Lama dah tak tengok brek pad Exora dah 10 tahun tak pernah tukar. Kereta ini tak banyak berjalan jadi lambat sikit nak habis brek padnya. Tapi bila dah terlalu lama dah tak sedap untuk dipakai, bila nak berhenti terasa agak jauh. Ada baiknya kalau brek pad dah terlalu keras lama kita tukar sahaja.
Brek pad ni ada yang mahal dan ada yang murah. Kalau terlalu murah pula ia terlalu keras dan boleh merosakkan rotor. Cara nak tukar tak susah sangat. Kalau nak beli brek pad biarlah yang harganya sederhana tapi kalau nak yang mahal lagi baik. Harga dalam RM 80 - 90 pun dah ok.
Alat yang diperlukan adalah spanar saiz 14, clamp, jek kereta dan jack stand. Pertama sekali jek kereta dan buka tayar. Pasangkan jack stand di bawah kereta untuk lebih terjamin keselamatan. Kalau guna jack hydraulic ada kemungkinan bila dah lama tak digunakan seal dah tak begitu baik dan mungkin menyebabkan berlaku kebocoran dan boleh membahayakan kerana jek akan terturun sendiri.
Bila dah buka tayar anda boleh lihat brek kaliper dan brek pad. Kita kena buka satu skru pada bahagian baeah brek kaliper ini. Sebelum itu pastikan keadaan brek kaliper ini bergoyang-goyang atau tidak. Kalau ia nampak longgar anda kena tukar pin bagi brek kaliper ini
Langkah seterusnya buka skru bahagian bawah brek kaliper ini dengan spanar saiz 14 mm. Anda kena tahan pin di bahagian belakang skru ini dengan spanar untuk mengelakkan pin berputar sekali semasa nak menanggalkan skru.
Longgarkan skru di bahagian bawah kaliper
Tahan pin di belakang skru dengan playar atau spanar
Bila dah buka skru kaliper ini anda boleh tarik bahagian tengah kaliper ini.
. Bahagian ini boleh ditarik ke atas
. Boleh nampak brek pad bila dah tarik bahagian tengah kaliper ini ke atas
Bila dah tarik bahagian tengah kaliper ini ke atas anda boleh nampak brek pad di dalamnya . Brek pad ini boleh ditarik keluar. Boleh tarik sebelah atas atau sebelah bawah dulu. Keluarkan kedua-dua brek pad sebelah dalam dan sebelah luar.
. Tarik bahagian bawah brek pad ini untuk mencabutnya keluar
Keluarkan juga brek pad sebelah dalam
. Brek pad lama dah dikeluarkan
Sebelum pasang brek pad baru boleh sembur brek kaliper dengan spray brek cleaner untuk bersihkan kotoran yang melekat pada brek. Seterusnya pasangkan brek pad yang baru. Pastikan kedudukan pad sama seperti pad yang asal.
Brek pad baru dah dipasang
Bila kita masukkan pad yang baru kaliper tak boleh ditutup sebeb ianya lebih tebal dan akan tersangkut pada piston yang menolak brek pad ini pada rotor. Jadi kena tolak piston ini dengan menggunakan clamp. Untuk tolak gunakan clamp buka dulu penutup tangki minyak brek di atas master brake pump.
. Gunakan clamp seperti ini untuk tolak piston ke dalam. Ini gambar kereta lain tak sempat nak ambil gambar untuk exora
Kalau dah buka kaliper ini ada baiknya kita sapu gris pada pin kaliper ini supaya ia tak jem. Tapi kali ini saya tak sapu gris sebab nak cepat.
Bila kaliper dah boleh ditutup pasangkan semula skru pada kaliper di bahagian bawah. Jangan terlalu ketat takut loose pula skru ini. Pastikan kaliper ini dipasang dengan kemas dan tak longgar. Kalau dah pasang kemas masih juga rasa longgar ini disebabkan piston masih belum menolak brek pad lagi, jangan risau.
Selepas ini pasangkan semula tayar dan turunkan kereta dari jek. Kemudian cuba tekan pedal brek beberapa kali. Pada mulanya anda akan rasa kosong sebab piston masih belum menolak brek pad. Bila dah rasa ketat semasa menekan pedal brek maknanya dah boleh guna brek tersebut. Selepas ini cuba bawa kereta perlahan-lahan dan uji brek kereta ditempat yang lapang. Kalau tiada apa-apa gegaran semasa brek anda dah berjaya. Taklah susah sangat untuk menukar brek pad ini.