Langkah pertama kita perlu buka cermin daripada bingai side mirror. Gunakan skru driver leper dan alaskan dengan kain supaya tidak bercalar bingkai side mirror. Tolakkan sampai habis pada bahagian cermin di bahagian bawah. Kemudian umpil bahagian atas cermin dengan menggunakan skru driver.
Umpil dengan berhati-hati. Pastikan tolak dahulu bahagian bawah cermin ini sebelum diumpil dengan skru driver
Bila nak buka komponen plastik ini jangan kita terlalu ganas sebab ia mudah patah. Tambah lagi kalau usia kenderaan dah mencecah 10 tahun.
Umpil di bahagian atas cermin ini daripada sebelah kiri ke kanan.
Kemudian umpil pula di bahagian bawah cermin. Cermin ini hanya dlekatkan dengan klip sahaja pada bingkai side mirror. Kalau ada yang ada masalah pecah cermin, anda boleh gantkan sahaja cermin side mirror ini sahaja tak perlu tukar satu set side mirror. Harga cermin sahaja lebih murah jika dibandingkan nak tukar keseluruhan side mirror.
. Selepas semua klip cermin dah berjaya dibuka anda dah boleh tanggalkan cermin ini.
menggerakkan side mirror
Bila dah berjaya buka cermin anda akan nampak mekanisme yang menggerakkan cermin. Ada dua biji motor di belakang cermin dan motor ini terletak di atas satu tapak yang boleh bergerak. Motor elektrik kecil ini akan menggerakkan tapak bagi cermin. Perhatikan ada gear pada motor elektrik ini yang menggerakkan cermin.
Apa yang anda perlu buat adalah menyembur WD40 pada gear ini. Biasanya ada banyak kotoran yang melekat pada
Sembur juga WD40 pada bahagian belakang tapak motor elektrik.
belakang tapak cermin
Lepas sembur di kedua-dua bahagian tadi cuba gerakkan tapak cermin tadi. Kalau anda rasa ia mudah bergerak besar kemungkinan cermin boleh digerakkan jika tiada masalah pada suis. Kalau ada masalah pada suis kena buka pula suis unltuk lihat mungkin ada bahagian yang berkarat. Uji pergerakan cermin dengan cuba menggerakkan tapak cermin tadi menggunakan suis pada panel pintu.
Bila rasa semuanya dah boleh digerakkan bolehla pasang semula cermin. Hanya perlu tekan sahaja cermin pada tapaknya. Jangan terlalu kasar nanti patah pula. Kalau tak berjaya juga nak gerakkan cermin kena buat cara lain samada tukar motor atau pun beli satu set side mirror yang baru.