terangkan penjagaan untuk komponen penyejukan enjin kereta. Bagi part yang kedua saya akan fokuskan pada bahagian elektrikal kereta atau bahagian ignition sistem yang biasan.ya akan rosak selepas habais waranti. Kalau tiada arus elektrik yang dihantar ke spark plug maka enjin pun tak boleh dihidupkan.

Komponen pertama yang perlu anda periksa adalah kabel plug. Kebiasaannya kabel plug akan mula merekah dan current daripada plug akan melompat ke bahagian enjin. Tandanya enjin akan terasa semput-semput masa sedang berhenti. Kalau tengah laju tak terasa enjin apa-apa. Nak nampak jelas kerosakan cable ni hidupkan enjin pada waktu malam dan lihat pada cable plug. Keadaan yang gelap membolehkan anda lihat percikan api keluar dari wayar plug. Kaedah ini saya dapat melalui pengalaman sendiri, puas mencari punca enjin kereta macam semput-semput. Dah cuci throttle body, tukar plug, fuel filter ikut saranan mekanik pun tak berjaya juga. Bila cek plug memang keluar spark. Tapi enjin masih tak lancar pada rpm rendah. Rupanya ada current daripada kabel plug ini yang pergi ke enjin. 

Kabel plug sebaiknya tukar kepada jenama yang baik dan tebal. Kalau pakai yang murah akan cepat merekah. Nak pakai yang after market pun boleh kabel dalamnya lebih tebal  dan arus elektrik dapat mengalir dengan lebih baik. Api plug pun akan jadi lebih baik. Kalau dapat yang original pun baik sebab ia memang dah diuji untuk kesesuaian dengan kenderaan anda. 
   Kabel plug original wira.

.   Kabel plug silikon


Kadang kala kalau ignition coil dah tak berapa baik bila guna cable plug besar ia akan mengganggu sistem elektrikal. Mungkin radio atau komponen elektrik yang lain akan terganggu. 

Komponen kedua yang anda boleh tukar adalah ignition coil. Pengalaman sendiri bila kereta dah hampir mencecah 10 tahun ianya akan mula bermasalah. Tanda-tandanya adalah kereta akan mula kekurangan kuasa, dan yang paling ketara jika enjin dah mula semput-semput dan bunyinya macam enjin berjalan dengan tiga silinder. Ini kerana salah satu plug tidak menghasilkan spark kerana tiada arus elektrik dari ignition coil. 
.  Ignition coil Exora

Jika nak tentukan masalah ignition coil ni cuba buka salah satu kabel plug dan pasangkan satu plug lain di hujung kabel.plug. Hidupkan enjin dan perhatikan pada plug tersebut samada mengeluarkan api atau pun tidak. Jika tiada api, cuba tukarkan pula kabel plug itu dengan kabel plug lain yang tidak digunakan lagi jika ada. Sebaiknya jika anda tukar kabel plug kabel yang lama anda sinpan supaya boleh digunakan untuk cek keadaan ignition coil. Jika sudah tukar kabel plug pun sama juga tiada api pada plug, maka confirm la ignition coil bermasalah. Beli dan pasang sendiri  lebih murah, kalau pasang kat kedai mungkin sampai RM 170 kosnya bagi jenis yang biasa sahaja. Cuma anda perlu tahu susunan kabel plug pada ignition coil. Jangan tersilap, kalau silap pasang firing order akan berubah pada setiap silinder. 

Ignition coil tak mahal antara RM 50 - 100. Kalau yang baik agak mahal sikit. Saya biasa pakai yang biasa saja dalam RM 60 sahaja. Takde masalah pun. Kalau boleh pasang sendiri memang jimat. Semoga dapat membantu. 

Saturday, January 9, 2021

Stereng Exora tertarik ke kiri

Bagi pengguna Exora mesti ramai yang ada masalah stereng tertarik ke sebelah kiri. Buat alignment macam mana pun tak jadi juga..Siap jadi bahan eksperimen kedai tayar, tukar tayar empat-empat. Pun tak jadi juga. Saya minta service cemter Proton buat pun tak jadi juga. Sampai ada yang jual kereta dan beli kereta baru. Frust punya pasal. 

Ada juga kedai yang kata masalah stereng rack. Tapi saya tak percaya, saya nak tukar barang yang kecil-kecil dulu, satu persatu bahagian suspension dan stereng saya tukar. Beli barang online senamg nak tahu harga. 

Barang pertama yang saya tukar adalah lower arm. Manalah tau ball joint dah rosak kalau betul tekaan saya boleh selesai masalah.Memang ada rekahan sedikit pada bushnya. Saya pasang lower arm yang baru dan dengan penuh harapan terus buat pandu uji. Tapi hampa masalah tak selesai juga. 

Barang yang kedua saya tukar adalah stereng rack bush. Yang. Ini lagi susah nak tukar walaupun bushnya kecil sahaja. Kena baring bawah kereta baru boleh buka. Bila keluarkan bush yang lama nampak ada longgar sikit. Mungkin ada harapan, pasang semula bush yang baru. Cuba lagi buat test drive tapi hampa lagi stereng masih tetap senget ke kiri. 

Tak puas hati saya buat alignment di kedai tayar. Lepas alignment buat test drive tak jadi juga. Kurang sikit tarikannke kirinya tapi bila biarkan beberapa minggu makin teruj pula dia menarik ke kiri. 

Akhir sekali saya jumpa juga puncanya. Bila tengok pada tie rod end nampak macam elok lagi getahnya tak pecah pun. Tapi saya cuba juga buka tie rod end ini. Bila buka kedua-dua tie rod end ni baru tahu puncanya. Memang dah longgar tie rod end ni, walaupun getahnya masih elok. Saya order yang baru. Harga dalam RM 60 -70 tak mahal.

.  Tie rod end baru

 Lepas pasang tie rod end yang baru buat test drive, akhirnya berjaya juga jumpa punca stereng tertarik ke kiri. Memang puas hati tak ada lagi masalah stereng tak centre. Saya ada terangkan tentang pemasangan tie rod ni dalam post saya sebelum ini. Kemudian saya buat.alignment sendiri juga untuk kereta ini. Lagi jimat dan puas hati buat sendiri. Nak adjust toe in atau toe out tayar depan boleh buat ikut keperluan sendiri. Nak lebih stabil bagi toe out lebih sikit, nak tayar tahan lama seting straight saja tapi tak sedap untuk masuk corner. Siapa yang ada masalah dengan stereng bolehla cuba tukar tie rod end kereta anda sebelum tukar komponen lain yang lebih mahal