Komponen yang menaik turunkan cermin kereta ni terdiri daripada regulator dan motor sahaja. Biasanya kalau tak boleh gerak masalahnya pada regulator itu sendiri. Kabel pada regulator dah putus dan tersangkut pada pulley. Ini menyebabkan motor tak dapat menggerakkan cermin ke atas atau ke bawah. Motor power window ni lambat sikit nak rosak kalau tak selalu kena air.
Untuk tukar regulator power window mula-mula kena buka dulu cover pintu. Sebelum itu kena buka pemegamg pintu dan juga cover untuk tuil pembuka pintu. Lepas buka dua ini kena buka skru yang mengikat panel cover pintu. Kemudian boleh tanggalkan cover pintu dengan cara menariknya sahaja sebab ia cuma dilekatkan dengan klip sahaja. Jika guna model 1.5 atau 1.6 sebelum boleh cabut cover pintu ni kena buka socket pada suis power window.
Di belakang cover pintu pula ada plastik yang menutup bahagian dalam pintu supaya tak masuk air. Selakkan sahaja plastik ke atas selitkan pada ruang kecil antara pintu dengan cermin. Langkah seterusnya adalah buka socket untuk motor power window
Jika cermin tingkap memang dah tak boleh gerak langsung agak leceh sikit anda kena potong kabel bahagian atas regulator ini. Gunakan gergaji besi untuk memorongnya atau guna playar.
Sebelum potong buka dulu bolt yang melekatkan motor power window pada pintu. Kalau tak buka motor ni nanti takde ruang untuk potong kabel. Bila dah potong boleh gerakkan motor ni ke atas untuk memudahkan pemotongan kabel. Kemudian langkah penting seterusnya anda selitkan skru driver antara cermin pintu dengan ruang kosong di tepinya. Jika tak buat begini kalau dah siap potong kabel cermin akan terturun dengan sendiri. Kalau ia terhempas ke bawah dengan kuat nanti pecah pula cermin
Kemudian anda perlu turunkan cermin tingkap sehingga aras yang ditunjukkan dalam gambar ddi bawah.
Bila dah turunkan pada aras ini baru senang nak buka skru yang melekatkan cermin pada regulator. Ada dua skru yang perlu dibuka.
Kemudian angkat sedikit cermin ini dan sengetkan sikit untuk mengeluarkan cermin ini dari tapak laluannya.
Letakkan cermin ini ke dasar pintu dengan berhati-hati. Boleh juga nak keluarkan terus cermin dengan menariknya terus ke atas. Seterusnya buka bolt yang mengikat regulator ini pada pintu. Ada empat bolt semuanya.
dua di bahagian atas
Bila empat bolt dah dibuka baru boleh keluarkan regulator daripada tingkap. Keluarkan dengan hati-hati kala yang ada tinted tu takut bercalar pula kalau bergeser dengan regulator.
dikeluarkan
Langkah seterusnya adalah untuk tanggalkan motor daripada regulator yang lama ini. Ada tiga skru yang mengikat motor ini pada power window.
Seterusnya pasang motor ini pada regulator yang baru. Regulator baru tak mahal harga dalam RM 35 sahaja. Regulator baru ada adapter yang boleh membolehkan ia digunakan pada model Wira sebelum 2003 dan selepas 2003.
Pasangkan semula regulator pada pintu. Pasang semula empat bolt yang mengikatnya. Kemudian pasang bolt yang mengikat motor power window pada pintu. Pastikan anda pasang dengan ketat. Kalau longgar nanti berbunyi pula masa naik dan turunkan tingkap. Seterusnya pasang soket untuk suis power window. Uji dulu power window dengan menaik Dan turunkan tingkap. Ada baiknya anda spray silicon pada railing cermin tingkap supaya ia dapat bergerak dengan lancar. Akhir sekali kalau anda dah berpuashati Dan tiada bunyi-bunyi pelik yang keluar bolehla pasang semula cover pintu sebelah dalam