Sebelum ini saya pernah buat post berkenaan stereng Exora tertarii ke kiri. Kedua-dua kaedah penyelesaian sebelum ini berjaya. Tetapi setelah beberapa bulan masalah ini terjadi lagi. Mesti ada sebab lain yang menyebabkan ianya berlaku.
Kali ini saya cuba untuk periksa camber tayar hadapan kereta ini. Mula-mula kena check keadaan tayar dulu. Saya dapati tayar kereta ini makan sebelah dalam. Bahagian yang banyak terhakis adalah pada pada bahagian tepi sekali. Seolah-olah kereta ini bergerak menggunakan bucu tayar sahaja. Kenapa sebelum ini saya tak tukar sahaja skru camber ini. Sebabnya bila saya tanya pada mekanik skru ini takkan rosak dan camber Exora ini memang dari kilang agak terkangkang sedikit bukaan tayarnya
Kalau nak buat kat bengkel agak mahal kosnya. Skru camber yang berharga RM 2-5 itu akan menjadi berganda lebih mahal. Itu tak termasuk upah lagi. Kita kena bayar skil mekanik untuk adjust camber tayar ni menyebabkannya jadi mahal. Pernah kena sampai RM 70 untuk kedua-dua tayar. Itu pun 10 tahun lepas. Kalau sekarang tak tahula. Skru camber saya beli di shopee harganya lebih kurang RM 4 ringgit sahaja satu. Kalau dua biji hanya RM 8 sahaja. Takde kos lain sebab buat sendiri.
Mula-mula kita kena ukur dulu camber tayar ni dengan menggunakan alat khas. Oleh sebab saya tak nak order alat ini saya hanya menggunakan timbang air sahaja. Mungkin takla dapat 100% tepat tapi kalau jadi ianya dapat menghilangkàn kesan stereng senget kereta ini. Pastikan anda parking di tempat yang rata. Kemudian ukur sudut camber ini dengan menggunakan timbang air. Kita kena tekan timbang air ini pada permukaan rotor disc brake. Sebelum itu kena dapatkan satu soket box yang bersaiz besar contohnya saiz 21 mm. Soket ini kita akan gunakan bersama dengan timbang air untuk mengukur kecondongan atau camber tayar. Kalau hujung penimbang air ini lebar tak perlu gunakan soket. Mungkin ada yang tak tahu maksud camber atau pomen biasa cakap chamber tayar. Camber adalah sudut kecondongan tayar samada condong ke arah dalam atau condong ke arah luar daripada badan kereta. Itulah lebih kurang maksud camber
Cara nak mengukur camber adalah dengan menggunakan timbang air dan soket. Letakkan soket pada rotor disc brake dan letakkan timbang air di belakang soket. Lebih faham jika lihat gambar di bawah.
. Letakkan timbang air di belakang soket untuk dapatkan bacaan yang lebih tepat
Kalau tak gunakan soket ini susah nak dapatkan bacaan yang tepat sebab alat penimbang akan mudah berubah kedudukannya. Pastikan kedudukan bubble di dalam penimbang air ini terletak di tengah-tengah. Ukuran yang kita dapat ini adalah kedudukan tayar semasa ianya masih berada pada permukaan tanah. Untuk kereta saya ini camber tayar memang telah berubah iaitu ia condong ke dalam. Ini yang menyebabkan tayar makan sebelah dalam.
Seterusnya perlu ukur ketinggian tayar ini daripada paras nat tayar hingga pada permukaan tanah. Gunakn pita pengukur untuk mengukur ketinggian dan catatkan atas kertas. Langkah seterusnya adalah kita perlu jek kereta dan buka tayar untuk melaras semula camber. Selepas itu anda perlu longgarkan skru camber pada bahagian bawah dan atas. Gunakan spanar saiz 17 mm. Anda perlu ada dua spanar saiz 17 mm, satu untuk membuka nat dan satu lagi untuk menahan bolt daripada berputar sama
Nat pada bahagian atas sudah dilonggarkan
Untuk skru camber yang di bahagian atas anda boleh keluarkan terus sebab kita nak gantikan dengan skru yang baru. Skru yang baru adalah jenis yang boleh dilaras
. Ini skru camber yang boleh dilaras
Masukkan skru yang baru dan ketatkan sedikit natnya. Kemudian gunakan spanar untuk pusingkan bolt aras lawan jam dan arah jam. Anda akan nampak pergerakan pada knuckle samada ke dalam atau pun ke arah luar. Perhatikan dulu pergerakan pada knuckle untuk memudahkan kita buat pelarasan nanti.
Skru camber baru dah dipasang
Langkah seterusnya adalah untuk melaras ketinggian wheel hub supaya ianya berada pada ketinggian yang sama seperti ia di atas tanah. Letakkan jack di bawah ball joint lower arm. Laraskan ketinggian wheel hub mengikut ketinggian tayar yang kita dah ukur sebelum tayar dibuka
Letakkan jack di bawah ball joint dan tolakkan ke atas mengikut ketinggian asal
laraskan ketinggian rotor ini mengikut aras asal sebelum tayar dibuka. Kalau tak laras ketinggian wheel hub ini nanti bila kita ukur camber ianya akan jadi condong ke arah luar. Pelarasan camber akan jadi tidak tepat.
Seterusnya kita laraskan skru camber pada bahagian atas sehingga kedudukan bubble pada penimbang air berada di tengah-tengah. Kemudian kuncikan skru camber ini. Kena pandai adjust sedikit kedudukan bubble supaya bila skru camber diketatkan ianya tidak beralih ke arah dalam atau ke arah luar. Contohnya biarkan ia berada di luar sedikit daripada bahagian tengah. Bila kita ketatkan skru camber nanti ianya akan bergerak semula ke tengah. Susah sebenarnya nak terangkan di sini kena cuba sendiri pada kereta masing-masing baru faham.
. Laraskan bubble ini sampai berada di tengah-tengah. Dalam gambar ini masih kena adjust lagi sampai tepat
Bila dah siap ketatkan skru camber bolehla pasang balik tayar dan ukur semula camber. Kalau tak dapat tepat buka semula tayar dan laras semula camber. Kalau ada power tools senang sikit nak buka dan oasnag balik tayar. Kalau buka manual memang penat sikit, tapi kalau berjaya memang rasa puas hati.
Bila dah berjaya buat sebelah tayar ulang semula pada tayar sebelah lagi mengikut kaedah yang sama. Pastikan anda kuncikan dengan ketat skru camber, kalau tak ketat takut berubah semula camber tu lepas jalan jauh. Kalau dibuat demgan betul anda akan rasa perbezaannya bila buat test drive nanti. Kaedah yang saya guna ini bukanlah 100% tepat sebab tak gunakan alat yang betul. Setakat ini takde masalah pada kereta saya, bawa pun sedap macam kereta baru. Untuk lebih sedap buat semula alignment tayar. Untuk alignment tayar ni saya juga buat sendiri secara manual dapat jimatkan lagi kos. Perhatikan pada tayar kalau memang dah makan sebelah dalam memang stereng akan senget juga, kena tukar tayar yang baru. Kalau anda rasa yakin bolehla guna cara saya ini untuk adjust camber tayar.